Showing posts with label makan epal setiap hari. Show all posts
Showing posts with label makan epal setiap hari. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Makan Epal Setiap Hari, Jadi Cergas Sentiasa. Tips Kesihatan Yang Baik Sekali

Hi Korang,

Kan orang cakap an apple a day, keep doctors away..


So enaknya jika dapat makan epal setiap hari kan, mesti kenyang selalu.


Untuk meraikan tahun 2016 yang menyihatkan, Washington Apple Commission (WAC) bekerjasama dengan Fitness First untuk melancarkan "kempen komuniti gaya hidup pemakanan menyihatkan & kecergasan" bertajuk "Epal Setiap Hari, Cergas Sentiasa -Apples Everyday, Fitter Every Way! 2016.

berzumba dulu ek

ok zumba beramai-ramai plak

Aku sempat ke event Washington Apple ni di Paradigm Mall baru-baru ini yang berhadapan dengan Fitness First. Pihak penganjur menyediakan aneka aktiviti yang menyeronokkan dan bercorak pendidikan untuk menunjukkan bagaimana epal dengan kombinasi regim kecergasan mampu merangsang kesihatan dan kecergasan untuk tahun baru ini.

Ok sedikit info untuk korang ni tau



Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai jenis epal kegemaran masing-masing seperti Red Delicious, Golden Delicious, Gala, Fuji, Granny Smith, Honeycrisp, Crisp Pink, Braeburn, dan Jonagold. Ramai yang terkejut apabila mengetahui terdapat sehingga 20 jenis epal Washington yang boleh didapati sepanjang tahun.

salad apple, sedap gak lah

Kepelbagaian jenis ini berbeza dari segi warna dan rasa, juga mempunyai kegunaan khusus yang sesuai untuk salad, membuat pai, membuat sos, membakar, pencuci mulut, menyejuk beku atau sekadar menikmatinya sebagai satu sajian menyihatkan. Para peserta berpeluang mengenali pelbagai jenis epal dan menghasilkan campuran salad epal mereka sendiri menggunakan jenis epal yang disediakan.





WAC turut berkongsi tip, kepelbagaian penggunaan dan resipi untuk menghasilkan resipi dan jus/smoothies menyihatkan daripada epal seperti Washington Red Apple Berry Smoothie, Washington Apple Strawberry dan Banana Smoothie, Washington Red Delicious Apple Smoothie, Washington Green Apple Smoothie. Untuk resipi dan maklumat lanjut, Jayari www.bestapples.com.





Kedua-dua WAC dan Fitness First memiliki visi yang sama untuk memelihara kesihatan dan kecergasan rakyat Malaysia. Bermula dengan komuniti aktif rakyat Malaysia, WAC menaja bahan pendidikan khasiat epal untuk dipaparkan di Kelab Fitness First dan memberikan epal percuma kepada pengunjung gimnasium di Fitness First di Paradigm Mall selama seminggu.


Wakil Negara Washington Apple Commission, Eddie Saw berkata, sebagai rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan yang sibuk dan mengambil pelbagai jenis makanan, mereka harus ingat kepentingan buah-buahan seperti epal Washington dalam menyeimbangkan kesihatan dan kesejahteraan.


wakil Fitness First, Washington Apple dan Erika the nutrionist

pemenang instagram contest, congrats korang


Tidak menghairankan Epal Washington diperakui di peringkat antarabangsa kerana kualiti, kerangupan dan rasanya. Ia ditanam di pelbagai bahagian di Washington yang dikurniakan dengan iklim yang bersesuaian, tanah yang kaya dengan unsur gunung berapi, air sejuk dan sungai yang menyegarkan, dilengkapi dengan sistem pengairan yang baik dan sebagainya- semua faktor penting untuk menanam pelbagai jenis epal Washington yang segar dan enak.


Epal merupakan pilihan makanan kesihatan yang baik kerana bak kata pepatah, ia menjauhkan kita daripada doktor! Sebiji epal yang besar menyediakan 20% daripada nilai serat diet harian yang disarankan, 8% antioksidan vitamin C, dan 7% potasium harian anda, semuanya hanya 130 kalori tanpa lemak, tanpa sodium, dan tanpa kolesterol! Garis Panduan Pemakanan USDA untuk Amerika menyarankan pengambilan 2 cawan buah-buahan setiap hari.


Untuk maklumat lanjut mengenai Epal Washington, layari www.bestapples.com.