Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Footlink Seamless Socks, Kaki Pun Kena Selesa Jugak

Hi Korang,



Orang cam aku ni jarang nak fikir pasal kaki ek, yelah sebab kat bawah dan tak nampak kan. Tapi sebenarnya kalau kaki bermasalah cam ne kita nak berdiri, kaki tulah tiang badan kita dan kalau tak de kaki lagi teruk kan cam ne nak berjalan….

kaki orang gemuk yang kuat jalan hehehehe

Aku pakai stoking bila pakai sport shoes or nak tidur malam kalau cuaca kemain sejuk, lelain harap iddok ler hehehehe..

Tapi sejak aku cuba Footlink Seamless Socks ni, rasa seronok pulak bila pakai.

Rasa selesa sangat bila pakai, langsung tak rasa berpeluh sebab fabriknya merupakan campuran dari cotton dan lycra dan tentu-tentu selesa. Tiap-tiap malam, aku pakai stokin ni sebelum tidur, langsung tak panas at all.





Ada fungsi Moisture Control ek, korang boleh baca details kat bawah ni ek

Moisture Control (Keeps Feet Cool And Dry)


Footlink Seamless Socks contained 70% cotton. Cotton fabric has some fantastic properties, for example cotton is: 
  • Hypo-allergenic, since it doesn't irritate sensitive skin or cause allergies. 
  • Cotton's softness makes it a universally preffered fabric for underwear and other garments worn next to the skin. 
  • Cotton has a high absorbency rate and at saturation point can hold up to 27 times its own weight in water (one reason it's great for tampon, liners and pads). 
  • Cotton actually becomes stronger when wet. 
  • Cotton breathes easily as a result of its unique fibre structure. This helps make cotton more comfortable to wear than artificial fibres unable to provide similar ventilation. 
  • Unlike synthetic fibres, cotton is a natural product and contains no chemicals. 



Tidak Rasa Grip Yang Kuat (Minimize indentations)


Walaupun nampak tebal kemain tak ianya langsung tak grip at all. Tak grip tuh bukanlah rasa longgar yang sampai ianya boleh bergulung ke bawah kan. Ia grip tapi tak ketat yang sampai boleh menghalang perjalanan darah mengalir ke kaki. 

Lagipun Footlink Seamless Socks ni ada cushion bahagian tapak stokin tersebut so korang akan rasa selesa je bila berjalan atau berdiri. 

ini kaki MrBig yang saiz 10 yang kekadang 11 tu lah..


Yang penting, ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kaki sensitive dan masalah diabetes (kencing manis) ek. Memang elok sesangat guna stoking Footlink Seamless Socks ni. Lagipun stokin ni amat sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu selepas bersalin ianya supaya tidak mencengkam kaki kan. 


La cerita panjang kemain korang tak pernah dengar pasal Footlink ke?




Meh aku citer sket sejarah Footlink

Footlink was inspired and founded to bring quality footwear to people, not only from a fashion point of view but more from a health point of view.

We are living in a society enriched with people of a variety of unique skills, talents and capabilities. By working hand-in-hand with people like foot care doctors, nurses and technology experts, Footlink is able to design, innovate and manufacture high quality footwear. 

Our Concept Our shoes are designed with bio-mechanical and healthy footwear guide. These two concepts will offer a more healthy and comfortable fit and able to perform prolong standing and walking activities. Footlink is an alternative footwear solution for foot problems such as, foot pain (arch pain, heel pain, ball of foot pain), ankle pain, knee pain, lower back pain, diabetic foot, arthritis, geriatrics, osteoporosis, obesity, swollen foot and ect.

Hah sesungguhnya memang stoking kesihatan yang banyak manfaatnya.

Yang ni Seamless Socks



Actually selain daripada Seamleess Socks yang boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (stoking unisex) ada juga stoking untuk wanita iaitu Lady Comfort Socks.



Aku pun dah cuba jugak dan ianya selesa sepanjang hari, aku sesaje pakai pi kerja sebab ikut skin colour so tak berapa perasan sangat kan orang. Langsung tak berpeluh malah berangin je rasanya, tak delah bila tanggal stoking kaki terus rasa gatalkan sebab peluh.


Lagi satu nak bagitau ni, Lady's Comfort Socks ni langsung tak jarang dan amatlah sesuai untuk digunakan semasa solat la kan, so tak yahlah nak labuhkan kain telekung tuh sampai terlondeh ek hehehhehe...

Kalau korang minat aku syorkan korang ke Laman E-Shop footlink untuk order ek. Yelah menda bagus siapa yang tak nak kan.

