Hi Korang,
Aku memang payah sket kalau nak shopping baju di mall yang besar-besar ni.
Kebanyakan cuma ada saiz untuk perempuan cantik dan kurus je, ermm sangat sedih ek. Abis pompuan comel cam aku ni beli baju kat mane plak.
Jawabnya kenalah shopping kat butik-butik baju orang putih ni, alah yang imported punya macam Marks & Spencer, Dorothy Perkins, Aldo, Ms Read. Hah ko butik-butik cam tuhlah. So jangan nak kata aku poyo wokeh. Dah memang saiz comel cam ni, kedai-kedai baju cam tu yang provide kan. Jadi membeli belah kat situ.
Bila lalu kat H&M Avenue K hari tuh, rasa cam nak singgah masuk je.
Walaupun aku tau, memang payah nak cari baju plusz size kan, but rasa teringin je. Oklah lepas anto Mr Big pi keje sabtu lepas, park kereta kat KLCC sebab ada ladies parking (rasa selamat sket) so menapak lah ke Avenue K ni.
Besar gak outlet H&M kat sini. Melambak-lambak baju ada.
Bila belek-belek je saiz kecik, saiz normal.Ada gak baju saiz beso sket tapi tak sesuai dengan aku plak. Alah memacam plak kan. Terus mood merudum.
Jalan-jalan section accesories plak, hah ko terbeliak mata aku kejap. Bestnya memacam ada. Yeah I like!
sesaja beli coz cantik dan banyak compartment
ada 4 cincin, baru RM29.90 je. comel-comel belaka
pakai jalan-jalan on weekend, sesuai leisure-leisure gituh
Sampai pening dibuatnya, sudahnya aku beli handbag comel macam aku satu, earings dan rings. Bestnya kira bertambah lagi koleksi kan. Tak delah shopping until I drop pun, beli sesket je.
Ermm dah minat sangat, beli gak walhal gaji belum masuk lagi ni. Tak per tak per duit blogging kan ada lebih, so inilah tujuannya kan..
Tak de amik banyak gambo pun masa pi sini, yelah ko sengsorang takut tuh. Kang orang ikut, ragut beg kan bahaya.
Biar orang nampak cam tak berduit tapi sebenarnya.......... (sila sambung ayat, dan komen kat entry ni ek) Mana tau aku boleh share sket rezeki dengan korang kan..
Sila komen ek