Showing posts with label l’oreal product. Show all posts
Showing posts with label l’oreal product. Show all posts

Friday, January 4, 2013

L’Oreal Miss Candy Collection, Rasa Cam Nak Makan Lah


Hi Korang,

Its beauty time!

Bagi aku menda-menda yang colourful ni memang akan menambat hati aku. Tak kiralah, makanan ke baju ke, kertas ke, bas ke as long as colourful, memang aku sanggup beli lah untuk buat koleksi.


Bila L’Oreal keluarkan koleksi Miss Candy limited edition ni, ermm lagilah aku suka. Mana taknya eyeshadow dan lipgloss nya sangat cantik dan warna pastelnya memang menarik.

Miss Candy Color Infaillible

Merupakan eyeshadow berwarna pastel but ada glittering tau. Bila aku rasa ianya lembut dan waterproof. Pakai lama mana pun still cam tu gak lah.


Ada 3 warna iaitu Naughty Strawberry, Tender Caramel dan Sassy Marshmallow. Memang sesuai di pakai siang malam pun boleh.

Yang ni harganya RM35.90 each.

Miss Candy Glam Shine Swirl


Ianya ada pengilat bibir (lipgloss) warna pastel gak. Berkilat, ada rasa cam manis sket dan melembap bibir. Bila korang pakai dengan lipstick ermm memancar lah kekilatannya.




Ada 3 warna gak Miss Raspberry, Miss Marshmallow dan Miss Apricot. Semua nama buah kan, so mesti rasa dan baunya ala-ala fruity gituh. Bestlah!


Lipgloss ni secara esklusifnya di jual bersama L’Oreal Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream secara twin pack dengan harga RM53.90 per pack.

masa dapat ni ade mashmallow lagi, so boleh makan

Kalau korang memang kaki beauty yang suka buat koleksi menda-menda colourful ni, memanglah patut dapatkan koleksi Miss Candy. 


Aku ni tengah duk sibuk mencari set warna-warni ni bukan nak pakai sangat pun but nak simpan buat koleksi je

Cantik kan

Thursday, November 29, 2012

L'oreal Renewal Lash Serum, Bulu Mata Cantik Sangat

Hi Korang,

Dapat gak mencuba L’Oreal Renewal Lash Serum dari OnlyBeauty.com.my. Try je apply kat website diorg tup-tup dapat plak kan. Syioknya

Apa tu Renewal Lash Serum?

Lash Serum ni bukan mascara ye, ramai yang dah salah sangka ni plak. Aduiyai meh aku explain sket.


L’Oreal Paris Renewal Lash Serum merupakan rawatan intensif yang direka untuk meningkatkan kelebatan bulu mata dari akar hingga ke hujungnya. Serum ini berfungsi untuk mengurangkan keguguran bulu mata semasa mata dibersihkan dengan make-up remover dan juga untuk memanjangkan lagi bulu agar lebih melentik dan lebat.


Ia diperbuat daripada serum pekat yang diperkaya dengan Arginine, satu komponen utama Keratin dan Madecassoside agar bulu mata korang tampak subur dan menarik.

Cara Nak Pakai?

Alah sama cara cam pakai mascara je.


Memula sapu sket kat area akar (lash line) tu dulu.

Kemudian baru sapu mengikut bulu mata dari akar hingga ke hujungnya.

Itu je

L’Oreal Paris Renewal Lash Serum digunakan pada siang hari dan juga malam. Alah pakai sebelum maskara pun boleh, tunggu ianya kering seminit dua then boleh lah pakai maskara.


So far aku baru guna 2 hari so adalah nampak sket lah, tunggu lah nanti bila dah panjang ye aku tunjuk kat korang tau. Not bad jugak lah, nak pakai pun senang. Anytime and anywhere lah.


Korang pun nak dapat gak product FREE kan?

Alah korang ni, just check it out kat www.onlyBeauty.com.my dan https://www.facebook.com/OnlyBeautyMalaysia  untuk ketahui camne caranya dah dapat FREEBIES dan product reviews.

Hah, puas hati tak? Hehehehhe.. jangan lupa register tau kat OnlyBeauty ye.