Jap-jap aku kongsikan jugak promo code untuk korang guna ek. So adalah diskaun sket, jimat lagi tuh. 

Coupon code : CikLily

Korang boleh dapat 10% off bagi pembelian minimum of RM75 untuk mana-mana pembelian stoking dan krim termasuk free delivery.

Nak order, boleh klik ke : https://eshop.footlinkonline.com


Ataupun kalau rasa-rasa nak pergi sendiri dan tengok kemudian beli, bolehlah melawat ke cawangan-cawangan footlink yang terdekat dengan korang seperti di: 
  • Footlink Resources, Segambut 
  • Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur 
  • KPJ Tawakal Specialist Hospital - Jalan Pahang 
  • Mediconstant Pharmacy Sdn. Bhd., Ampang Point 
  • Constant Pharmacy - Lake Fields, Sungai Besi 
  • Constant Pharmacy, Genting Klang 
  • Constant Pharmacy TTDI 
  • Farmasi Materia Medica, Putrajaya 

Lagi best kalau korang boleh datang butik Footlink pun bagus gak sebab selain ada pilihan stoking ada juga pilihan kasut yang mampu menarik hati korang untuk beli ek.

Ini alamatnya


Footlink To Wellness Sdn Bhd
No.25, Jalan Bayu Tinggi 1A,
Taman Bayu Tinggi, 41200, Klang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

T: +603 3323 3636
F: +603 3323 3736

Instagram : www.instagram.com/myfootlink
Facebook : www.facebook.com/footlinktowellness




Ermm nanti nak cuba kasut pulak la kan, mana tau sesuai dan selesa kat kaki aku pulak kan hehehehe



Thursday, August 18, 2016

‘B Healthy’ Rancangan 'Lifestyle' Terbaru Di Astro Bella

Hi Korang,

Minggu lepas sempat ke media launch event anjuran Astro iaitu pelancaran rancangan bercorak gaya hidup masakini yang meliputi Topik Kecergasan, Senaman dan Pemakanan Sihat iaitu 'B Healthy'


Seringkali kita mahu memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? 

Segala persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang akan disiarkan mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan yang mengupas pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia!


‘B Healthy’ bakal bersiaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan menampilkan Amelia Henderson selaku pengacara. Selebriti cantik yang juga pelakon Oh My English! ini akan mengemudi program ini dengan cara tersendiri, dengan celoteh menarik agar setiap topik yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan oleh penonton di rumah. Antara topik yang akan dibincangkan adalah pembentukan otot dan bentuk badan, perkongsian resipi dan menu yang sihat, transformasi kecantikan dan banyak lagi menjadikan B Healthy sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga.


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Kami di Astro Bella sentiasa mahu menampilkan program baru yang segar dan menarik buat tontonan penonton di rumah. Kami sedar yang gaya hidup sihat merupakan satu isu yang kian mendapat tempat di hati penonton khususnya golongan wanita. Sama ada mereka ini lelaki dan wanita, tua atau muda, berkerjaya atau masih belajar, adalah penting bagi mereka mengekalkan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan urusan harian dengan semangat yang positif dan berstamina tinggi. Kami mahu menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, umur, jantina, demografik mahupun kerjaya. Ia adalah sebuah program untuk tontonan seisi keluarga”.

“B Healthy merupakan sebuah program kesihatan yang merangkumi setiap aspek yang penting dalam pengekalan gaya hidup sihat. Dari pemakanan secara sihat, rutin senaman mudah dan pelbagai sehinggalah segala perkara yang berkaitan dengan penjagaan diri, semuanya akan dikupas di dalam program B Healthy ini. Misi utama kami adalah menjadikan program B Healthy sebagai one stop center kepada isu-isu berkaitan kesihatan dan penjagaan diri serta gerbang kepada bermulanya gaya hidup sihat!” tambah Natasha. 


Lebih menarik lagi, ‘B Healthy’ membawakan topik dan isu kesihatan berlainan setiap minggu, yang mana setiap episod akan menampilkan pakar kesihatan yang mahir dalam bidang masing- masing untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar kandungan ‘B Healthy’ dapat dimanfaatkan ramai pihak di luar sana. Selain itu, para selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry, Sazzy Falak, Natasha Hudson, Nana Al Haleq dan ramai lagi turut dijemput memeriahkan ‘B Healthy’ serta menyatakan pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri berkenaan topik-topik kesihatan yang dipaparkan. 

