Showing posts with label kempen malu tak malu. Show all posts
Showing posts with label kempen malu tak malu. Show all posts

Saturday, March 18, 2017

Pertandingan Akhir Orchid ‘Be Yourself’ Sempena Kempen #Malu? TakMalu!

Hi Korang,


Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang julung-julung kali diadakan nyata memeriahkan pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya. Finalis-finalis yang berbakat telah memberikan yang terbaik dalam aspek lakonan, nyanyian dan tarian demi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000, produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, serta pengalaman sekali seumur hidup untuk membintangi filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group (MiG)!

Dalam usaha memperkasakan lebih ramai wanita di Malaysia untuk berbincang tentang topik kebersihan intim secara lebih terbuka, rangkaian produk pembersih khusus wanita yang semakin popular, Orchid, telah menganjurkan pertandingan ‘Be Yourself’ buat pertama kalinya.

Penganjuran ini diadakan sempena kempen #Malu?TakMalu! yang menggalakkan golongan wanita untuk turut serta dalam perbincangan topik tersebut.


Tempat pertama pertandingan ‘Be Yourself’ jatuh kepada Hamiza Hanapi, 32, Selangor, manakala Noor Lyianna Binti Akhir Rudin, 25, Selangor, berjaya menduduki tempat kedua. Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32, yang juga berasal dari Selangor pula, diumum sebagai pemenang tempat ketiga. Pertandingan itu diadili oleh pelakon, pengacara TV terkenal tanah air yang juga merupakan duta jenama Orchid, Sazzy Falak; Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.

Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ turut disertai oleh peruncit produk kesihatan, kesejahteraan dan penyelesaian kecantikan yang beroperasi menerusi lebih 400 stor di seluruh Malaysia, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Watsons Malaysia). Sehingga kini, Watsons Malaysia menawarkan 1,000 jenama yang melibatkan ubat-ubatan, suplemen kesihatan, penjagaan kulit, produk kelengkapan dandanan diri dan kosmetik.

Produk-produk Orchid boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara.




Pelbagai bakat dipersembahkan seperi lakonan, nyanyian, tarian, malah seni mempertahankan diri. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat apabila menerima beratus-ratus penyertaan menerusi laman media sosial Orchid.

Seramai 12 orang peserta kemudian disenarai pendek dan semakin hampir untuk merebut hadiah yang cukup bernilai ini.

Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang berlangsung di laman Facebook rasmi Orchid mulai 30 Mei hingga 30 November tahun lalu menyaksikan banyak penyertaan diterima daripada wanita Malaysia yang yakin, moden dan berbakat besar.


“Wanita-wanita ini memiliki ciri-ciri penghibur – bakat dan kualiti persembahan yang mengagumkan. Dari apa yang kami boleh lihat di sini, mereka yang berjaya telah membuat perancangan terperinci dan latihan sewajarnya. Namun begitu, tiga orang peserta teratas berjaya mengalahkan yang lain menerusi penampilan pentas, keyakinan, interaksi dengan penonton, persembahan dan kreativiti. Secara keseluruhannya, bakat yang ditunjukkan dalam pertandingan ini cukup mengagumkan,” kata Sazzy.

Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim yang tidak seimbang.

Produk pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun. Botol dengan bentuk faminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga RM4.75 sebotol dan kini boleh didapati di seluruh negara.

Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Tan Joo In berkata pertandingan itu bermatlamat menggalakkan lebih ramai wanita untuk tampil ke depan dan rasa bangga dengan kewanitaan mereka; di samping tanpa rasa malu untuk menangani kebimbangan yang mungkin membuatkan mereka berasa resah atau kurang yakin.

