Showing posts with label korean halal food. Show all posts
Showing posts with label korean halal food. Show all posts

Friday, March 17, 2017

Lunch Di DUBUYO Korean Halal Food, The Mines

Hi Korang.


Lunch memang pening sebab tak tau nak makan apa kan.

Yelah tak banyak pilihan kalau tak keluar office tapi banyak pilihan kalau pi makan kat luar hehehehe

Hari tuh masa kena pi beli barang-barang office, pi lah ke The Mines ni. Dah ikut je paling dekat kan so kesitu jelah. Abis beli barang dan hantar barang ke kereta perut rasa lapar pulak. Jadi pusing merata dalam shopping mall ni.

Tup-tup ternampak Dubuyo ni.


Wah Korean food, bestnya kalau dapat makan kan tapi tak sure halal ke iddok. Pi dekat-dekat then tanya budak waiter tu eh dia cakap halal so apa lagi terus masuk tanpa was-was.


Ermm terpinga-pinga nak order apa ek, sekali waiter tu tunjukkan menu. Wah semua nampak sedap ya ampun, rasa cam nak order semua je tapi siapa nak makan kan. Sudahnya order ni hah

Honey Garlic Bulgogi Chicken Set Menu

Apa pun menda alah ni ek?

Ok hidangan set makanan yang ada main dish, nasi, sup dan side dish, eh dapat jugak minuman percuma sekali ye. Ini sudah bagus kan sebab semuanya ada so tak yah nak order makanan tambahan lagi. 





peach tea, sedap ya ampun sedap sejukkkkkkkk

Sebab ini set menu so harga takdelah mahal pun dalam RM17.50 sahaja. Alah bolehlah sekali sekala kan, kalau hari-hari boleh botak kepala oooo

Nak pi, cari je

Dubuyo Korean Halal Food
Level Ground Floor, 
The Mines Shopping Fair,
Seri Kembangan
43300 Selangor


Dubuyo ni banyak je outlet lain seluruh Lembah Klang yang aku tau kat iOi City Mall pun ada gak.

Selamat menjamu selera semuanye....