Showing posts with label kumpul dana. Show all posts
Showing posts with label kumpul dana. Show all posts

Friday, December 8, 2017

Kemain Besar Pokok Krismas Di Suria KLCC Ni Ek, Rupanya Mereka Nak Kumpul Dana Demi membantu kanak-kanak 'Spinal Muscular Atrophy'

Hi Korang, 

Dah pi tengok pokok Krismas besar kat Suria KLCC?

Ermm belum ye...

Baik plak korang pi tengok, kemain besau bebenau sampai sakit leher kak lily nak menengoknye sebab mendongak ke atas kan hehehhehe


Rupanya pokok Krismas yang besar ini adalah untuk menggalakkan lagi para pengunjung ke Suria KLCC dan membeli belah di sini sebab sekarang ni Suria KLCC tengah dalam proses mengumpul dana bagi mereka yang kurang keupayaan tau..

Meh baca sini lah...



Sempena sambutan Hari Krismas pada tahun ini, tiga buah pusat membeli belah yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall akan mengumpul dana untuk disalurkan kepada 'We Care Journey', sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak mengidap penyakit 'Spinal Muscular Atrophy' (SMA). 

lnitiatif tanggungjawab sosial korporat ini telah diumumkan pad a majlis pelancaran sambutan Hari Krismas pusat membeli belah Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall yang dihadiri oleh Andrew Brien - Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan - Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC Sdn Bhd, Ben Chong - Pengurus Besar Suria KLCC, Baldev Singh - Pengurus Besar Alamanda serta pengasas We Care Journey - Edmund Lim dan Yap Sook Yee. 


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, 'We Care Journey' merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan. Organisasi ini bergantung sepenuhnya kepada dana yang disalurkan oleh individu atau syarikat korporat." Tambahnya lagi, "Matlamat kami adalah untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RMlS,000 melalui jualan kad ucapan Krismas yang direka khas oleh kanak-kanak We Care Journey. Justeru itu, para pengunjung boleh menghulurkan derma minima sebanyak RMl0.00 untuk kad ucapan Krismas ini yang dijual sehingga 25 Disember 2017." 

Wang derma yang terkumpul ini akan digunakan untuk membeli tiga unit mesin 'standers'. Mesin ini amat diperlukan oleh kanak-kanak 'Spinal Muscular Atrophy' kerana ia membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman, peredaran darah serta pernafasan. la juga boleh membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko berlakunya kecederaan tulang. 

'Spinal Muscular Atrophy' merupakan penyakit genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah secara progresif, membabitkan sel saraf motor pada saraf tunjang dan mengakibatkan hilang keupayaan fizikal seperti berjalan, makan dan juga bernafas. Namun demikian, pengidap SMA masih boleh berfikir, belajar dan berinteraksi dengan individu yang lain. Penyakit SMA merupakan salah satu penyebab kematian awal di kalangan kanak-kanak dan ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan jantina. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh negara Amerika Syarikat, 1 dalam 10,000 bayi mengidap penyakit SMA dan 1 dalam setiap 50 warga Amerika adalah pembawa Gen SMA (Statistik negara Malaysia masih tiada).


Pengasas 'We Care Journey' Edmund Lim yang hadir di majlis pelancaran ini bersama isterinya Yap Sook Kee berkata, "Anak kedua kami Branden disahkan mengidap penyakit 'Spinal Muscular Atrophy' pada usia setahun. Branden tidak berupaya untuk duduk atau berdiri dengan sendiri, serta memerlukan penjagaan rapi, dan kombinasi terapi fizikal juga pemulihan secara intensif. lni kerana penyakit ini menyerang secara progresif. Justeru itu, kami suami isteri bertekad untuk membantu Branden sebaik mungkin dan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menggunakan semua simpanan wang kami untuk menubuhkan organisasi ini." Tambahnya lagi, "Sepanjang dua tahun organisasi ini ditubuhkan, kami bukan sahaja berupaya memberi perhatian sepenuhnya kepada Branden, malah dapat membantu anak-anak SMA yang lain serta keluarga mereka menghadapi penyakit ini."


A post shared by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Buat masa sekarang, pengidap penyakit SMA hanya boleh dirawati untuk menangani masalah pernafasan dan pergerakan. Justeru itu mesin bantuan pernafasan, alat pendakap kaki, kerusi roda dan bingkai bantuan untuk berdiri (Standing frames) amat diperlukan oleh 'We Care Journey' untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang mengidap SMA.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen mengumpul dana SMA bagi 'We Care Journey', sila layari www.suriaklcc.com.my atau www.wecarejourney.org









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, July 22, 2015

Kecian #PakcikMisteri Ni, Meh Tolonglah Sket

Hi Korang,


Mesti korang perasan kan, iklan raya TM ni kat tv?

Hah yang tulah, yang ada budak pompuan takde duit tambang nak balik sebab beg duit dia hilang kan. 

La tak tau yang mana satu? Ni meh tengok iklan ni


Ye, yang ni lah.

Kalau korang tengok iklan tu sampai habis, nampak nau yang budak pompuan tu kedekut nak keluarkan duit untuk orang lain kan dan akhirnya insaf bila #pakcikmisteri tu tolong dia.

So kita pun kenalah cam tu jugak, bantu-membantu di antara satu sama lain tak kiralah kenal atau pun tidak macam #pakcikmisteri tuh. 


Ni aku nak ajak korang tolong jugak memberi sumbangan seikhlas hati ni kepada mereka yang memerlukan. Alah tak yah kuar duit pun lah. Ingat aku tipu ke? Betul la ni wei

Kempen #pakcikmisteri anjuran TM ni untuk membantu beberapa pertubuhan yang memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan mereka, di antaranya adalah Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, A Munrah Pendang Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komoniti Digital TM). 

Kan aku cakap tak yah kuar duit just perlu tenaga korang untuk main klik-klik sajor.

Cara-caranya :


2. Kemudian tekan je ‘JOM MULA’. Nanti keluarkan beberapa task yang korang kena buat ek



3. Korang kena bantu AZURA untuk menyelesaikan beberapa masalah berpandukan nota-nota kecil dan juga arahan yang di berikan. Alah senang je, klik-klik itu je arahan yang diberikan.


Inilah hasilnya setelah aku main klik-klik tu tadi. Tangan tak berapa bagus sangat time nak klik duit jatuh tu kan. Yelah bukan kaki candy crush katanya. Jadilah ada sedikit sumbangan daripada aku kan. Orang kata sikit-sikit lelama jadi bukit, so apa lagi jom kumpul lagi bantu diorang ni kan…

Dah tu, apa lagi moh klik sini ek https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/

Dapat jugak korang pahala time raya-raya ni kan