Hi Korang,
Weekends lepas pepagi Sabtu lagi aku dah duk terpacak kat concourse KLCC ni coz ada event with Lancome. Lancome tau, salah satu beauty product yang tip top kat Malaysia ni.
Mestilah ada event yang menarik untuk bloggers kan. Actually Lancome ingin memperkenalkan rangkaian produk lipstick terbaru mereka Rouge In Love Collection.
Ianya ada 27 jenis warna dan terbahagi kepada 3 jenis iaitu Jolis Matins (Pagi Yang Indah), Boudoir Time (Afternoon) and Tonight Is My Night.
Abis je introduction from Cik Hana dari Lancome, ktorg dibawa ke meja make-up untuk Make-Up demonstration dari Zamri Zainol iaitu official make-up artist untuk Lancome Malaysia.
Zamri Zainol tenGah kasi tips cara nak make-up jadi cantik
Aku pun sempat tumpanG sekaki nak jadi cantik kan
Sambil Zamri Zainol pok pek2 time demo tu, time tu jugak ktorg boleh tanyakan any questions about cara make up nie. Hah memacam info dia bagitau ktorg, cara nak itu, cara nak ini kan. Terus je segala info masuk dalam kepala ni.
Kemudian ada game untuk para bloggers plak. Ktorg kena perform untuk a group consists of 3 person, 1 model dan 2 designer. Team aku model Ruby dan 1 lagi designer Ms Sunshine Kelly. Ktorg kena design a creation kat muka model ktorg dengan variety colour of Rouge In Love lipstick. Memacam design yang aku tengok.
Ada lukis pokok, burung, love, lips dan memacam lah. Team yang menang? Haruslah bukan team aku kan rupanya team Zurie yang menang. Bukan main dasyat designnya.
Sebelum ktorg balik, haruslah ktorg di bekalkan dengan doorgift kan. Alah dapat Rouge In Love Lipstick satu (RM75) dan Lancome Make-up remover. Ok gak comel je. Kecik senang untuk di bawah ke mana-mana kan.
Thanks Cik Hana and Lancome Team for this bloggers party. Simple but full of info and fun too.
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+ -+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+ -+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+ -+-+-+-+-+-
Ok nak citer plak pasal Rouge In Love lipstick yang aku dapat masa party hari tuh.
Aku dapat 181N Midnight Rose under Tonight Is My Night Collection
Smell
Ada cam bau rose sket but not kuat sangatlah.
Texture
Rasa cam lembut bila pakai kat bibir. Ada lembap rasa lembap coz ada repairing oils.
Price
RM75 sebatang
Packaging
Nampak cam feminie dan klasik sungguh memang sangat stylish dalam silver tube
Bagi aku:-
Cantik, nampak shine je dari jauh. Lembut dan lembap je kan. Nampak berseri muka aku bila pakai lipstick ni. Walaupun warna nampak cam Gelap tapi bila pakai cantik plak rasanya.
Anyway thanks Lancome for this special opportunity. Rasanya memang aku nak cuba semua collection dalam Rouge In Love ni.