Showing posts with label local chinese food. Show all posts
Showing posts with label local chinese food. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Sunday Post : Tau Foo Fah Untuk Tea Time

Hi Korang,

Hari ahad2 ni aku lepak je kat umah. Dari pagi tadi duk berkemas satu rumah macam nak raya plak. Breakfast dulu kemudian kemas balkoni then sambung masak plak. Lepas tu sambung kemas hall sampai ke dapur. Sampai sudah aku tak lunch pun. Mr Big pun makan sendiri hehehhehe..

Dah siap semua, baru rasa cam lapo sket. Malas nak makan nasi. Bukak2 fridge ada plak Tau Foo Fah kan. Apa lagi bedal lah.


Ermm sedap. Makan dessert ni. Dah penat2 ni pekena benda sejuk2 memang nyaman betullah. Nak buat sendiri tak tau, so belilah pagi tadi kat pasar tani kat area umah aku ni. Kenyang sket perut kan.

Itu je...

Anyway, Happy Sunday...

Saturday, July 2, 2011

Supper Dengan Celup-Celup @Downtown Cheras

Morning Korang,

Malam tadi sebab tak de benda nak buat ktorg pi jejalan ke Downtown Cheras. Ala bukan nak beli apa pun sekadar nak cuci mata je. Awal jugak ktorg sampai dalam kul 10 lebih cam tu but parking punyalah payah coz jalan tu tengah construction kan.

Once dapat je parking, jauh jugak lah kan. Terus berjalan ke area pasar malam tuh. Downtown ni sama beso dengan Uptown Danau Kota. Memacam benda ada jual kat downtown nie. Aku? tak beli apa-apa pun just jejalan je. Ingatkan urut kaki but ramai plak orang kan. So tak yahlah.

Abis je tawaf, ktorg duk lepak kat gerai tepi2 jalan area ni kan. Majoriti semua jual celup-celup dan sate ikan. Ermm favourite mrBig ni. Dia yang duk pilih apa nak makan. Aku duduk jelah.

La korang tak tau Celup-celup tu apa?


Actually dia macam steamboat jugak lah but makanan tu dicucuk kat lidi di buat macam sate gitu. Memacam pilihan ada spt sayur, telur puyuh, fishball craball prawnball pelbagai colour dan memacam lagi lah. Once kita celup dalam air panas yang diorg dah sediakan sekejap then curah kuah or sos pelbagai rasa yang di sediakan. Harga plak ikut apa yang korang pilih lah. Ada yang RM1.00 ada 80sen. Ermm kenyang makan ni as supper. Plus berkhasiat jugak tu kan. Yelah rebus2 gitu.

Kalau korang nak makan celup-celup ni jarang jual kat dalam shopping complex. Selalunya kat tepi2 jalan cam tu lah. If korang don't mind about location kan, why not pi cuba try sekali-sekala kan.

Happy Weekend Korang..

Tuesday, June 21, 2011

Keseronokan Di Jonker Street, Melaka

Hi Korang,

Ramai orang citer, kalau pergi Melaka mesti kena singgah ke Jonker Street ni. Aku yang tetiap bulan balik Melaka ni belum pernah sekali pun jejak kaki ke Jonker Street so last weekend ktorg pi lah jugak kan ke tempat ni.



Jonker Street ni merupakan satu kawasan ala-ala perkampungan cina sebab majoriti yang duk jadi penjual tu orang cina. Memang jarang jumpa orang melayu kat situ. Mainly for Chinese lah. Kira-kira pasar malam bagi orang Cina tapi barang2 yang dijual di sini memang totally awesome lah sebab agak payah nak cari kat shopping kompleks dalam Melaka ni. Barangnya memang unik sekali.


Tempat ni memang sesak bila weekend yelah tourist suka datang sini. Shopping apa yang pelik. Aku plak sempat sambar accessories yang cantik like anting2,gelang,rantai. Ermm best betul lah.


Sepanjang jalan ni jugak ada satu taman yang di panggil Taman Warisan Dunia Jonker Walk. Dalam ini, terdapat pelbagai perabut jalan untuk kita berehat sambil bergambar menikmati keindahan taman tersebut. Konon2 kat negeri China katanya. Ada sculpture gajah, naga dan memacam lagi lah.


Oh ya, tempat pun dah ala-ala pasar malam, mesti banyak jual makanan kan. But be careful muslim majoriti makanan yang di jual di masak oleh orang cina. So faham2 jelah kan.  Bila aku tengok dimsum yang diorg jual tuh terus je rasa lapar coz baunya yang sangat mengancam lah. Pakkal je tak boleh beli kalau tidak.... ermmm....

Kalau nak bawak senior citizen pi Jonker Street ni bukan tak boleh but kesianlah kat diorg nie. Bila orang dah ramai jalan plak sesak silap2 haribulan boleh hilang kan. Tapi kena hati-hati ada ramai pickpocket tau. Ada sorang peniaga tu citer kat ktorg, diorg je cam buat2 terlanggar the terus seluk beg. Jaga2 tau. 


Ermm memang seronok sangat dapat berjalan ke Jonker Street ni. Memacam benda yang boleh kita tengok dan observe. Cuci mata katakan. Oh ye, kepada yang kaki melaram, baik korang ke sini coz banyak benda yang boleh korang beli dengan lebih murah tau.

Koyak kocek seluar aku lah....