Showing posts with label kebaikan minum susu. Show all posts
Showing posts with label kebaikan minum susu. Show all posts

Saturday, September 15, 2018

Kenapa Kak Lily Suka Minum Susu ANLENE UHT ON-THE-GO

HI Korang,

Rasanya setiap orang memang minum susu, tak kiralah dari kecil sampai dewasa kan. 

Tapi bila dah besar-besar ni tengok susu pun rasa nak muntah huahauhua 


Eh betul, kak lily memang tak minum susu putih ni bila dah besar-besar ni rasa cam loya-loya gituh until one day doktor suruh minum gak susu sebab kekurangan kalsium yang amat teruk, yelah sampai tulang pun dah nak mula mereput sebab kurangnya kalsium kan. 

Memang loya wei masa memula minum balik tuh, siap tutup-tutup hidung dan telan je eeee buruk perangai tapi sejak dari hari tuh makin ok makin ok dan makin ok plak minum susu. 

Pentingnya pengambilan susu setiap hari adalah kerana susu kaya dengan nutrisi untuk memenuhi keperluan badan. Apatah lagi dengan peningkatan usia macam kak lily ni, masalah seperti osteoporosis dan kurang stamina antara isu yang sering menjadi perbualan harian. 

Kenapa kak lily memilih Anlene UHT? 

  • Rasanya 
  • Senangnya 
  • Khasiatnya 

Hah itulah sebabnya.. 

Simple je kan

Kalau korang nak tau, terdapat kepelbagaian pek yang ditawarkan samada dalam bentuk susu tepung (perlu dibancuh sendiri) mahupun pek siap untuk diminum "on-the-go". Sebenarnya Anlene UHT 'on-the-go' ini adalah pek terbaru yang diperkenalkan Anlene bagi memudahkan untuk kita bawa ke mana sahaja dan nikmatinya di mana jua. Anlene UHT juga didatangkan dengan dua perisa iaitu coklat dan biasa. 

Of course bila ada perisa coklat mestilah itu yang kak lily minum dulu tapi taklah sampai tinggalkan susu putih 

Bersempena dengan pengenalan susu Anlene UHT di pasaran Malaysia, Anlene telah mengadakan beberapa kempen dan promosi menarik bagi tujuan untuk memperkenalkan produk hebat yang memberi 1001 kebaikan kepada tubuh badan kita. 


Antaranya seperti kempen Anlene On-The-Go Breakfast Pack yang mengandungi satu kotak susu UHT Anlene dan roti croissant yang dijual pada harga RM1 sahaja. Promosi ini hanya boleh didapati di stesen LRT dan stesen KTM yang terpilih bermula dari tarikh 27 hingga 31 Ogos 2018. 



Antaranya seperti di LRT/KTM :-
  • Wangsa Maju 
  • Masjid Jamek 
  • Hang Tuah 
  • Ampang Park 
  • Bandaraya 
  • Bandar Tasik Selatan 
  • Pasar Seni Taman Melati 
  • KTM Mid Valley 
  • KL Sentral 
Eh kak lily mestilah excitedkan, haruslah tidak lepaskan peluang untuk mendapatkannya 


Sanggup pepagi hari tuh kak lily ke stesen KTM Mid Valley tau, parking kereta kat KTM Kajang then tunggu train datang and bawak ke sana. Dengan RM1 kak lily sudah perolehi satu pek pemakanan lengkap yang sihat untuk dijadikan sebagai sarapan. Eh kenyang tuh, roti dengan susu kan 

Kemudiannya kak lily berkesempatan untuk mendapatkan produk Anlene dan juga merasai sendiri 'sampling' yang ditawarkan di promosi bergerak Roving Truck Anlene di sekitar kawasan Lembah Klang yang terpilih bermula dari 5 hingga 13 September 2018. 


Antara pusat sehenti Roving Truck adalah di kawasan berikut:- 

  • Kompleks PKNS Shah Alam 
  • Post Office Taman Sri Muda, Shah Alam 
  • Lot 10 Bukit Bintang 
  • Nearby Tesco Rawang 
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 
  • USJ Taipan Subang Jaya 
  • 101 Boulevard Pucong 

Nampak je Roving Truck Anlene di USJ Taipan, terus kak lily ke sana untuk mencuba sendiri rasa yogurt Anlene yang kebetulan sedang diagihkan 'sampling' kepada pengunjung di sini. 


Lebih istimewa untuk mereka yang berkesempatan mendapatkan sampling daripada Roving Truck Anlene di Lot 10 pada 7 September 2018 (dibuka dari jam seawal 9 pagi sehingga malam), bukan hanya dapat menikmati susu Anlene sahaja bahkan dapat bertemu Stacy Anam yang juga dikenali sebagai Ratu Tari Malaysia. Secara peribadi bagi kak lily, Stacy Anam adalah seorang ibu yang penyayang, isteri yang hebat, penyanyi dan penari yang lincah. 