Menariknya, setiap selebriti yang akan muncul telah dipilih mengikut tema yang tersendiri agar komentar yang diutarakan mereka sesuai dengan topik pada minggu tersebut. B Healthy akan menampilkan 3 segmen iaitu ‘B Nutritious’; membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk dicuba; ‘B Fitness’ yang memaparkan pelbagai rutin senaman seperti yoga, cross training dan Zumba serta segmen ‘B Mindfullness’ di mana segmen ketiga ini akan membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibicarakan.

Istimewa buat penonton di rumah, ‘B Healthy’ juga menawarkan hadiah percutian ke Bali, Indonesia menerusi peraduan kuiz mingguan di mana para penonton perlu menonton setiap episod ‘B Healthy’ untuk menjawab soalan. Selain pakej percutian, pelbagai barangan Go Shop dan cenderahati produk kesihatan Purely B juga boleh dimenangi setiap minggu di mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Astro Circle. Jangan lupa saksikan ‘B Healthy’, mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. 

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Kuiz B Healthy


Tempat Pertama Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam Berserta Rawatan Spa Untuk 2 Orang ke Bali, Indonesia Bernilai RM 7000 serta hamper bernilai RM 1000

Tempat Kedua Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Ipoh Banjaran Springs Untuk 2 Orang Bernilai RM 3500 serta hamper bernilai RM 500

Tempat Ketiga Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Avillion, Port Dickson Untuk 2 Orang Bernilai RM 1800 serta hamper bernilai RM 300


Sunday, July 13, 2014

Resipi Ayam Berempah Sate Scott® Calorie Light

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal masak-masak ni ek. 

Itulah asyik buka puasa kat luar je, sampai masak pun boleh hilang skills dibuatnya. Hehehehhe tipu arrr.

Ok hari ni aku nak masak resipi Ayam Berempah Sate Scott® Calorie Light.


Wah, kemain nama. Siap ada nama omputih bagai. La bukan apa, selain daripada masak ayam aku nak cuba tisu dapur Scott® Calorie Light sekali. Dengar-dengarnya tisu dapur Scott ni dapat mengurangkan kalori dengan menyerap minyak yang banyak. 

Mehlah aku citer sket pasal Scott® Calorie Light ni ek

Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil kalori harian berlebihan – Fakta dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan purata rakyat Malaysia mengambil lebih dari 2,900 kcal sehari**, jauh melebihi jumlah yang disyorkan iaitu 2000 kalori sehari untuk lelaki dewasa dan 1500 untuk wanita dewasa.


“Sebagai jenama barangan harian yang lama dipercayai rakyat Malaysia, Scott® berbangga kerana telah mengambil langkah untuk membantu rakyat Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan dengan Scott® Calorie Light. Tuala dapur baru ini adalah satu-satunya tuala dapur yang direka khas untuk penyerapan minyak terbaik untuk menangani cabaran terbesar dalam dapur rakyat Malaysia. Ia bukan saja menyerap minyak secara berkesan pada permukaan dapur yang melekit tetapi juga dari makanan, oleh itu pengguna boleh menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah.” kata Cik Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.


Tuala Scott® Calorie Light diuji oleh sebuah badan bebas, dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada lemak sebanyak purata 25%* hanya dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light untuk menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum ianya dihidangkan. Ia diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh dengan ekstrak teh hijau, satu ramuan yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak.

“Saya adalah pengguna setia jenama tuala dapur Scott® selama ini dan telah menggunakanya dalam pelbagai cara, samada semasa menyediakan makanan atau membersihkan dapur,” kata Florence Tan, Chef Selebriti Malaysia. “Kami gembira dengan pengeluaran produk khas seperti Scott® Calorie Light yang direka khusus untuk menyerap lebihan minyak supaya kita dapat menikmati makanan enak yang kurang kalori serta berkesan membersih permukaan yang berminyak!”

Dari ayam goreng ke pisang goreng, ketahui pelbagai cara tuala Scott® Calorie Light dapat membantu mengurangkan kalori dalam makanan harian!

