Showing posts with label kongsi rezeki. Show all posts
Showing posts with label kongsi rezeki. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Tips Blogging Di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Hi Korang,

Aku ni yang baru terhegeh-hegeh nak citer pasal event anjuran Denaihati Network ni.


Yelah bagi chance orang lain citer dulu lah, kang  kalau aku dulu bertambahlah lagi traffik di blog aku ni. Hehehe.. memain je lah.


Bagi aku, seminar sebegini memang patut di sertai oleh blogger-blogger baru macam korang yang baru nak kenal dunia blog ni. Macam aku dah terlambat dah, dah tua baru nak belajar. So ilmu tu lambat sket nak menyerap ke otak.

Hilal ko jangan main tepon tu ek, keje MC tuh

Ktorg di ajar cara buat duit dengan blog dalam pelbagai method yang aku sendiri tak menjangkakan. Di antaranya melalui program Affiliate, pengiklanan, menulis ebook dan ada lagi yang aku tak berapa pandai nak explain kat sini.

Blogger comel  NisaKay pun ada kongsikan motivasi kepada blogger-blogger yang nak berjaya dalam dunia blogging ni. Senantiasa kena update blog selalu jadi tak delah pengiklanan ingat kita ni berblogging suka-suka je. Walaupun follower tak ramai tapi kalau cara kita menulis blog dengan kreatif, pengiklan mesti cari punya.


Meh aku citer sket mengenai tips buat duit ni ye.

Cara buat duit dengan program Affiliate

Ilmu ini di kongsi oleh En Titan. Dia ni memang pakar dalam hal ni. Dia ada lebih dari 10 blog untuk program Affiliate ni. Kena ambil kira alexa rank, pagerank, 1 blog – 1 niche, bijak memanipulasi situasi dan pandai menggunakan ayat-ayat yang berbentuk tagline/punchline/kickline.

Cara buat duit dengan menulis E-Book.

Teknik ini dikongsi oleh Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth di alam maya sebagai Founder WangCyber.com. Kita fikirkan sesuatu yang teknik yang sering berkaitan dalam kehidupan apa yang berlaku setiap hati di sekeliling kita. Macam cara nak kuruskan badan, penjagaan kesihatan,  resipi pun kita boleh buat e-book gak. So startlah menulis.

Bak kata abang ensem, cabar diri sendiri menulis e-book 1 hari 1 mukasurat sampailah 30 hari. Dah dapat 1 e-book.

Cara buat duit dengan pengiklanan

Rahsia ini di kongsi oleh Tekong dari  Team Amanzy.my. Hebat tu CEO bukak citer kan. Make sure isi kandungan blog lebih penting dari pengiklanan. Barulah pengiklan berminat dengan blog korang. Kaji siapa pembaca blog korang dan juga ruang letak iklan tu penting ye. Tak kan nak letak iklan besar tapi artikel sket je.


Ada special segmen dari Rayyan Harries, blogger traveller yang sedang meningkat naik. Seronok dengar dia cerita pasal travelling secara backpackers kan.

blogger Zarul Umbrella hiburkan ktorg tau

Aku cerita ni roughly je. Kalau korang search kat google.com ni ramai yang menulis more details tentang teknik-teknik ni macam kak kujieeyriqazz dan ada lagi lah.

Cuba try search ye, nak cari ilmu usaha tu kena kuat sket. Tak boleh spoonfeed selalu nanti naik lemak dibuatnya. Aku sendiri pun duk leka baca entry diorg ni pasal seminar #SBDdB 2013 ni. Yelah setiap orang cara pemahaman berbeza jadi dari situ aku kutip segala maklumat dan proses masuk terus ke otak.

Hopefully bro Denaihati akan buat lagi seminar sebegini. Alah apalah sangat RM50 berbanding dengan ilmu yang dicurahkan. Sangat berinfomatif.

geng karipap sampai tercekik Yana dan Ruby

Rugi korang yang tak pergi tau. Selain dapat ilmu, dapat kengkawan baru, dapat makan, dapat bercamwhore dan dapat gak sental sampai licin karipap mini EjamOthman. Karipap lu terbaek la bro!

Hidup blogging dan karipap!!