Showing posts with label kedai makan murah di bangi. Show all posts
Showing posts with label kedai makan murah di bangi. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Nasi Ambeng Di Rahsia Kopitiam, Bangi

Hi Korang,


Kan aku cakap, walaupun aku dah lama tak balik Johor tapi dalam sebulan mesti nak pekena makanan Johor tau. Kuat sungguh tarikan kuasa Johor ni ek, luaskan kuasamu sangat!

Tup-tup petang tuh, cam teringin sangat nak makan tapi tak tau apa pun.

Bila lalu je depan kedai Rahsia Kopitiam ni, terus teringat yang diorang ada makanan Johor selain kacang pool kan, apa lagi terus singgah masuk.

Terus je order Nasi Ambeng sebab dah biasa makan kan.

Inilah dia Nasi Ambeng

Nasi Ambeng ni merupakan makanan orang Jawa yang dihidangkan semasa ada keraiaan atau majlis kenduri-kenduri gituh lah. Tapi sekarang dah moden, anytime, anywhere dah boleh makan Nasi Ambeng ni.

ayam kicap

serunding kelapa

mee goreng

sayur tempe

Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Nasi Ambang ataupun Nasi Ambeng ini adalah nasi putih, ayam masak kicap, ikan masin, urap, mee goreng/mee hoon, sambal tumis, sambal belacan, sayur tempe goreng dan serunding kelapa. Kira ini yang biasa orang hidangkan lah.

Cara nak makan? Ermm gaulkan semua sekali dan makan.

Selalunya masa aku kecik-kecik dulu, ktorang makan dalam dulang seramai 4 orang. Memang terbaek ooo, lepas je terawih bulan puasa mesti ada hidangan ni setiap malam jumaat. Kena kengkawan ko yang tengah selsema time tu kan, haruslah geli nak makan sesama sedulang.. eeeee… pengotor ek.

Tapi sebab dah biasa, ktorang je.

Sudah merepek-repek plak ek.

Ini hah tempatnye:-

Rahsia Kopitiam
No.1, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, 
Bandar Baru Bangi.

Direction: masuk ikut belakang Petronas, nampak 1st junction masuk kanan. Then sampailah kedai ni. Alah sebaris dengan restoran BurgerByte je.

Korang yang tak pernah lagi cuba nasi ambang ni eloklah pi cuba. Tak de rasa pelik mana, sedap je lah. Alah macam korang makan nasi kerabu dan nasi dagang tu je..

Ok selamat makan korang…

Thursday, September 18, 2014

Singgah Makan di Old Malaya Kopitiam, Bangi Gateway

Hi Korang,

Ni bukan food review, ni just pi makan je. Cam biasa gambar tak de lah banyak sangat kan.

Sunday memang kitchen bukak tapi minggu lepas cam malas sket, maklumlah baru balik holiday gituh. So meh breakfast kat kedai jelah.

Dahlah bangun lambat, roti canai semua dah abis.

Jawabnya mohler kita explore tempat makan best di Bangi ni ek. Kajang cam kurang sket tempat makan sarapan pagi.


Masuk-masuk je  ke Bangi Gateway, ingatkan nak breakfast kat San Francisco Coffee je, tup-tup ternampak plak Old Malaya Kopitiam ni. Masuk sini, ramai jugak orang makan kat sini tapi still ada tempat duduk lagi.


Pencinta kopi pagi tuh teringin nak minum teh ais. Hah order lah apa lagi. Mr Big plak kopi ais sajo


nasi lemak ayam rendang

Mr Big cam biasa, makan nasi lemak ayam rendang. Sedap siap tambah nasi lagi sebab ayamnya besar dan sambalnya banyak.

Club Sandwich

Aku makan club sandwich je, sebenarnya order lontong tapi orang tu ingat aku cancel lotong then order sandwich. Rasa cam down je bila sandwich sampai, Mr Big offer nak order lontong tak, aku cakap tak perlah makan je apa yang ada dulu. Kalau tak cukup baru order lagi. Sudahnya, makan sebelah club sandwich tu dah kenyang.

Harga ok lah, berpatutan sepinggan yang ktorang makan tuh dalam RM10-12 cam tuh. Ntah mana resit pun aku tak tau, dah terbuang la tuh.


Korang nak gak rasa makan kat kedai kopitiam ni bolehlah ke Bangi Gateway ye. Sebaris dengan Teh Tarik Place dan Kedai Bijih. Barisan tu memang banyak kedai makan pun.

Cubalah sendiri ek..


Monday, February 17, 2014

Makan Kacang Pool Di Rahsia Kopitiam, Bangi

Hi Korang,

Aku memang senantiasa mencari kedai makan yang jual kacang pool kat area KL ni.

Memang agak payah uolls, penah survey dalam tenet ermm hampeh tak do. Kalau yang ado pun, kedainya dah tutupla, kedainya cam tak confident nak masuk, kedainya hidup segan mati tak tau dan memacam lah.