Ok dah, ni aku kongsikan resipi Resipi Ayam Berempah Sate Scott® Calorie Light

*cari resipi di internet dan di tukar sket-sket, mintak maaf terlupa amik di mana. Mintak tuan punya tuh halalkan ek. Serius aku lupa lah

Bahan-bahannya 

1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa) 
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk 
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
1 sudu besar cili kisar 
1 1/2 sudu besar serbuk kari 
5 ulas bawang merah – di tumbuk
3 ulas bawang putih – di tumbuk 
2 btg serai – di hiris dan di tumbuk 

2 sudu besar biji ketumbar – digoreng kering dan ditumbuk halus 
1 sudu teh jintan kasar – digoreng kering dan ditumbuk halus 

Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 
Daun kari – aku letak masa menggoreng, nak bagi wangi katanya 

Cara-cara memasak

1. Potongan ayam di bersihkan dan letak sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. 

2. Segala jenis bahan-bahan rempah yang di atas tu tadi, digaul pada ayam rata-rata sehingga sebati. Mesti kena semua tempat tau.


3. Dah siap, perap dan simpan dalam peti sejuk seketika, sekurang-kurangnya dalam 1 jam gituh tapi lagi lama lagi baik.

4. Panaskan minyak untuk menggoreng.



5. Bila dah panas betul-betul apa lagi terus masukkan ayam. Jangan banyak sangat letak nanti takut tak cukup masak plak kan.


6. Siapkan tisu untuk menapis ayam tu ek



8. Ok meh kita angkat ek



9. Yang dah masak tu angkat dan letak di atas tisu dapur Scott® Calorie Light untuk tapis segala lebihan minyak menggoreng tu kan.


10. Tada, dah siap pun.



Nampak tak keberkesanan tisu dapur Scott® Calorie Light ni. Segala minyak dapat dikeluarkan dengan diserap sekali gus je. 


Memang masa makan tuh, tak de rasa berminyak langsung. Minyak tu adalah tapi takdelah sampai meleleh-leleh keluar time kita makan kan. Rasa sate betul maybe sebab jintan kasar yang aku guna tu kot.


Tuala Scott® Calorie Light premium baru boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar, pasar mini dan kedai terpilih di seluruh negara pada harga runcit RM6.20 untuk 2 gulung dan RM14.90 untuk pek 6 gulung (Semenanjung Malaysia) dan RM6.80 untuk 2 gulung dan RM16.40 untuk pek 6 gulung (Sabah dan Sarawak)

Untuk maklumat lanjut tentang tuala Scott® Calorie Light premium, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.



Tuesday, August 3, 2010

Menguap Punca Ngantuk? Salah tu.

Korang,


Betul ke menguap punca ngantuk? Memula aku percaya gak lah. Sebab kalau dah 10-20 kali tu sangap yang sampai tak leh tutup mulut maknanya mengantuk lah tu. Tapi kekadang tengah buat presentation pun boleh menguap itu bukan ngantuk dah tu kan. Apa-apa pun sempatlah aku menggoogle kat internet pasal menguap nie.

Salah satunya ialah faktor kepenatan. Apabila penat pernafasan akan menjadi semakin dalam daripada biasa. Berdasarkan teori ini , tubuh akan kekurangan oksigen kerana pernafasan menjadi perlahan. Oleh itu , menguap akan membantu membekalkan lebih oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan lebih banyak karbon diaoksida daripada darah. Menguap juga mungkin berlaku akibat reflek luar kawalan yang membantu mengawal paras oksigen dan karbon dioksida.



Satu lagi teori menyatakan menguap adalah senaman untuk peparu dan tisu disekelilingnya. Mengeliat dan menguap adalah salah satu cara untuk menyegarkan kembali otot dan sendi , meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan diri kembali segar. Ada juga yang percaya menguap adalah tindak balas perlindungan yang mana sejenis bendalir seperti minyak yang dipanggil surfactant akan dirembeskan semasa menguap bagi membantu melincirkan peparu dari dalam dan mengelakkan ia daripada ranap.

Hah, apa macam? Ok tak penerangan tu tadi. 2-3 kali lah aku baca untuk pahamkan ayat2 tu kan. Tapi yang penting aku nak pesan dan moral of the story, tutup la mulut ketika menguap kerana kalau dilihat dari sudut Islam, ucapkan astaghfirullah al azim, sebab menguap itu angkara syaitan.


Tapi kes aku nie lain plak, dari start aku duk depan PC nie sampai lah sekarang dah dekat 10 kali aku menguap lah. Idea nak update entry nie tak dapat2 lagi. Agaknya itu pasal aku menguap kot! ermmm....


Notes : Thanks to Google sebab bagi info pasal menguap nie. Actually banyaklah jugak yang aku paham pasal sangap nie.

p/s: Tengah bertweet2 dengan Daydeck dan Chearmster pasal nak tulis entry nie lah. ops! salah type entry nie okeh! sambil menjawab soalan pop quiz kat blog chearmster tadi.