Showing posts with label kereta proton. Show all posts
Showing posts with label kereta proton. Show all posts

Saturday, July 21, 2018

PROTON Lancar ‘1-TANK ADVENTURE’

Hi Korang,

Pernahkah korang tertanya sejauh manakah korang boleh pergi dengan satu tangki minyak? Kereta manakah yang mampu menawarkan kombinasi ciri-ciri ekonomi, praktikal, dan selamat pada harga yang berpatutan? 

Untuk menjawab persoalan ini secara muktamad, PROTON menyeru orang ramai untuk mencari jawapannya bersama-sama. 


Dari 17 Julai hingga 5 Ogos 2018, PROTON 1-Tank Adventure akan diadakan di seluruh Malaysia bersama-sama dengan media, “key opinion leaders”, selebriti dan orang ramai untuk mengalami prestasi pemanduan model Proton terpilih sambil meneroka pemandangan indah, budaya dan masakan lazat Malaysia dengan satu tangki minyak. 



Pengembaraan yang Menyeronokkan ke Seluruh Malaysia 


Model paling laris PROTON iaitu Persona (1.6 CVT), Saga (1.3 CVT) dan Iriz (1.3 CVT) dipilih untuk mengembara ke 5 kawasan - Tengah, Pantai Timur, Malaysia Timur, Selatan dan Utara. Pemenang dari setiap kawasan akan bersaing di peringkat akhir untuk gelaran juara PROTON 1-Tank Adventure. 

Apa yang menjadikan PROTON 1-Tank Adventure berbeza dari pertandingan penjimatan minyak lain ialah ia mengundang para peserta untuk meneroka Malaysia secara pemanduan biasa kereta PROTON dengan hanya satu tangki minyak. Oleh itu, ia adalah satu pengembaraan yang mengujakan. 

Di samping itu, peserta dikehendaki memandu kereta standard, dan tidak boleh mengeluarkan alat-alat kecemasan seperti tayar ganti untuk mencapai perbatuan penggunaan minyak yang disasarkan. Peserta akan memandu secara bebas dengan penghawa dingin dan di bawah keadaan memandu biasa untuk merakamkan penggunaan minyak dalam masa sebenar. Malaysia Speed Festival (MSF) akan membantu dan mengesahkan data bagi menambah kredibiliti kepada keputusan penilaian. 

3 dalam 1: Kawalan, Keselamatan dan Prestasi Penggunaan Minyak bersama PROTON 

Selain menunjukkan penjimatan minyak, acara ini menawarkan aktiviti memandu dinamik di mana para peserta boleh mengalami pengendalian PROTON yang baik dan pengalaman pertama dalam prestasi keselamatan aktif dan pasif. 

3 buah kereta yang digunakan dalam acara tersebut adalah seperti berikut: 

Saga: Jimat, Stabil, Luas 

Proton Saga adalah luas dan dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Kawalan Kestabilan Traksi (TC), memberikan pengalaman memandu yang luar biasa (berbanding dengan pesaingnya dalam kategori yang sama, prestasi memandu memastikan pengalaman pemanduan yang hebat, kestabilan pada kelajuan tinggi; membawa kepada keselamatan yang lebih baik) dan nilai untuk wang dengan kos penyelenggaraan rendah yang merupakan pertimbangan penting bagi pengguna. 

Persona: Prestasi, Praktikal, Keselamatan Terbukti 

Persona telah diiktiraf penarafan 5 bintang ASEAN NCAP di peringkat antarabangsa dengan keselamatan yang cemerlang termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Kestabilan Traksi (TC), 6 beg udara dan struktur badan yang dibuat dengan teknologi HPF. Ia menawarkan ruang dalaman yang luas dengan ruang but 510L, dan praktikal dengan kemasukan tanpa kunci dan kamera undur. Selain harga kompetitif dalam kategorinya, Persona dilengkapi dengan enjin 1.6VVT yang memastikan prestasi yang mempersonakan untuk pengalaman pemanduan yang hebat. 

Iriz: Keselamatan Bertenaga, Pemanduan Responsif, Reka Bentuk yang Diperbaiki 

Iriz menampilkan ciri yang teguh dan kukuh dengan struktur badan yang dibuat dengan HPF serta peralatan teknologi canggih lain termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Bantuan Cengkaman Cerun yang merentasi semua varian. Dari segi prestasi, Iriz dilengkapi dengan enjin 1.3L dan 1.6L VVT, yang telah membuktikan kemudahalihan yang luar biasa melalui cabaran perlumbaan Sepang 1000km. Di samping itu, Iriz menawarkan reka bentuk yang sesuai dengan belia melalui reka bentuk bumbung tersendiri yang menarik perhatian ramai. Untuk ruang dalaman, stereng, upholstery dan lapik kaki dengan teknologi jahitan yang halus dan kombinasi warna yang menarik menonjolkan penampilannya. Kini, ia dilengkapi dengan sistem paparan baru dan sistem infotainmen serta kemasan berkilat untuk gear dan papan pemuka yang menaikkan reka bentuk halusnya. 


Pada masa ini, pendaftaran telah ditutup untuk kawasan Tengah dan Pantai Timur, tetapi penyertaan untuk kawasan Malaysia Timur, Selatan dan Utara masih dibuka. 

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, sila lawati laman Facebook rasmi PROTON: 

















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com