Showing posts with label kurma. Show all posts
Showing posts with label kurma. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Sedap Ke Kurma Tuh?

Hi Korang,


Lama tak citer pasal makan ek. So hari nie nak citer sket lah.

Bila tiba je bulan puasa, dengan tiba-tiba kurma pun trus jadi top.Mana-mana korang pergi ada je orang jual kurma kan? Bazaar ramadhan, pasar malam,pasar tani, shopping complex tak kira tempat lah mesti korang terpandang orang jual kurma kan.

Maklumlah Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :


“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.

Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;

1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)

3-Glukosa(50.0~57.0%)


Khasiat Kurma

1. vitamin A & C baik untuk kulit dan awet muda
2. potassium tinggi baik untuk sistem saraf, lemah otot, sengal-sengal, badan letih dan lesu, menghilangkan tekanan(stress) , menguatkan minda.
3. zat besi dan kalsium baik sebagai sumber tenaga, terutama untuk ibu mengandung, selepas bersalin dan menambahkan kandungan susu ibu.
4. Serat buah kurma amat baik untuk pelawasan serta mencegah barah usus besar
5. Ia juga berperanan dalam membantu pembesaran kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.
6.Kurma juga dikatakan menambah tenaga seksual atau tenaga batin
 
Sumber : PakarHowTo dan Google
 
Tapi korang nak tau tak satu rahsia pasal kurma nie? Meh sini aku cerita.

Aku Tak Makan Kurma!!!

Actually aku nie tak makan kurma. Bukan mak ayah aku tak ajar tapi aku tak boleh nak telan. Even dah kene paksa makan pun aku still tak boleh gak. Aku penah rasa dulu sekali je, masa berbuka dengan family mrBig. Masa tu, bila mak mertuaku suakan aku nak tak terpaksalah aku makan gak but aku simpan je dalam mulut pas tu terus pi toilet then buang. Sampai sekarang sorang pun tak tau pasal hal nie.


Aku sendiri pun tak tau kenape aku tak boleh telan kurma nie. So far rasanya not bad. But still tak boleh gak.Bukan setakat kurma segar,segala jenis menu yang ada kurma aku memang tak sentuh.  Aku rasalah sampai sekarang rasanya ramai lagi family members aku yang tak perasan aku tak makan kurma. Nasib baik mrBig ok je, dia jenis tak kisah pun kan.

p/s: Korang jangan nak pandai2 pi citer dengan sesape ek. Malu aku oooo. huhuhuhu...