Showing posts with label kedia makan ala Shell Out. Show all posts
Showing posts with label kedia makan ala Shell Out. Show all posts

Wednesday, October 26, 2016

Dinner Ala ‘Shell Out’ Di Family Westernlicious Bandar Saujana Putra

Hi Korang,

Lama tak pi makan kat Shell Out ek!

Memandangkan jauh dan aku tak de masa dan malas nak booking serta harganya cam dah mahal so aku malas nak pi. So buat Shell Out ermm memang tak lah sebab nak beli bahan banyak tapi yang makan berdua je baik pi makan kat kedai. 

Malas punya bini ek hauhauahuahuaa

So hari tuh, balik-balik keja je Mr Big suruh siap-siap, katanya nak kuar makan selamat aku tak yah masak malam ek. Aku ingat makan kat area Bangi je, eh makin lama makin jauh plak. Alih-alih dah sampai Bandar Sri Putra plak, 

Katanya ada kengkawan dia duk promote satu kedai makan ala-ala ‘Shell Out’ ni, aku pun iya kan jelah malas nak fikir panjang sebab tengah duk sibuk mengarang ayat untuk satu digital poster ni.

Terus je sampai depan kedai Family Westernlicious. 

Kata makan Shell Out tapi berhenti depan kedai western plak, ermm nama je western tapi hidangan ‘Shell Out’ je. 

Masa tuh tak de orang pun, kitaorang yang first sampai

hidangan 1 set untuk 1 orang makan

Tanya-tanya budak tuh cam ne nak order. Rupanya diaorang hidangkan mengikut set. 1 set untuk seorang makan. Dalam 1 set tuh ada pelbagai jenis seafood macam udang ketam, kerang, lala, kupang, sayur dan jagung eh jap dalam 1 set tuh jugak ada disertakan sekali semangkuk nasi putih. Air free flow, minum sepuas hati kolah katanya.

ok ni untuk 2 orang makan

Jadinya kitaorang order 2 set yelah makan berdua mana cukup 1 set kan, jangan nak berkira sangat pasal makan ye. 

muka bahagia dapat makan

Ok moh makan dulu lah

Tup-tup tengah makan Mr Big cakap cam tak cukup pulak, ermm tambah lagi satu set, sampai budak yang amik order tuh terperanjat bila kitaorang tambah order kan. Bukan sebab sikit tapi sedap kuahnya. Sekejapan je sampai walaupun masa tuh orang dah mula ramai datang makan. 

licinnnnn

macam tak caya kitaorang makan semua ni

Ok makan lagi sampai kenyang ermm alhamdulillah

Settle dinner malam tuh. 

bahagia sangat rasanye ek Mr Big dapat makan

Korang tau tak, kitorang tak tanye pun harga 1 set berapa, main order je dan makan. Bila nak bayar terus terfikir cukup ke idok duit ni. Mr Big siap cakap, kalau tak cukup duit guna duit you sket ek. Baik lah yang berhormat hahahaha

Masa kat kaunter tanyalah kakak cashier, nak tau berapa harga 1 set Shell Out kat sini?

Seriously aku cam tergamam jap.

RM15 untuk 1 set siap nasi semangkuk dan free flow air.

Ko rase???

Murah bebenau lah wei.

So 3 set sama dengan RM45 sajorrrrrr

Dengan senyumnya Mr Big bayar tanpa ragu-ragu lagi hahahahahha


Direction ke kedai makan 'Shell Out' ni.
 

Aku sendiri tak reti nak explain cam no ek, korang kena cari BSP SkyPark Condominium tu dulu then sebelah belakang tuh ada deretan shoplot dan kedai makan Family Westernlicious ni terletak di barisan belakang kedai bersebelahan dengan car wash. 

Hah itu je lah aku boleh explain ek. 

Bagi aku worth it untuk dicuba lah, yelah nak pi kedai Shell Out kat Damansara tuh mahai bebenau kan so korang cuba kedai makan ni dulu ek.

Selamat menjamu selera semuanya…