Hebat jugak kak lily rasa setiap kali melihat persembahan Stacy yang cukup penuh bertenaga serta tariannya yang begitu lincah. Mempunyai susuk badan yang cukup ideal, tidak hairanlah surihati penyanyi Akim ini sentiasa dikagumi terutama golongan wanita dan para ibu di luar sana. 



Oh ya! Ketika berada di sini kita berpeluang untuk menyahut cabaran Anlene "Stay Active Stay Agile" dengan membuat lompatan tinggi. Dengan setiap lompatan yang dilakukan (Jump Higher) ianya akan dipaparkan di LED Billboard. Menarik bukan? Hehehe. 

Tapi kak lily tak bolehlah melompat tinggi-tinggi, sket-sket tuh jadilah kan 


Itulah kak lily rasa susu Anlene UHT ini sesuai untuk lelaki atau perempuan dewasa seperti kita-kita ni, dengan pek On The Go kak lily rasa tak de masalah untuk kita minum susu kan. Tak de alasan lagi untuk cakap yang tak de masa nak bancuh susu, beli ke pek On The Go ni ermmm settle semua masalah susu… 

Untuk info lanjut, boleh layari:- 

Website: 

Facebook: 

Dengan lebih 50% Nutrien. Kekal Aktif. Kekal Lincah! 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, September 25, 2017

5 Amalan Bijak Memberikan Makanan Berkhasiat Kepada Anak

Hi Korang, 

Kalau korang nak tau Aakif memang rapat dengan akak Lily ni yelah nama pun anak sedara kan of course lah kena cam tuh barulah rapat silaturrahim.

So selalulah kitaorang outing sesama bila ada masa terluang.

Bila keluar dengan diorang ni, kak Lily perasan ya ampun sibuk nak makan jajan je, makan nasi sket je, sayur lagikan tidak.

Habis tuh, takkan nak biarkan diaorang cam tuh je.. 

Itulah masalah yang dihadapi oleh semua ibu termasuklah mama Aakif ni, bagaimana nak menggalakkan anak-anak kita ni makan secara sihat dan berkhasiat. Masa cam ni lah kita nak membentuk cara pemakanan diaorang ni bukan apa takut sampai besar nanti sayur dan buah pun tak nak di makannya. 

Makanan sihat untuk anak anak ni harus memiliki nutrien yang seimbang antara karbohidrat, protein, lemak dan vitamin bagi pertumbuhan mereka seperti ikan, daging, bijiran, sayur sayuran dan buah buahan.

Memang kak lily bukan setiap hari dengan bebudak ni tapi every weekend bila kitorang outing or sleepover kat rumah gemuk akak lily selalu peratikan Siti sediakan makanan sihat yang bersesuaian untuk Aakif ni. Anak-anak ni mana boleh di berikan makanan orang dewasa yang pedas-pedas tu kan, yang kak lily perasan masa rehat-rehat tengok tv tuh budak berdua ni akan makan buah yang di potong kecil-kecil sebagai snack masa tengok kartun. 

As usual perasaan ingin tahu ni memang ada kan, haruslah kak lily tanya Siti camnelah dia bagi bebudak ni makan sampai debab-debab dan aktif sepanjang masa. 

Dia pun bukak cerita lah.

1. Kenalkan kepada anak-anak ni, makanan yang diorang makan. Contoh cam ikan, ayam, jenis sayuran, buah-buahan, nasi, mee hoon. Siti belikan buku-buku bergambar yang ada makanan ni so senanglah diaorang tahu.

2. Sarapan pagi tuh penting, bangun lambat ke awal sangat ke memang kena sarapan. Secawan susu untuk Aakif yang penting, perisa coklat memang kegemaran si Aakif ni

3. Dekat rumah Siti memang kak lily perasan langsung tak de makanan manis yelah macam air kotak, air botol, gula-gula. So anak-anak ni memang tak makan manis kat rumah. 

4. Masa makan tuh duduk dengan mereka sekali. Peratikan corak pemakanan anak-anak ni. Kalau diorang tolak sayur atau makanan lain, bagitau diorang yang makanan ni sedap dan elok untuk badan. Secara tak langsung diorang akan ingat apa yang diaorang makan tuh, bebudak kan pengingat orangnya. 

5. Kalau pi beli barang dapur, saje Siti bawak Aakif pi pasar. Kenalkan dia pada bahan-bahan makanan di pasar tuh. Cam ne rupa sayur-sayuran, buah-buahan, rupa sotong, ikan dan lelain lagi. Selain daripada tengok dalam buku, yang ni tengok secara live. 

