Hi Korang,
Aku kureng sket guna Eye shadow ni.
Sebab aku rasa buatkan mata aku cam pelik sket lah. Sebab warna-warna kat kelopak mata kan. hehehhehehe kelakar plak rasanya.
So masa aku ke booth Ronasutra harituh di Subang Parade, diorang duk perkenalkan Ronasutra Mineral Eye Colour produk terbaru dalam rangkaian Ronasutra ni.
Ianya di perbuat daripada 100% bahan semulajadi ni bukan saje selamat digunakan malah menampilkan wana-warna yang menyerlahkan mata si pemakai.
So sesampai je, team Ronasutra bersihkan muka aku. Diorang nak test samada aku ni reti pakai ke eye shadow ni. Ya ampun, mak mane reti noks. Tenyeh-tenyeh dengan jari boleh lah.
Nasib baik ada Yana, bolehlah mintak tolong ajarkan sket.
Tengoklah hasilnya, kelakar. Maklumlah tak reti pakai. Rupanya kena blend bila pakai Eye Colour ni baru mata nampak lagi menyinar.
Ronasutra Mineral Eye Colour ni terdiri daripada 3 warna serasi dalam 1 palet dan boleh di dapati dalam 5 pilihan palet. Warna-warna seperti 'Earth Tones' di lengkapkan dengan warna yang lebih mendalam untuk serlahkan mata. Warna cerah boleh di gunakan sebagai 'base' atau pun 'highlighter'.
Kalau nak mata berkilau macam M Daud Kilau boleh dapatkan warna Orange Brown, Violet, Silver, Deep Brown dan Gold, terus dapat title minat glitter nanti ek hehehehhehhe
Packagingnya sangat comel coz ianya bertindan, so korang bolehkan menyusun koleksi warna mengikut kesesuaian korang. Sebab ianya kecil so boleh je selit dalam handbag kan.
Kata Cik Audri iaitu Pengarah Produk dan Pembangunan Jenama Miliyasutra Industries Sdn Bhd, kalau kita gunakan jari untuk menyapu Mineral Eye Colour ni, hasilnya sangat awesome korang. Walaupun dalam bentuk loose gituh tapi mudah nak digunakan. Tekap dan ratakan dengan jari korang untuk dapatkan warna yang lebih mendalam dan berkilau. Kalau nak nampak lebih lembut dan 'matte' sapu je selapis bedak kat mata tuh.
Lagi satu, Eye Colour ni gak boleh digunakan sebagai celak atau warna kening melalui pelbagai teknik dan aplikator. Ni satu contoh aku bagi, gunakan warna mata senfan berus yang sedikit lembap untuk menggaris macam liquid eyeliner.
Tentulah korang nak tau harga kan.
Ok ok Ronasutra Mineral Eye Colour ni dah ada dijual di semua butik or flagship store pada harga RM38 bagi setiap palet yang terdiri dari 3 warna. Kalau susah sangat, beli je secara 'online' di www.ronasutra.com atau pun kaunter Ronasutra di Plaza Marsalam Shah alam, Subang Parade dan Wangsa Walk Mall.