Showing posts with label main candy crush. Show all posts
Showing posts with label main candy crush. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

BLOOP & HiShop.My Candy Makeup Party

Hi Korang,

Citer pasal party plak! yeah i love party...


Bloop ni merupakan salah satu jenama makeup, bagi aku senantiasa berinovasi dalam mencipta barangan kecantikannya. Kalau korang perasan design lipstick, lipbalm, foundation, blusher semuanya unik. Cermin compactnya boleh pusing 360 darjah tau, lipsticknya combination 2 in 1 dan lipbalmnya di datangkan dalam pelbagai bentuk.









HiShop.My ni plak siapa beauty blogger tak kenal kan? Ianya merupakan rangkaian beauty box yang cukup popular masa kini kat Malaysia ni. Korang boleh enjoy pelbagai jenama produk dalam satu box.

Best kan?

Tapi bila dapat invite ke Candy Makeup Party ni lagi best.

Cuma ktorg ber7 je beauty bloggers yang di jemput tau, exclusive sangat dan aku sengsorang je melayu kat group ni. Tapi aku dah biasa so its ok je.


So sket introduction dari Mabel tuan penjaga HiShop.My. Ini first time aku jumpa ni. Kemudian ada Ms Celia dari Bloop team. Citer serba sedikit pasal history makeup Bloop ni.






Ok masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Its time to make-up yeah!. Ktorg di ajar mengenai basic makeup by Mrs Chan the founder of BLOOP tau. Dia ajar teknik yang mudah dan senang mengenai cara penjagaan muka dan make-up yang simple lagi menarik.





Hah mulalah memasing menconteng muka. Belajar cara sapu toner di muka, pemilihan foundation yang betul, cara pakai eyeshadow, pelbagaian warna lipstick di bibir dan memacamlah.



Kemudian ada Candy Makeup contest. Ktorg kena makeup menggunakan candy crush punya warna. Aku tak buat pun coz aku sayang plak makeup aku ni. Heheheh amoi cantik lelain semua buatlah.


ini Alia, supervisor di Bloop ni, baik orangnya sentiasa membantu

Mama Chan, sangat baik cam mak aku dah

Ada lucky draw tapi unfortunately aku tak dapat pun hhuhuhu ala tak per lah as long as im having fun!



Abis semua ni moh kita bergambar beramai-ramai, jadi gamak Bloop Sunway Piramd ni kan.



Anyway thanks to Mabel, Celia dan team coz sudi ajak aku ke event cantik-cantik ni. Sambil makan sambil tu gak belajar mencantikkan diri kan.

Korang boleh la check it out

HISHOP:

HiShop Malaysia Website: www.hishop.my
HiShop Facebook: fb.com/hishopmy
HiShop Instagram: @hishopmy
HiShop Twitter: twitter.com/hishopmy

BLOOP:

BLOOP Website: www.bloop-bloop.com
BLOOP Facebook: fb.com/bloopinc
BLOOP Instagram: @bloopcosmetics
BLOOP Twitter: twitter.com/bloopcosmetics


Nanti bila aku dah guna lipgloss dari BLOOP ni, aku citer kat korang ek. Nampak cam best je plak kan