Hi Korang,
Lama betul tak datang ke sini kan?
Yelah, ingat Shah Alam dan Bangi tu dekat kan ke, ermm tak pun lah. Tapi disebabkan sudah di jemput maka janganlah kita menolak rezeki kan.
Sejak diiktirafkan halal pada Mei 2013, Restoran Jepun AGEHAN semakin mendapat sambutan berdasarkan statistic penjualan fasa pertama dan kedua tidak kira daripada consumer Muslim atau pun bukan muslim.
Dengan sambutan yang menggalakkan, pihak restoran menampilkan kelainan dengan menawarkan Iftar Bufet Jepun buat penggemar makanan dari Negara matahari terbit tersebut sebagai juadah berbuka puasa.
Variasi hidangan Jepun HALAL membuka selera disediakan oleh barisan chef berpengalaman termasuklah ‘Menu Mesti Cuba’ iaitu Chuka Idako (Marinated Baby Octopus), Miso Soup, Sushi, Sashimi & Traditional California roll, Live Kitchen Teppanyaki, Yakitori Shio (Grilled Chicken Meat – Screwed with Mountain Salt), Sanma Teriyaki (Grilled Pacific Saury, Ebi Furai (Traditional Nagoya Deep Fried Prawn), Ika Tempura (Deep Fried Crisp Calamari), Soft Shell Crab Karaage (Deep Fried Soft Shell Crab) dan Garlic Fried Rice.
Pelbagai sajian pemanis mulut turut tersedia, di antaranya Cream Caramel, pelbagai jenis kek dan French Pastry, Pudding Vanilla, Um Alli dan ais krim
Harga buffet ramadhan di AGEHAN Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel ni adalah
RM103.25nett untuk dewasa
RM58.00nett untuk kanak-kanak (4-11 tahun)
Kalau nak booking senang je, korang boleh contact Jabatan Jualan & Pemasaran di talian 03-5511 8811 sambungan 2001, 2004, 2639, 2811 atau 2826. Email ke dosm@bluewavehotels.com
Nak singgah ke sini, meh lah
Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623
Apa tunggu lagi, moh kite yuk!!