Kemudian ramai duk war-warkan ada satu kedai yang jual kacang pool ni yang dekat benau dengan rumah aku. La sekangkang kera rupanya.

So malam tuh, lepas pi beli tembikai kat Jaya Groccer Bangi ktorang merayau-rayau kat seksyen 15 ni. Beli tembikai sampai ke sana, melampau betul perangai tau. Bukanlah ingat nak pi minum kopi kat Gloria Jeans tu yang ke sana. Sudahnya malas plak coz kedainya penuh orang kan.

Tawaflah satu Seksyen 15 ni, masa pi BurgerByte hari tuh ada perasan satu kedai kat corner lot tu but tak tau kedai apa, alah pusing apa ade hal minyak full tank kan.

Then nampak signboard Rahsia Kopitiam ni. Ermm must be this shop. Park tepi then turun lah. Simple je kedainya maklumlah kedai kopi kan, tak yahlah nak grand sangat pun janji ada tv dan tempat duduk banyak udah.


Ok tengok menu, betul ko ada kacang pool kat sini. Apa lagi terus order 1 set dulu coz nak test sama tak dengan kat JB. Kemudian ktorang orang set nasi + sup tulang untuk Mr Big. Aku plak set nasi + asam pedas ayam.


Sampai pun kacang pool. Tengok appearance kacang pool ni. Ermm exactly cam kat kedai kat bomba larkin tuh. So rasa plak, ermm ada kurang here and there sket. Rasa dah ada but tak tau lah apa yang less or more. 


Ala tak per, licin gak ktorang bedal. Kalau orang yang tak pernah makan, mesti tak kisah dengan itu semua kan. Janji sedap masuk ke tekak dan perut.

set asam pedas ayam

set sup tulang

Sup tulang dan asam pedas ayam tuh not bad sebab hidang dalam claypot kan so senantiasa panas ditambah plak dengan set nasi putih siap sambal belacan dan telur masin memang terbaek uolls.

Nak pi la tuh, korang ni memang tau.

Kat sini je


Rahsia Kopitiam
No.1, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, 
Bandar Baru Bangi.

Direction: masuk ikut belakang Petronas, nampak 1st junction masuk kanan. Then sampailah kedai ni. Alah sebaris dengan restoran BurgerByte je.

Ermm nak ke sini lagi coz aku belum cuba Nasi Ambeng ye. Nampak dalam menu hari tuh but cam banyak plak order kan. Next time la ye

Sapa nak ikut aku? meh angkat tangan sket...


Thursday, January 17, 2013

Restoran Steamboat Antarabangsa @ Bandar Baru Bangi

Hi Korang,

Citer pasal makan-makan lagi yeah! I like!

Biasalah kalau dah lapo memang tak fikir apa pun, janji nampak kedai makan best terus je singgah. Malas nak pilih-pilih sangatlah, takut salah pilih langsung tak lalu nak makan.


Ktorg ke Restoran Steamboat Antarabangsa kat area Bangi ni. Restoran yang menghidangkan steamboat dan grill sekali, lebih kurang macam Red Wok Restaurant. Mak ok ok je but Mr Big suka main masak-masak ni, boleh tunjuk skill katanya.


Menunya haruslah bahan-bahan untuk steamboat dan grill. Ada ayam, daging, kambing, unta (tipu je lah), segala mak neka seafood, sayur-sayuran untuk kesihatan, pelbagai jenis mee kering, buah-buahan dan tak ketinggalan ais-krim pun ada tau.


Berkonsepkan ‘Eat All You Can’ so bolehla makan mengikut selera tekak memasing tapi jangan sampai membazir ye sebab setiap 100gm makanan membazir akan discharge RM10.00. Hah cuak kan, dah berhenti sebelum perut meletup tau.


Bahan-bahan steamboat, amik sket je takut tak abis plak nanti.

lokan grill

eee lemak sedapnya....

sotong grill


Tukang masak setia aku, akan tunjukkan skill bakar membakar ni ye

Hangus-hangus dapur dibuatnya


Mee Maggie aku ni, memula macam tak selera nak makan kan coz cendawan tu nampak buruk sangat tapi bila dah siap masak. Wallah.. sedap sangat.


Licin semuanya, yang tinggal kulit-kulit lokan dan pinggan mangkuk kosong je.


Kalau teringin, mehla ke sini :-

Restoran Steamboat Antarabangsa
10G-1 Jln Medan Pusat Bandar 4A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
4 Petang - 12 Malam

GPS : 2.960356,101.755901

Harga tak de lah mahal sangat. RM25 seorang dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Tapi aku tak sure plak harga sekarang ni, naik ke dah turun ye. Alah kalau dah kaki makan, mana ada kisah soal harga kann, janji sedap dan kenyang.

Selamat makan korang!