Itu sebahagian daripada tips dari Siti selaku mama Aakif dan Aalya, maybe korang pun ada cara pemakanan sihat yang diberikan kepada anak-anak korang kan


Aakif memang suka makan sarapan setiap pagi. Siti biasanya siapkan sandwich dengan segelas susu sebagai nutrisi tambahan, memang salah satu cara yang praktikal untuk pertumbuhan serta perkembangan tulang yang sihat. 

Yelah kandungan didalam susu ini ada kalsium, magnesium, protein yang mana baik untuk pertumbuhan serta perkembangan tulang yang sihat. Eh kan orang cakap kalau minum susu membantu menguatkan tulang dan gigi so bolehlah prevent daripada penyakit osteoporosis masa tua nanti. Wah dah fikir jangka panjang ek.

Sebab tu kalau Siti tak sempat nak buat sarapan memang susulah jalan terbaik. Lepas bertukar-tukar susu yang serasi dengan Aakif, terus Siti memilih susu Dugro. 


Si Aakif kalau minum susu kemain laju lagi, lebih-lebih kalau susu tuh perisa coklat. Dia boleh minum bergelas-gelas sampai kena bising dengan mama dia.

Hari tuh akak Lily ikutlah mama Si Aakif pi beli susu untuk anak anak ni, dah tentulah Dumex Dugro menjadi pilihan Siti. Dengan Dumex™ Dugro®, Siti tidak perlu risau lagi kerana ia membolehkan ibu memberi Si Manja lebih lagi tanpa kompromi. Dumex™ Dugro® dirumus dengan lebih lagi DHA*, kaya dengan 15 vitamin dan mineral serta serat unik, IcFos yang berdasarkan 40 tahun kajian saintifik untuk membantu tumbesaran Si Manja. *berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas

Lagipun Dumex Dugro ni sudah bertapak di Malaysia selama 59 tahun dari 1958, lama sungguh ek ntah-ntah kak Lily pun pernah minum susu ni tak? hehhehe


Tengok time sarapan hari tuh, papa-papanya yang melayan si Aakif, akak Lily busy benau kat dapur nak siapkan kopi hehehe. Makin seronoklah si Aakif nak makan kan

Bekal Nutrisi 


Comey tak? comey tak? hehehe


Kalau korang beli 2 (dua) pek dumex dugro 900g apa jua perisa, korang akan dapat 1 (satu) Bekal nutrisi Dumex Dugro esklusif yang boleh di bawa kemana saje, ada 3 (tiga) pilihan warna iaitu merah, hijau dan kuning. Tengok si Aakif ni even kat rumah pun sibuk nak makan guna bekal nutrisi ni. Kang bila di marah merajuk pulak so layan kan jelah, janji dia happy.

Promosi bermula hingga 31hb Oktober 2017 di kedai runcit dan pasaraya tempatan terpilih seluru negara. Untuk korang nak tau kat mana kempen-kempen ni boleh ke website www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp


Sibuk nak yang ini jugak lah Dak Aakif ni, bekal nutrisi nilah ke hulu kehilir dia bawak berjalan siap letak makanan lagi walaupun duduk kat rumah je. 

Baik cepat dapatkan sementara stok masih ada ye..


Tuesday, December 6, 2016

Anlene MoveMax Bersama ‘SINARAN’ Sheila Majid

Hi Korang,


Sinaran… mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

Ingat kan lagu ni errmm of courselah penyanyinya Sheila Majid..


Lama tak follow perkembangan penyanyi Sheila Majid ni ek so baru-baru ini, bertempat di IOI City Mall Putrajaya, Anlene telah melancarkan kempen "Anlene MOVE AS YOUNG AS YOU FEEL INSIDE Bersama Sheila Majid". Kempen yang bertujuan untuk mengajak lebih ramai masyarakat dewasa hari ini untuk sentiasa bergiat aktif dan produktif setiap hari serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan bernutrisi.

Fonterra telah memperkenalkan susu Anlene terbaru yang diformulasi dengan MoveMax yang mengandungi keunikan nutrisi kolagen bersama nutrisi-nutrisi lain yang sedia ada seperti kalsium, protein, magnesium, zink serta vitamin B6, B12, C, D dan E. Yang mana gabungan nutrisi ini boleh menjaga otot, tulang dan kesihatan badan kita. Apatah lagi apabila umur pasti menginjak setiap tahun, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan diri!


Untuk kempen "Move Young" kali ini, Anlene telah melantik Sheila Majid sebagai model yang boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bergerak aktif dalam kehidupan seharian mereka.