“Kami amat gembira melihat semakin ramai wanita Malaysia tampil untuk turut serta dalam perbincangan tentang keintiman wanita dan mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Be Yourself’ ini. Selain menjadi lebih yakin, mereka yang turut serta boleh berkongsi maklumat dan melibatkan diri dalam perbincangan ini. Tambahan lagi, kami juga boleh membangunkan satu komuniti wanita yang mengambil berat tentang aspek kebersihan dan kesejahteraan hidup mereka secara keseluruhannya,” kata Tan.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Orchid #Malu?TakMalu! dan tip-tip terbaik mengenai kebersihan intim, sila layari pautan https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/

Senarai Pemenang dan Komen Mereka 

Kedudukan
Nama
Hadiah & Bakat & Komen

Tempat pertama
Hamiza Hanapi


Bakal membintangi satu filem pendek dengan Sazzy Falak keluaran MiG + RM3,000 + hamper produk Orchid


Komen
Terima kasih Orchid kerana memberi saya peluang yang hebat ini! Saya menerima sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai pentandingan ini. Saya mengambil masa yang lama untuk membuat persediaan dan menjadikan persembahan lebih sempurna, tetapi ia nyata sangat  berbaloi. Kepada semua wanita di luar sana, jangan lupa untuk sentiasa yakin dan jadilah diri anda sendiri! Jangan malu dan tunjukkan kemampuan anda!

Tempat Kedua
Noor Lyianna Binti Akhir Rudin
RM2,000 + hamper produk Orchid


Komen
Saya memang pengguna setia produk pembersih khusus Orchid kerana ia bukan sahaja membersih, malah membuatkan saya rasa segar sepanjang hari. Saya masih tidak percaya saya berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan ini! Terima kasih Orchid kerana menyediakan platform kepada saya dan semua wanita di luar sana!

Tempat Ketiga
Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie
RM1,000 + hamper produk Orchid


Komen
Persaingan memang sengit, saya terkejut juga kerana berjaya menjadi menjadi 3 peserta teratas! Ada ramai wanita muda yang cukup berbakat di sini pada hari ini dan memberikan persembahan terbaik. Terima kasih Orchid!


Senarai Peserta Akhir

No.
Nama
Umur
Asal
1.
Ayi Alhamrah
29
Kuala Lumpur
2.
Hamiza Hanapi
32
Klang, Selangor
3.
Noor Lyianna Binti Akhir Rudin
25
Petaling Jaya, Selangor
4.
Norfitriana Binti Yunus
24
Kuching, Sarawak
5.
Norhidayah Binti Abdullah
21
Taiping, Perak
6.
Norlida Binti Ismail
37
Kuala Lumpur
7.
Nur Diana Shazleen
22
Sungai Petani, Kedah
8.
Nur Liyana Binti Ismail
25
Kuala Lumpur
9.
Nurul Syakirah Binti Roslan
21
Klang, Selangor
10.
Rodiah Binti Abdul Mokti
30
Tronoh, Perak
11.
Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie
32
Sungai Buloh, Selangor
12.
Yasmin Izureen
20
Kuala Lumpur

Tuesday, October 25, 2016

Sazzy Falak Sebagai Duta Jenama Orchid Dan Kempen Memperkasakan Wanita #Malu?TakMalu!

Hi Korang,

Kebersihan bahagian intim adalah subjek yang jarang dibincangkan oleh golongan remaja dan wanita secara terbuka disebabkan oleh didikan, budaya, adat resam serta isu keyakinan diri. 

Walaubagaimanapun, golongan gadis dan wanita perlu menangani masalah kebersihan intim secara terbuka dalam persekitaran yang mereka rasa selesa untuk bertanyakan soalan-soalan sukar. Golongan wanita juga perlu mendapatkan khidmat nasihat kerana ia adalah sebahagian daripada aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka. 

Menerusi kempen #Malu?TakMalu!, Orchid menggalakkan golongan wanita muda untuk #BeYourself! melalui produk pembersih khusus wanita yang menggabungkan herba-herba tradisional terbaik bersama formulasi pH seimbang bagi bahagian intim yang terbukti secara dermatologi. 


Orchid kini melantik pelakon, penyampai televisyen, wanita bekerjaya yang lantang bersuara dan pencetus trend, Sazzy Falak sebagai duta jenamanya serta menerajui kempen yang memperkasakan wanita ini. 

