Showing posts with label kerja hakiki. Show all posts
Showing posts with label kerja hakiki. Show all posts

Thursday, April 5, 2018

Balik Jangan Lupa Check...

Hi Korang, 

Disebabkan company german yang kak lily kerja ni menang awards bagi safety setiap tahun so kami sebagai staff-staff ni pun kenalah senantiasa alert dengan keselamatan tak kira di mana jua samada di office, di site, di rumah even di dalam kereta pun wokeh. 

Kira kami prioritize safety no. 1 tau. 

akak punya haruslah yang munge munge tuh huahauha

Jadi setiap tahun ktorang memang kena attend safety training yang di handle by our internal safety team, so segala mak neka orang besar safety dari APAC region pun turunlah. Walaupun buat kat site tapi ahkak jugaklah yang kena handle logistic bagai untuk para attendees ni, arrange makan minum, booking hotel, siapkan itu ini hauhauhaua 

So course berlangsung selama 2 hari di site office kitaorang di Nilai. 

posing kat site canteen pun boleh, janji bergambar konsepnya

Tak yah office attire sangatlah sebab site pun kan tapi ciri-ciri safety itu mesti ada. Bila dah lama tak attend training ni cam nil ah, otak yang beku-beku ni kena jadi cair lah. Yelah senantiasa ada sessi soal jawab supaya tak bagi ktorang tidur sepanjang course ni. 

berat jugak 9kg fire extinguisher ni ek, cara nak sembur pun kena tau gak tau

Ada pop kuiz, ada games dan yang best ada sessi brainwash kata bebudak kat site ni. hehehe tapi its fun

nampak tak bos-bos akak lily yang tengah concentrate tuh

nampak!! semua fokus je kan

Yang paling kak lily tak suker bila kena present, cakap depan orang. Yelah diorang ni kan pangkat besau besau kiranya agak payah untuk attract attention diorang ni so bila jadi cam ni, kenalah cakap slow-slow, terang dan yang penting jangan nerves 

Alhamdulliah, bertambah lagi pengetahuan kak lily mengenai keselamatan ni ek. Selama 2 hari tak yang mengadap email yang melambak-lambak tuh kan

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya safety ni bermula dalam diri sendiri, kalau kita tak de rasa tanggungjawab nak tegur orang lain terutamanya orang tersayang dan orang di sekeliling kita pasal keselamatan rasanya kita ni selfish, pentingkan diri sendiri. Kekadang tuh kita tak perasan, perkara tuh selamat bagi kita tapi tak selamat bagi orang lain. 

Nak bagi korang exercise otak sket ni 

Balik ni kang cuba korang check keadaan rumah kita tuh, selamat tak untuk di diami? 

Simpan tak kunci grill tingkap dapur, grill pintu belakang, ada tak menda-menda tajam yang bersepah. Eh tak semestinya menda tajam tun pisau kekadang tuh kertas A4 pun tajam gak hujungnya ye. Mainan anak-anak tuh kalau terpijak sakit jugak ooo. Alah tak per tak de pemadam api kat umah pun asalkan kita alert dengan langkah-langkah keselamatan kan


Jangan lupa balik check ek….










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, January 30, 2015

Boss Boleh Lah Ek..

Hi Korang,

Nak anto sms kat bos ni. ayat cam ni boleh tak?

Tak boleh nak whatsapp kat bos coz WiFi office tak de hehehhee


hah cam tu lah..

korang rasa ok ke tak ek? dia bagi tak? ermmmm

Lagipun nak keje cam ne kan, satu building tuh. Management bila call plak, tak nak angkat. Cuak la tuh, pagi-pagi buta kena maki hamun kan. 

Jawabnya tunggu jelah.

Tapi lepas 1 jam tak de gak, baik aku pi buat keja luar ek. Untung-untung keja kecik-kecik ni siap, claim mileage pun dapat kan.

ok ok  salam Jumaat korang...


Tuesday, October 14, 2014

Lupa Kata Laluan, Padan Muka!

Hi Korang,

Aku memang ada masalah kalau nak mengingat sebarang password.


Tak kira lah password laptop ke, online banking ke, password pintu office ke sampai kekadang tu password email pun tersalah-salah taip kan.

Sudahnya tulis dalam buku especially yang berkaitan dengan hal kerja.

Tup-tup buku plak hilang, ermm tak ke naya tuh!

Ambik ko.

Create balik password kan, orang kata reset password balik.


Tapi yang paling aku menyampah sekali bila create password. Bukan apa, sekarang ni plak kalau nak create password mesti kena ada

1. Capital letters

2. Numbers

3. Symbol

4. Mesti lebih dari 7 characters.

5. Tak boleh guna balik password lama, sket pun tak boleh.

Tak ke letih aku nak mengingatkan semua-semua menda ni. Ini rules kat office aku lah. Even password laptop ktorang pun kena reset every 3 month. So bayangkan sepanjang 6 tahun aku kerja kat company aku ni dah berapa banyak aku tukar password.

Ermm sado je… podehh btol lah!!

Jadi apa kena mengena aku taip entry ni citer kat korang ek?

Sebenarnya nak bagitau buku yang selalu aku tulis note pasal password ni tak hilang, cuma basah kena air kopi tadi. Huhuhuhuhuhuhuhu la cam ne aku nak retrieve balik semua nombor-nombor ni kan!


Moral of story?

Jangan minum sambal borak-borak pasal menda yang mengarut yang boleh mengakibatkan korang gelak sampai nak tersembur keluar air atau pun cawan tertumpah air kat meja ek.

Padan muka aku!

Korang pernah kena cam aku gak tak?



Tuesday, April 22, 2014

Banjir Kilat Depan KTM Serdang, Lambat Aku Balik


Hi Korang,

Patutlah semalam aku sampai rumah lambat sungguh.

Rupanya banjir kilat hadapan KTM Serdang ni. Aduiyai memang sengsara uols.


Petang semalam memang hujan awal dah turun around 2.30pm cam tu, tengok dari cermin office ni je. Siap dengan kilat sabung menyabung. Lift nak turun pun sambil tak leh nak guna coz diorang tutup takut electric trip.Bertapa jelah dalam office ni, sampai makan biskut kering cicah kopi O.

Ingatkan dalam kul 5 cam tu dah berhentilah hujan ni, la makin lebat plak.

Alah tak perlah, nanti berhentilah hujan ni, so balik jelah cam biasa. Ermm dari dalam parking lagi dah jem but slow moving. Belum sampai bangunan Sapura lagi dah tak gerak.

So mengesotlah sket demi sket macam suster ngesot.

Dalam hati ni dah dapat agak dah, may be area depan KTM Serdang banjir ni sebab dulu pun pernah terjadi sekali. Ikut jelah jalan ke Balakong coz petang-petang situ kurang jem sket.

sumber : google.com

sumber : google.com

Memang ye ko, banjir kilat depan KTM Serdang ni. Mr Big share gambar di Whatapps masa tengah jem tuh. Ishk teruk ooo air parit naik dan masuk ke jalan raya. Keruh bukan main lagi.

sumber : google.com

Aku memang respectlah orang yang berani drive lalu jalan banjir ni, serius ko kalau kereta sangkut tetiba air masuk ke enjin macam mana. Kan dah menambah beban tuh.

Jalan mudah dan menyenangkan, baik aku lalu jalan jauh. Walaupun jem sket tapi tak de banjir. Rasa tenang je bila driving kan.

Ermm apalah nasib kereta-kereta yang sangkut kat banjir tuh..