Showing posts with label kedai makan cina muslim halal. Show all posts
Showing posts with label kedai makan cina muslim halal. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Makan Malam Di RED WOK Restaurant, Bangi

Hi Korang,

Ini bukan food review ye, just citer pasal makan-makan ye hehehhehe

Lama betul aku tak kemari kan.


Padahal sekangkang kera je dengan area rumah aku, kalau nak jalan kaki pun boleh tapi berpeluh ketiaklah kan.


Sebab tekak teringin nak makan grill dan steamboat sekali, kitorang kemari. 


Datang time nak maghrib ni, senang sket sebab orang belum ramai lagi. Boleh pilih meja yang dekat dengan buffet line.

untuk di grill

di antara pilihan sos pencicah

untuk steamboat plak

Pilihan makanan korang boleh refer kat entry aku yang terdahulu ek, alah TEKAN sini saje. Macam-macam apa kan, cuma larat atau tidak je korang boleh sumbat dalam perut tuh. 


sotong grill


Cam biasa, tukang masak aku yang setia kalau ktorang pi makan kat luar. Mr Big memang suka makan-makan style cam nie, dia boleh tunjuk skill dia memasak katanya. So aku just makan jelah, tak yah cakap banyak kan.

pudding caramel

tomyam sup, sedap betul makan panas-panas

Dah meh makan, alah yang simple-simple udah ler. Janji perut kenyang tapi rugi makan sket coz kita bayar mahal kan, itu kata Mr Big. Jawabnya bertukar-tukar pinggan aku makan malam tuh.


So dia jugaklah yang tukang bayar makan-makan ni, lagipun memang turn dia kan. 

So pulang ke rumah dengan gembiranya sebab perut kenyang.


Nak datang? Ni hah alamatnya

Red Wok Restaurant
Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian, 
43560 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Apa lagi, balik ni singgah la ek..

Thursday, May 20, 2010

Red Wok Restaurant, Bangi -Sesuai Dengan Tekak Kami

Salam Korang,

Quick update je ari nie, coz banyak keje sangat. Last couple of weeks kitorang makan kat Red Wok. Disebabkan masak dan tak tau makan apa, so ktorg pun merayau-rayau kat area umah dan terjumpa restaurant nie. Sesuai dengan namanya Red Wok kerana interior and exterior berkonsepkan merah dan hitam tapi bukan tiru Kak Red okeh.

So ktorg plan nak makan BBQ & Steamboat. Wah memang bestlah variety sajian yang dihidangkan. Tapi kalau nak Ala-Carte pun ada gak.

Malas nak citer panjang, aku cuba review restaurant nie dari contact lens mata aku nie:


1. Reservation - x payah. Kedai nie luas, banyak tempat duduk


2. the traffic en route, - Tepi jalan, dalam area Taman Kajang Impian dekat Seksyen 7 Bangi

3. parking, - F.O.C. melambak, tanah lot la katakan. Sebab tu luas

4. seating arrangement, - meja disusun panjang. Susun pendek2 pun ada.

5. the ambiance, - sangat menyamankan. Bau makanan yang sangat sedap walaupun lom masak lagi.

6. the crowd, - not bad, maklumlah kedai nei baru bukak

7. the music (if any), -dengar bunyi ketukan sudu garfu, orang2 sedang mengumpat pasal kejelah, kucing matilah, cik limah pakai kain ketatlah. hah cam tu lah.

8. the menu, choosing, - korang boleh pilih atau boleh amik seberapa banyak korang nak makan tapi dengan syarat kene abiskan sampai licin. Kalau tak kene charge.

Cara Masak : Dalam daput comel yang telah disediakn. ala senang je

9. service, how long does the food take to come to your table.- Mestilah cepat, amik sendiri kan. Maybe ala-carte tu lambat sket kot, sebab kene order dulu kan.

Ayam yang diperap dengan pelbagai rasa

Pilihan steamboat yang meyelerakan


Nie kaunter mee plak.

 
Pelbagai kaler of ice-cream. I like!

10. the taste, main course and dessert, Korang layanlah gambo2 nie

Tukang masakku yang setia

Licin semuanya.

11. and finally, paying, accompanied with whether you think the whole experience is worth the price - Amat berpatutan bagi aku dgn mrBig yang suker makan nie. Amat2 murah dari Tupai2 dan Seoul Garden

Apa-apa pun makan kat sini best, toilet bersih dan siap dengan surau lagi. So pas nie leh lah ajak ayah aku makan sini. Dia memang cerewet bab makan2 nie tau bukan cam anak dia main bedal je kan!

So kalau korang nak pi makan kat kedia nie, nie details nya :

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6012-9100-100 - Muhammad Oon (Brian)
Email: redwok2u@gmail.com

Maybe pas nie nak cuba ala-carte plak lah. Tapi mr Big tak puas makan ala-carte sebab sket. Ade ke dia boleh cakap cam tu ek!

Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Nanti nak citer pasal kedai kopi kat kampung akulah..best ooo banyak gossip terkini.

p/s: Gambo tak berape cantik coz amik pki hp.