Produk Pembersih Khusus Wanita Orchid


Produk pembersih khusus wanita Orchid dengan Aktif Pencerah Kulit mengandungi bahan-bahan tradisional yang menyegar dan membersih seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Sirih. Bahan-bahan ini menyahbau, mencerah dan memelihara kulit agar lembut. Sekali gus menyediakan satu penyelesaian yang seimbang untuk apa jua jenis kulit. Formula yang lembut telah direka untuk meningkatkan aspek kebersihan, keselesaan dan seimbang dari segi keintimannya. Pada masa sama membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh perubahan pH pada bahagian intim secara semula jadi. 

Pembersih khusus wanita Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Intim, Romantis dan Anggun.


Orchid Lantik Sazzy Falak Sebagai Duta Jenama


Sazzy Falak dipilih sebagai duta jenama Orchid kerana beliau menggambarkan golongan wanita Malaysia yang moden, dinamik, pintar, berkeupayaan dan mampu memainkan pelbagai peranan. Sebagai ibu kepada sepasang anak kembar perempuan, aktres yang memenangi anugerah, pengacara televiseyen terkenal, pereka fesyen dan usahawan, Sazzy merupakan inspirasi kepada mereka yang percaya bahawa dengan keyakinan, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. 


Kempen #Malu?TakMalu!


Kempen #Malu?TakMalu! akan melibatkan siri jelajah ke universiti dan kolej di seluruh negara untuk menggalakkan perbincangan tentang isu kebersihan bahagian intim, kesihatan dan kesejahteraan hidup wanita. 

Kempen ini bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita supaya berasa lebih bersemangat dengan kewanitaan mereka. Bukannya malu untuk menyatakan kebimbangan yang mungkin boleh menyebabkan mereka berasa kurang keyakinan diri. 


Sazzy Falak akan berada di setiap siri jelajah untuk menjadi pemudah cara dan moderator dalam perbincangan yang jujur berkaitan kesihatan yang mereka mungkin malu untuk diutarakan. 

Kempen #Malu?TakMalu! diaktifkan secara langsung dan dilaksanakan menerusi peraduan media sosial yang bertema #BeYourself. Ia merangkumi pencarian seramai tiga orang gadis yang akan menyertai Sazzy dalam sebuah filem pendek yang memperincikan lagi perbincangan tentang aspek kebersihan bahagian intim wanita. Filem pendek tersebut akan dihasilkan dengan kerjasama pihak Metrowealth International Group (MIG).

Hadiah peraduan ialah wang tunai berjumlah RM6,000 dan produk Orchid, termasuk peluang untuk membintangi filem pendek bersama Sazzy Falak untuk juara pertandingan. 


Pengurus Produk, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Tan Joo In menyatakan bahawa Orchid mampu menarik perhatian wanita di Malaysia kerana ia menggabungkan teknologi kebersihan moden dan rawatan tradisional, di samping pemilihan Sazzy Falak sebagai duta untuk menyerlahkan lagi jenama ini. 

“Orchid faham bahawa setiap wanita adalah unik dengan keperluan penjagaan bahagian intim yang berbeza. Sebab itulah produk kami dicipta untuk bukan sekadar membersih, malah menyahbau dan Aktif Pencerah Kulit yang memutihkan bahagian bikini yang biasanya mengalami masalah melecet. Kini, cabaran Orchid adalah untuk menggalakkan wanita untuk melibatkan diri dalam perbincangan tanpa rasa malu dan kurang keyakinan diri, sebab itulah kempen #Malu?TakMalu! dilancarkan.

Orchid hadir dalam tiga varian iaitu Romantis, Intim dan Anggun. Botol dengan rekaan feminin berkapasiti 210ml itu ditawarkan pada harga runcit RM4.75 setiap satu dan sudah boleh didapati di seluruh negara. 

sempat jugak bergambar dengan Sazzy ni uolls

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang kempen #Malu?TakMalu! dan peraduan #BeYourself Orchid, sila layari laman web: https://www.facebook.com/NewOrchidBrand/