Showing posts with label makan di Kota Damansara. Show all posts
Showing posts with label makan di Kota Damansara. Show all posts

Monday, October 12, 2015

JUST SEAFOOD Restaurant, Sunway Giza Mall

Hi Korang,


Yeah, citer bab makan lagi… I like!!


Seafood ermm siapa yang tak suka kan, lebih-lebih lagi aku. Yelah ko makanan bercengkerang ni kalau tak kena gaya masak boleh hanyir dibuatnya. So baik aku pi makan kedai sudah, dan tentu confirm diaorang ni lebih expert memasak daripada aku kan.


So last week, ktorang dapat jemputan makan di Just Seafood Restaurat, Sunway Giza Mall. Alah dekat area Kota Damansara tuh, nasib baik weekend so tak de busy sangat area tuh kan.




Aku sempatkan borak-borak dengan Terrence tuan punya restoran ni, dia dapat idea bukak restoran ni sebab nak memperkenalkan makanan laut daripada Australia yang jarang atau payah nak dapat kat Malaysia ni. So kebanyakan bahan makanan laut di ambil dari Australia dan di bawa ke mari. Wow import mari wokeh…




Restoran ni berkonsepkan open air, but still tak leh smoking dan vaping la coz ist still dalam mall. Memang lepaklah sambil makan sambil tengok orang lalu lalang hehehehhee bolehlah usha awekk gituh.

Dah merapu lebih, meh nak citer pasal makanan plak

Oyster Fritters

Ini adalah tiram yang digoreng bersalut tepung dan dihidangkan panas-panas. Di makan pula dengan Tartar dipping Sauce sungguh membuka selera korang nak makan banyak lagi seafood segar.

Kale Salad with Honey Mustard Vinaigrette

Salad sebagai pembuka selera. Sayur Kale ni di antara sayur termahal di kalangan keluarga sayur gituh lah. Sayur segar dengan buah nangka dalamnya memang menarik dan rasa segar2 rangup. 

Australian Seafood Feast




Ini ada menu yang mesti kena cuba sebab ianya merangkumi 3 jenis makanan laut yang di hidangkan didalam satu dish, bertingkek-tingkek oooo. Ada fresh oysters yang dihidangkan secara raw bersama perahan lemon, mussel or garlic mussel dan Mangrove Crab yang di masak charcoal BBQ. Nampak kan semuanya bersaiz beso dan menyelerakan, sesuai untuk di makan untuk 3-4 orang.

Famous Australian Chili Mussels

Asia-Cajun Clams

Asia-Cajun Prawns

Ini adalah hidangan wajib cuba ek, mussel, clams dan prawns. Di masak secara Asian-cajun, tak pedas dan tak manis. Rasa tomato je kuahnya dan dicicah sekali dengan roti memang awesome sungguhlah. 

BBQ Squid

BBQ Prawns

BBQ Barramundi

BBQ Sting Ray

Yang ni pulak, hidangan makanan laut yang dimasak secara BBQ. Ni memang sedap, semuanya bakar or panggang. Sotong memang cepat abis, sekali letak je terussssss licin. Aku rasa cara ianya di bakar tak sama dengan kita selalu panggang lah coz unik sungguh rasanya. Pekena pulak dengan sos pencicah yang pelbagia jenis ni, lagilah terangkat!

BBQ Oyster with Cheese

Kepada yang tak suka makan oyster mentah tuh jangan bimbang, ada menu khas untuk korang. Oyster yang di makan dengan cheese, cheezy dan melting dalam mulut. Dah macam makan pizza plak.

Scallops With Roe

Nampak macam pedas tapi tak pun, sedap. Di bakar dengan sos istimewa ciptaan tukang masak sendiri. Sekali ngap je masuk mulut kan.

Salted Fish Fried Rice

Ia untuk mereka yang teringin jugak nak makan nasi dengan laut-laut seafood ni kan, nasi goreng bersama dengan ikan masin dan juga ikan bilis. Memula nak rasa sesudu je lepas tuh bersudu-sudu masuk mulut ek

BBQ Brown Crab



Ini yang terakhir sekali ek yang mesti korang cuba sebab harganya yang sangat boom boom paw. Tanya sendirilah kat tokeh kedai kan hehehhe. Inilah dia Brown Crab atau lebih di kenali dengan ketam laut dalam. Tengok lah saiz ketam ni memagn cukup besar dan juga isi paling banyak. Di masak secara charcoal BBQ sahaja memang dah sedappp.

Fried Mars Bars with Ice Cream

Its dessert time..

Specially menu ni sampai aku tak terfikirkan coklat Mars di goreng unik dan dihidangkan sekali dengan vanilla ice cream. Memang penutup / ending yang hebatlah.





In terms of harga, bagi aku bersesuaian dengan harga makanan laut di pasaran. Tak mahal dan tak murah, its worth it.

Ermm menjejes la air liur tu kan, ni hah tempatnya


JUST SEAFOOD RESTAURANT
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, 
Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya


Jemput makan semuanyeeeeeee.....