Showing posts with label makan di hotel. Menu makan tengahari. Show all posts
Showing posts with label makan di hotel. Menu makan tengahari. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Makan Tengahari Sempena Promosi CNY Di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Hi Korang,


Lama betul tak kemari ek, yelah sejak dari food review untuk Krismas tahun lepas kan.


Bila diaorang jemput ke promosi Chinese food sempena CNY ni, haruslah jangan lepaskan peluang kan sebab tak nak miss yee sang tuh. Hehehhehe




Kita semua tau kan Tahun Baru Cina merupakan sambutan yang berkaitan dengan get together dengan family setelah berhempas pulas kerja sepanjang tahun kan, sebab tu bila petang CNY eve, diorang ni ada Reunion Dinner atau makan besar. Semua ahli keluarga balik ke pangkuan keluarga untuk makan bersama-sama. Ewah kemain ayat aku kan. Hahahaha

So of courselah mesti ada Yee Sang. 

Yee Sang ini macam makanan yang macam ala-ala salad yang di gaulkan sekali bersama bahan-bahan perasa yang tersendiri. Yang best tu semua orang memang kena gaul ek, lagi tinggal kita angkat bahan-bahan yee sang ni lagi bernasib baiklah kita untuk tahun ni. Itu kepercayaan orang Cina lah.


Ada beberapa jenis Yee Sang yang disediakan oleh Chef Patrick dan krewnya di Tung Yuen Chinese Restaurant ni iaitu Tuna and Abalone Yee Sang, Salmon Fish and Pacific Clam Yee Sang, Salmon Fish Yee Sang dan juga Vegetarian Yee Sang. Harga bermula dari RM38.00++ hingga ke RM 330.00+, sesuai untuk seminium 2 orang makan lah.

Mehlah tengok di antara menu yang menjadi hidangan ktorang untuk tenghari tu ek

Yee Sang with Salmon Fish

Fried Rice with Pumpkin Cube and Chicken

Roasted Chicken with Chinese Herbal Sauce

Baked White Prawn with Chrysanthemum Tea Leave and Creamy Milk

Stewed Fried Fish Maw with Crab Meat Roll and Broccoli

Braised Assorted Dried Seafood Soup with Dry Scallop and Crab Meat

Chilled Longan with Sea Bird Nest (Seaweeds Jelly) and White Fungus

So menu makanan ini akan di hidangkan sekali dengan menu yang lain mengikut pakej yang telah pun di sediakan yang di panggil Golden Prosperity CNY Set Menu yang sesuai sekali menjadi hidangan untu keluarga dan company gathering atau pun dengan kengkawan kan

RM 888.00+ (Set 1: 7 course)
RM 1,128.00+ (Set 2: 7 course)
RM 1,288.00+ (Set 3: 8 course with Shanghai Pancake)
RM 1,388.00+ (Set 4: 9 course) 
RM 2,888.00+ (Set 5: 8 course)


Set menu ini boleh di dapati setiap hari, semasa lunch mahupun dinner, just nice untuk 10 orang sekali makan semeja.

Promosi Gong Xi FaChai Chinese food Grand Blue Wave Hotel ni bermula dari 19hb Januari - 6hb Mac 2015.


Jom kita ke

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811

ini bukan bos aku ek... hehehe

Apa tunggu lagi, meh suruh bos korang banjer ek..