Showing posts with label lipgloss berkilat. Show all posts
Showing posts with label lipgloss berkilat. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Rasa Enak Macam Nak Makan Dengan Maybeline Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Hi Korang, 

Oit bunyi tajuk je bukan main melampau kan. Fikir pasal makan jelah aku ni. Bukanlah. Brand Make up No.1 Maybeline New York sekali lagi telah menghasilkan lip gloss yang sensasi lagi bersinar dan rasanya macam nak makan je lah.

Memperkenalkan

Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Ianya merupakan lip gloss yang sangat cute dan ianya bersinar bagai tidak mengenakan apa-apa di bibir korang dan juga 50% kurang melekit dan membuatkan kita rasa selesa kerana ia melembapkan bibir sepanjang hari.


Dengan 7 pilihan warna yang memikat hati ia dinamakan seperti Cherry Kiss, Treat Me Sweet, Freshly Sliced, Berry Bella, Sparkling Grape, Crazy for Caramel dan Mad about Melon, Maybeline New York yakin lip gloss ini akan memberikan rasa sensasi dan lazat di bibir korang.

Cara nak pakai? 
La senang dan mudah di gunakan. Picit sahaja tubenya dan terus dicalitkan di bibir korang. Senang kan.


Lip gloss ini telah di uji dan di analisis, Maybeline New York Fruity Jelly Delicious Lip Gloss ini boleh di dapati dengan harga RM9.90 satu di semua kaunter Maybeline seluruh negara.

Menarik kan, senang nak bawak kemana-mana. Sumbat je dalam handbag korang kan. Dengan harga cam tu punya murah confirm bebudak sekolah, remaja student IPT pun mampu beli kan.


Tuesday, April 26, 2011

Bibir Berkilauan Dengan L'Oreal Paris Glam Shine 6H

Hi Korang,

Kalau pakai lipstick tapi tak pakai lipgloss rasa janggal plak lah. Korang pun cam tu jugakkan. Ada yang suka colour2 base but ada jugak yang suka colour berkilau2 ala bling2 kan.

So aku citer kat korang pasal lipgloss terbaru keluaran Loreal Paris ni L'Oreal Paris Glam Shine 6H.


Ia merupakan lipgloss yang tahan lama dan senantiasa berkilauan all day long. Bila kita pakai tu terasa ringannya kat mulut sampai rasa cam tak pakailah kan. Ianya tak melekit dan yang penting tak berminyak tau


Nak tau sebab apa L'Oreal Paris Glam Shine 6H ni lain daripada yang lain. Rupanya ada formula terbaru yang telah digunakan. Nak tau apa dia, ermm inilah bahan yang membuatkan lipgloss ni jadi pilihan ramai :-

1.Rubix Cube Polymer
This is the existing polymer for L’Oreal Paris Glam Shine 6H that gives these lipglosses the intense and long-lasting effect you adore.

2.NEW! Synamer Polymer
The breakthrough ingredient in the new Glam Shine 6H that gives it that controlled glossy film on lips as well as a comfortable sensation.

Sila tengok cara pakai lipgloss bukan dahi pompuan yg berkilat tu tau..


Kalau tak caya, inilah survey yang telah di jalankan ke atas 120 wanita yang menggunakan lipgloss ini

86% said their lips felt suppler
81% said their lips felt softer
97% said the gloss didn’t feel dry on their lips
75% said the gloss has a hydrating sensation
87% said the gloss felt comfortable instantly upon application
81% said their lips felt comfortable continuously

Hah, terbeliak kan mata korang. Mulalah tu sibuk nak pi cari kan. Lipgloss ini akan berada di pasaran bermula April 2011 dengan harga RM35.90

Kalau nak cantik, mahal sket pun tak per kan. Janji cantik. So dapatkan sekarang tau.