Showing posts with label kempen kebersihan. Show all posts
Showing posts with label kempen kebersihan. Show all posts

Saturday, January 17, 2015

Antabax & Hospital Sg Buloh Perkenal Kempen ‘Kembali Ke Sekolah, Kekal Sihat Semudah ABC’

Hi Korang,

Berita terkini dihujung minggu...

Satu kempen baru yang dilancarkan kerjasama Antabax dan Hospital Sg Buloh mengandungi mesej ringkas berkaitan dengan kebersihan, kesihatan dan kebahagiaan yang mudah difahami oleh semua iaitu ‘Amalkan Budaya Cuci Tangan”. 


Kempen ‘Kembali Ke Sekolah Kekal Sihat Semudah ABC’ dilancarkan di Hospital Sg Buloh di sini hari ini, bertujuan memupuk tabiat kebersihan yang lebih baik dalam kalangan pelajar Tahun Satu dengan mengajar mereka asas-asas kebersihan tangan yang baik dan memperkenalkan kepada mereka ‘role model’ iaitu pelajar-pelajar yang lebih senior dari Kelab Doktor Muda untuk menjadi contoh ikutan.

Hadir di majlis pelancaran kempen adalah Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid bin Ibrahim, Pengurus Produk Kumpulan, Bahagian Pemasaran Penjagaan Diri & Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim.

Sejak kejadian banjir di Pantai Timur, Perak dan Johor, penekanan amalan kebersihan yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa menjadi semakin penting sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan penyebaran penyakit mudah berjangkit bawaan udara dan air. Keadaan cuaca sekarang yang dingin disebabkan oleh udara sejuk dari arah timur laut juga mungkin menyumbang kepada peningkatan kes-kes selesema.

Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria dari Malaysia, telah lama aktif mempromosi kebersihan dan kesihatan menerusi program pendidikan, kesedaran dan latihan yang inovatif. Jenama tersebut bekerjasama rapat dengan Hospital Sungai Buloh, sebuah pusat kecemerlangan yang terkenal dalam pencegahan dan rawatan penyakit mudah berjangkit di Malaysia dalam merencana kempen yang tepat pada masanya dan relevan kepada isu kesihatan semasa yang dihadapi oleh negara.

Kempen ‘Kembali Ke Sekolah Kekal Sihat Semudah ABC’ dianjurkan sebagai respons kepada situasi di penempatan mangsa banjir, dan sebagai satu cara untuk membantu kanak-kanak tadika menjadi lebih berdikari apabila melangkah ke alam sekolah rendah.


“Tabiat kebersihan yang baik adalah penting sepanjang masa tetapi ia menjadi lebih penting apabila sekumpulan orang tinggal, belajar atau bekerja dalam keadaan sesak dan berkongsi kemudahan seperti bilik air. Bagi kanak-kanak yang akan meninggalkan alam tadika di mana nisbah pelajar kepada guru adalah rendah, mereka perlu lebih berdikari, tabiat membasuh tangan perlu ditanam di peringkat awal dan diulang-ulang bagi mengurangkan risiko menjangkiti atau dijangkiti penyakit yang disebarkan melalui tangan yang tidak bersih,” kata Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Bahagian Pemasaran Penjagaan Diri & Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

Menurut kajian, secara purata, tangan manusia mengandungi hampir 150 spesies bakteria berlainan[1], manakala 80 peratus[2]daripada kesemua jangkitan tersebar melalui tangan yang tidak bersih. Mencuci tangan merupakan satu-satunya cara paling efektif bagi mencegah penyebaran jangkitan-jangkitan ini. [3]

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid bin Ibrahim berkata walaupun hospital tersebut merupakan pusat kecemerlangan negara, ia juga ahli masyarakat setempat dan menitikberatkan program-program yang akan memperbaiki taraf kesihatan.

“Pendekatan kami adalah pencegahan penyakit mudah berjangkit sebagai langkah pertama. Pengetahuan, amalan dan pembentukan tabiat baik kebersihan tangan dan keseluruhan mampu menjadi senjata yang amat efektif dalam mengurangkan penyebaran penyakit mudah berjangkit. Kami ada staf yang terlatih dan sumber yang boleh membantu komuniti dan menerusi kerjasama kami dengan Antabax ini, kami menjadikannya suatu realiti,” kata Dr Khalid.


Antara aktiviti di majlis tersebut adalah ceramah informatif mengenai kebersihan tangan, bengkel dan demonstrasi amalan kebersihan tangan yang betul termasuk teknik tujuh langkah cuci tangan dan teknik empat langkah sanitasi tangan, peraduan mewarna, penampilan maskot Antabax, Germbuster, tarian kebersihan tangan oleh jururawat dari Hospital Sungai Buloh dan pengedaran hadiah produk Antabax untuk kanak-kanak dan ibu-ibu mereka.

Wednesday, August 10, 2011

WW - Bagus Kan

Hi Korang,

Wordless wednesday untuk this week ialah


Apa macam? bagus kan kempen2 cam nie.

Bagi aku bagus apa..

Lalalalalallala