Hi Korang,
Siapa suka Oreo, angkat tangan!. Amboi kalau pasal makan cepat je korang kan. Makan siapa tak suka kan, lebih-lebih lagi Oreo. Budak setahun jagung pun pandai. Kalau tak caya korang tengok iklan kat tv tu kan, bukan main lagi diorg tunjuk cara nak makan Oreo kan.
Oreo ni bukan sekadar biskut je tau. Its actuallymempunyai rasa yang enak dan cara makannya yang unik iaitu pusingkan biskut, jilat kan cream dan celupkan ke dalam susu dan rasanya akan bertambah enak lagi jika dimakan bersama-sama yang tersayang tak kiralah rakan-rakan, anak-anak dan sesiapa saja di samping itu ianya dapat mengeratkan lagi kasih sayang di antara sesama kita.
Jadi baru-baru ni aku dapat menghadirkan diri ke press release 'Oreo Daddy Dunk' di The Curve, Mutiara Damansara. Pihak Kraft Foods Malaysia telah melancarkan kempen 'Daddy Dunk' sempena Hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan adanya kempen ini bapa dan anak akan dapat menambahkan lagi rasa kasih sayang di antara mereka.
Bagi melancarkan lagi kempen ini, pihak Kraft Foods Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia, para bapa dan sessi keluarga untuk ke New Wing 1 Utama pada 19 Jun 2011 untuk memeriahkan lagi 'Oreo Daddy Dunk Day ini. Pelbagai acara menarik telah pun di sediakan untuk sessi keluarga dan juga pemberian tshirt esklusif 'Daddy' di berikan secara percuma.
Malah selebriti Aaron Aziz dan ahli keluarganya juga akan turut serta pada hari tersebut. Selaku juru cakap Oreo, Aaron Aziz akan berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang ayah kepada 3 orang anaknya.
Di samping itu, pihak Kraft Foods Malaysia juga akan mengadakan 'online' kempen di Facebook yang mana semua rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak akan berpeluang menyatakan rasa kasih sayang mereka terhadap bapa mereka dengan menghantar Oreo T-Card secara virtual.
Jadi apa tunggu lagi, jom cepat ajak anak-anak korang create Oreo T-Card ni untuk bapa diorg tercinta dan datang lah ke New Wing 1 Utama pada 19 Jun 2011 bagi menjayakan kan lagi 'Oreo Daddy Hunk' ini ye.
Oh ye, lupa nak bagi tau berita baik untuk Nuffnangers yang lepak kat blog aku ni, nantikan surprise dari Nuffnang. Untuk lebih lanjut tunggu berita baik ni by click tu Nuffnang Fanpage tau.
So Selamat Makan Oreo tau...