Hi Korang,
Tetibe tekak ni nak makan strawbery fresh dr ladang ... Errmm
tingg!!
Apa lagi mestilah kita terbayangkan luas terbentangnya
kehijauan ladang teh di kaki bukit dan warna warni pelbagai bunga bunga
cantik di tanah tinggi Cameron Highland kan.
Actually, bukan sekali dua kita dah pergi ke Cameron Highland
ni.
Bahkan dah boleh dikatakan disini la destinasi wajib untuk
keluarga kita setiap tahun. Tambah tambah kalau adhoc punya plan percutian..Ini
disebabkan Cameron ni berdekatan dengan kampung halaman . Dan pulak dah ada
laluan Simpang Pulai. Nak drift pun boleh dah sekarang..
Opsss !! tapi jangan tau.. Sayangi diri dan keluarga
anda ye. Kami seleluarga selalu memilih Cameron Highland sebagai destinasi
jalan jalan makan angin kami. Udara yang sejuk, konon boleh feeling feeling
berada di oversea bila waktu malam.
Kali ni nak share tentang Cameron Highland, nak
pergi pun dah sangat mudah dengan Highway Simpang Pulai tu.. Kalau nak kesana,
korang bukak map Cameron Highland tuh ada dua alternatif untuk sampai ke sana iaitu
melalui Tapah dan Simpang Pulai. Sekiranya kita memilih laluan Tapah
jalannya sangat bengkang bengkok dan sangat perlu berhati hati dengan
laluan ini.Tapi istimewanya kita dapat melihat penempatan pekampungan
orang asli di sepanjang perjalanan kita. Bukan tu saja gerai gerai kecil yang
mejual hasil hutan pun mudah didapati di sepanjang perkampungan ini. Sepertinya
itu antara sumber pendapatan penduduk disini. Antara nya madu dan buah
buahan hutan.
Laluan Simpang Pulai adalah laluan terbaru yang dibina oleh kerajaan
untuk keselesaan pengunjung untuk berkunjung ke sini. Laluan lebih selamat dan
selesa. Ini sekaligus dapat menarik lagi ramai pengunjung untuk berkunjung ke
tanah tinggi Cameron.
Kredit Gambar: Google Image
Bekenaan penginapan atau tempat bermalam
selepas penat pusing pusing tanah tinggi
ni, jangan risau, pelbagai alternatif penginapan Cameron Highlands hotel yang menarik, apartment cameron
highland, resorts ataupun homestay yang boleh kita temui
disini.. Kalau tanya kita yang dah ntah berapa kali ke sini..
Apa kita boleh share kan bila percutian beramai ramai bersama
keluarga kita lebih selesa memilih apartment
Cameron Highland yang sesuai untuk keluarga, bila bersama sama kawan-kawan terdapat banyak hotel murah di cameron highland disediakan. Hotel yang bukan di kategorikan sebagai hotel budget pun
banyak dan mudah di perolehi. Tapi tetap dengan rate yang masih reasonable.
Kalau nak lagi mudah, pergi saje ke website website yang ada promo tempat
tempat pelancongan lagi senang... Di hujung jari dah boleh bercuti ke sana.
Errmm ni link ni boleh merealisasikan impian korang untuk bercuti bersama sama
orang tersayang tanpa pening pening kepala https://www.traveloka.com/en-my/..
Layari je sure berderet-deret list hotel murah di Cameron highland yang murah dan yang
sedang memberikan promosi istimewa untuk pekenalkan hotel mereka.
Kredit Gambar: Google Image
Nanti bila ke sana jangan lupa sediakan budget untuk membeli
sayur dan buah buahan fresh tau. Strawberi cicah madu atau pun coklat dengan
harga yang sangat berpatutan. Sure melting di dalam mulut. Bunga bunga rose dan
lavender antara bunga yang sentiasa jadi tumpuan di sini.
Ermm nak cerita tentang Cameron ni memang banyak lagi, kita
syorkan rasai dan nikmati sendiri suasana berada di sana,Pasti akan ada
kunjungan kesekian kali nya. Jangan lupa untuk layari link tu,bermacam macam
promosi boleh kita dapat. Kita sambung ke destinasi lain pulak lepas ni ye.
OK bye see u soon..
Ermm terus je plan nak bercuti ke Cameron Highlands cuti
sekolah bulan September ni nanti ek