Showing posts with label kiwi recipes. Show all posts
Showing posts with label kiwi recipes. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day2 – Bergambar Dengan Si KIWI Comel

Hi Korang,

Ini merupakan hari kedua aku dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni.


Memang hari ni sangat-sangat sibuk sebab kitorang menguruskan hal pemergian arwah mak long Mr Big yang meninggal malam semalam. So dari subuh hinggalah ke malam ni tadi still kat rumah keluarga di Gombak. Balik-balik je terus on laptop settle kan task untuk second day ni

Nasib baik tasknya senang iaitu,


Hehehehe 

Sebab dah penat sangat nak masak so malam ni tadi ktorang just makan buah kiwi for dinner. Simple but marbeles kan. Potong-potong 2-3 biji kiwi dan makan.

Ermm terjadilah dekorasi simple ini ek.


Itu saje untuk hari kedua ni, insyallah the rest of the day aku akan menggayakan buah kiwi ni bersungguh-sungguh ek.



Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 


Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.


Monday, October 27, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day1 – Kebaikan Zespri KIWI Hijau Pada Sistem Penghadaman Kita

Hi Korang,


So untuk cabaran pada hari pertama ni, aku hendaklah mengenali lebih mendalam lagi mengenai buah Kiwi ni. Yelah bentuk, rupa, warna semua kita dah tau kan.

Aku nak citer pulak kebaikan buah Kiwi Zespri ni.


Buah kiwi adalah buah-buahan yang sangat menakjubkan walaupun bersaiz kecil tapi sangat besar dalam kebaikan kepada kita. Ianya mengandungi lebih daripada 20 vitamin dan mineral penting yang secara langsung memberi manfaat kepada badan kita dan mengekalkan fungsi badan. Ia juga mengandungi pelbagai jenis phytonutrients yang lain, carotenoids dan enzim pencernaan dengan manfaat yang diketahui. Lagipun, ianya sangat rendah lemak dan sesuai untuk makan setiap hari.

tengok Dak Uban pun nak makan buah kiwi ni tau

FAKTA MENARIK MENGENAI BUAH KIWI

1. Kaya akan Vitamin C yang membantu tubuh dalam menyerap zat besi. Kiwi punya vitamin C dua kali lipat ganda jika nak dibandingkan dengan orange

2. Mengandungi actinidin - enzim unik yang membantu pencernaan (harus ke tandas, selepas makan ni) dan mengurangi rasa kembung

3. Mengandung potassium yang penting untuk perkembangan sel, jaringan dan fungsi organ tubuh.

4. Rendah kalori tapi sangat kaya akan nutrisi - a great tool for weight management. Berat badan adalah buktinya

5. Natural source of folic acid. Folic acid sangat penting untuk ibu hamil agar dapat menjaga bayi dalam kandungan dari kecacatan fizikal dan otak, selain itu juga penting untuk pertumbuhan sel janin dalam rahim.

6. Vitamin E yang bagus untuk kesihatan jantung dan antioksidan. Vitamin E juga sangat bagus untuk memperkuat sel jaringan kulit, sesuai untuk kulit bermasalah cam aku ek

7. Rendah gula – pesakit diabetes, elok makan tau

Nak bagi korang faham lagi mengenai buah Kiwi ni, meh layan video dari youtube ni ek



Ini baru cabran hari pertama, ada 13 hari lagi untuk aku bersama Zespri Kiwi ni ek. Nanti entry-entry yang berikutnya tau.

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 



Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.