Showing posts with label lokasi perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label lokasi perkahwinan. Show all posts

Wednesday, December 18, 2019

Rinching Terrace, Lokasi Perkahwinan Berlatarbelakangkan Semulajadi Impian Korang

Hi Korang, 


Kalau kak lily di beri pilihan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan secara besar-besaran harus kak lily memilih lokasi Rinching Terrace untuk majlis nya. 


Ini kerana lokasi ini diinspirasikan daripada rekaan taman hidup dan landskap alam semujadi, Rinching Terrace merupakan sebuah lokasi persendirian eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk para pengunjung.



Kawasan yang dibangunkan ini sudah dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'treeman'. Di samping itu terdapat juga pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi. 

Landskap yang memukau ini mampu memberikan anda ketenangan fikiran setelah saban hari berhadapan dengan kesibukan kota dan pencemaran udara. Berada di sini akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup korang. 

Gituewww citernye yer!! 

Tiga Lokasi Utama 

Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk anda pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali, iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden). 

Rinching Terrace Glass House 

Sebaik korang  melangkah rnasuk dari pintu gerbang Rinching Terrace, korang akan disambut oleh barisan pohon 'Orange Jessamine' gergasi clan 'Tree Man' yang ditanam menganjur ke lobi Glass House.


Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika korang pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman. 

Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya. 

Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri. 

Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dcngan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis korang ke tahap yang lebih berprestij. 

Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air.



Manakala bilik rehat yang selesa disediakan uniuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini. 

Khemah Agam (Marquee Tent) 

Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetarnu dalam satu masa.


Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap clan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan clan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. 

Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika korang juga ingin memasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. 

Taman Terbuka (Garden) 

Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian.


Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Korang boleh mengadakan majlis korang  tanpa mengira waktu - siang atau malam. Lebih indah bila dipasang 'fairylights' clan kanopi lut sinar. 

Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial. 

Bukan itu  sahaja, korang  juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia. 

Eksklusif Untuk Majlis Perkahwinan Korang

Seluruh kawasan ini adalah eksklusif kepunyaan korang  pada hari berkenaan dan korang  tidak perlu berkongsi dengan tetamu lain kerana hanya ada satu majlis saja pada satu masa yang mana korang tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamatan korang kerana yang hadir hanya keluarga, saudara mara dan tetamu korang sahaja. 

Kemudahan di kawasan sekitar juga tidak kurang hebat. Korang boleh menikmati pelbagai makanan enak di bandar Bangi. Terdapat banyak hotel butik yang jaraknya hanya sekitar 5 minit memandu dari Rinching Terrace.




Terletak di lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang, Rinching Terrace Wedding dan Events (Rinching Terrace) merupakan lokasi terbaru yang mempesonakan sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara sosial dan korporat. Rinching Terrace dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort. 

Sejak tahun 2018, Rinching Terrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar, kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri.

Pastinya landskap tanah bertingkat dan bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana-mana lokasi perkahwinan di Malaysia. Kesemua landskap ini dijangka siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020. 

Tawar Pakej Lengkap dan Menarik 

Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin clan fotografi. Pendek kata, korang tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk korang. 

Rinching Terrace telah menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu:: 

a. Pakej Silver - Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu 

b. Pakej Gold - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu 

c. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu 

Sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi ekskJusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika korang membuat tempahan pada pada hari ini. Bermula hari ini juga, Rinching Terrace telah berseclia untuk menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya.

rakan kerjasama

Untuk makluman, Rinching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis korang terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasrni eksklusif iaitu Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official)






Ermm menarikkan semuanya, hasil air tangan rakan niaga Rinching Terrace

Ini alamatnya ek:

Riching Terrace Riching Hilir,
43500 Kajang, Selangor

Tel: 019 390 8527
Email: rinchingterrace@gmail.com

Waze: Rinching Terrace Wedding and Events

Rinching Terrace Wedding (Rinching Terrace) juga sesuai untuk sebarang acara majlis samada keraian keluarga mahupun majlis korporat dan sebagainya.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook: 

Instagram : 



#rinchingterrace
#rtwedding
#rtglasshouse
#rtgardenwedding