Hi Korang,
2-3 menjak ni, keje aku bila weekend je kena masak depan
public.
Aduiyai, dah la tak reti masak. Poyo je lebih kan.
Bila dapat invite dari Nuffnang pasal event MAGGI® ni, aku siap tanya kena masak ke
tak? Diorg cakap eh tak delah cover event je. Ok kus semangat, lega sket
rasanya
Ktorg sampai Surian Towers, Nestle HQ awal sungguh. So
merayap satu Mutiara Damansara dulu lah, pi flea market, pi tengok kereta baru,
masuk kedai baju untuk abiskan masa. Sangat membazir tau tak, dahlah masa itu
emas.
Dalam kul 2 petang cam tu, ktorg naik ke atas ni. Tak ramai
orang lagi. Rupanya event untuk
meraikan pemenang-pemenang dalam facebook MAGGI® punya ‘Mi MAGGI moments’ contest. Para pemenang dapat Mi MAGGI private
cooking moment dengan selebriti ni, so diorang akan mencipta dan memasak
bersama-sama ek. Bestkan. Aku pun oklah, alah ambil gambar je Mr Big ada
kan. So tak yah nak susah-susah.
Once event start, speech sket daripada Chef Muluk, one of
the orang kuat MAGGI® ni. So
dia citer sket pasal MAGGI®
sambil memperkenalkan selebriti MAGGI®
yang baru Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lisa Surihani.
Rupa-rupanya memang ada acara memasak MAGGI® Kari lepas tu, kan aku dah cakap
masak lagi. Tapi kali ni nasib baik sket coz ktorg dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan hanya perlu masak MAGGI®
Kari selama 2 minit ciptaan sendiri. Team aku ada makcik plak kan, so
seharusnya dia jadi headchef la. Yang lelain ni pun semua tunjuk bakat memasak
gak, aku hari setakat jadi kitchen helper je. Tukang sediakan bahan, tukang
potong-potong, tukang basuh pinggan dan tukang lap dapur. Hahaha banyak betul
bertukang kan.
So dengan MAGGI®
Kari ni kita boleh masak dengan pelbagai cara dalam masa 2 minit je. Korang
boleh letak macam-macam menda kat dalam resipi MAGGI® ni, letak ayam ke, ikan
ke, telur ke, ikan keli ke, sayur-sayuran dan pelbagai lagi lah. Bagi aku Cuma MAGGI® Kari je yang ada rasa yang unik dan
aroma sebenar macam perasa Kari. Tak caya, cubalah korang surfing kat YouTube
tu tengok memacam resipi yang dah pun dibuat dengan MAGGI® Kari ni.
Ni aku sharekan beberapa link ek
Penang: MAGGI Kari Ala Penang
Melaka: MAGGI Kari Ala Melaka
Abis je 2 minit,
hah ko memacam bentuk dan rupa MAGGI® Kari ni. Team ktorg menamakan resipi ciptaan ktorg ni dengan nama MAGGI® Kari Merak Di Kayangan sebab ada
ukiran burung yang si Devi buat. Resipi team lain lupa plak aku nama diorg ni
ada yang MAGGI® Kari Crunchy,
MAGGI® Kari Awal Akhir dan MAGGI® Kari apa ntah satu lagi ek.
Ni aku sharekan resipi Team 4 ye
Bahan-bahan:-
Maggi Kari 2 bungkus
Bawang merah, bawang putih, cili api di hiris sekali
Ayam digoreng
dengan rempah Maggi Kari dan lada hitam
Bunga Kantan
untuk menyemarakkan bau dan aroma
Sedikit sayuran
Cara memasak:-
1. Tumis bahan
hirisan hingga naik bau
2. Sambil tu,
rebuskan Maggi Kari sehingga lembut
3.Masukkan bahan-bahan rencah lain termasuk sayuran.
4. Siap pun dalam
masa 2 minit.
Mudah kan
Lepas tu kena
present plak, sekali lagi team aku ada yang pandai cakap iaitu Ayu Rafikah sapo
laie kan. Memacamlah yang dia cakap tergelak ktorg dibuatnya. Kesudahannya
semua keempat-empat kumpulan tu menang tak de satu team pun yang kalah. Alah
masak pun suker-suker je kan.
Ok tibalah
masanya untuk food tasting, ya ampun sedap gak MAGGI® Kari team aku ni buat, memang betul-betul
air tangan ibu lah. Kemudian rasa gak, buffet MAGGI®yang diorg dah sediakan. Hah ko berlumba-lumba memasing makan kan.
Majlis di akhiri
dengan para selebriti bergambar dan sign autograph kat apron. Hah jangan
lepaskan peluang, ingat senang nak bergambar dengan artis ni. Amikla
gambo sebanyak mungkin ye.
Anyway terima kasih kat Nuffnang dan MAGGI® for this special invite ni.
Kenyang oo makan MAGGI® tanpa
batasan ni.
So bulan puasa akan datang ni, cukup bekalan MAGGI® aku selama sebulan coz dapat
banyak bungkus tu kan.