"With the remake of Sinaran we hope to excite and inspire more Malaysians to embrace their youthfulness with movement. Sheila is an inspiration to many as she lives an active lifestyle and believes in taking care of herself and her family with the right nutrition such as Anlene," kata Mr. Jose Miguel Porraz Lando, Managing Director of Fonterra Brands Malaysia.

Menurut Sheila Majid tahun 2016 ini merupakan tahun yang ke 30 beliau bergiat aktif dalam dunia seni dan dengan melancarkan semula lagu Sinaran versi baru merupakan sesuatu yang begitu bermakna buat dirinya. Apatah lagu ini turut dinyanyikan bersama anaknya Kayda.


Melihat kepada penyanyi tubuh genit ini yang cukup bersemangat dan ceria begitu memberi inspirasi kepada saya. Apatah lagi dalam perkongsian bersama media, Sheila telah mengingatkan tentang kehidupan yang lebih gembira adalah kita memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Biarpun ramai yang begitu obses untuk kelihatan kurus dan cantik melalui rutin senaman yang ekstrem tetapi sebenarnya menurut Sheila untuk mendapatkan badan yang kita idamkan kita perlu menjaganya terlebih dahulu. Caranya mudah, hanya dengan mengambil makanan bernutrisi kaya khasiat. Ini apabila kita tidak ada masalah kesihatan, kita akan sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti yang sihat sepanjang hari. Contohnya berbasikal, berjalan-jalan di taman dan sebagainya. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti produktif seperti ini mampu mengekalkan tubuh badan yang dikehendaki sekaligus memelihara kesihatan paling terbaik.


"Movement is an integral part of keeping the bones, joints and muscles healthy. And giving the right nutrition is important to support our overall movement. This is the reason we have enhanced our Anlene formula; apart from added calcium for bones, we have also included collagen, and protein to support your overall movement" kata Puan Megawati Suzari, Director of NEw Product Developement, Science and Reguatary Affairs

"Move as young you feel inside" dan jangan biarkan peningkatan umur menjadikan kita terasa begitu tua dan tidak bersemangat. Serlahkan pesona diri dari dalam, hidup secara aktif dan sihat. Itu antara yang sentiasa diingatkan oleh Sheila Majid, lagenda ratu Jazz yang cukup popular di Malaysia. 



Di majlis pelancaran ini juga, Sheila Majid telah berkongsi pentas dengan anaknya Kayda menyampaikan lagu Sinaran yang telah diberikan nafas baru. Memang menghiburkan!

Sepanjang kempen bergerak ini terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak Anlene. 

Antaranya seperti:-




Pemeriksaan kesihatan dan tubuh badan, Semakan densiti tulang dan banyak lagi. Siap aku kena bersenam jugak tau hehehhee alah senam simple-simple je


Selain daripada pemberian "sample" minuman susu serta yogurt, terdapat juga promosi-promosi produk Anlene yang dijual kepada pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan acara kempen yang sedang dijalankan.


Walaubagaimanapun kita masih boleh mendapatkan susu Anlene with MoveMax samada susu tepung yang mempunyai 2 perisa iaitu "plain"ataupun "coklat"yang didatangkan dalam saiz pek 1kg, 600g serta 175g. Untuk Yogurt Anlene pula terdapat 4 perisa yang lazat iaitu; "plain", mangga, strawberi dan buah beri.


Jom minum Anlene with MoveMax setiap hari ek!

#anlenemovemax #AnleneMY




Friday, September 13, 2013

Cream-O Cookie Mug, Sedappp..


Hi Korang,


Kanak-kanak pasti suka menda ni



Penah tak korang makan biskut sambil cicah susu dan kemudiannya korang boleh makan terus cawan yang korang duk cicah susu tuh?

Ermm haruslah tak sebab mesti korang rasa cam keanak-anakan bila buat menda cam tu.

But not for me, I'll find sweet dan comel sangat.


Actually Cream-O (salah satu pengeluar biskut di Malaysia ni) berkerjasama dengan Grey Malaysia serta Geometry Global bagi menghasilkan Cookie Mug iaitu salah satu cara mudah dan sihat bagi ibubapa meyakinkan si manja mereka untuk minum susu.

Memang ko, aku pun masa kecik-kecik mana mau nak minum susu. Dah lah warna putih tak berseri langsung.


Bila anak-anak ni umurnya meningkat pada 7 tahun ke atas, memang payah bagi diorang ni untuk minum susu, baik diorang lebih baik minum soft drink, ye lah manis dan sedap di tekak. Tapi korang sebagai parents duk paksa gak minum susu untuk tambah kalsium lah itulah, inilah mana maunya bebudak ni.


The Cookie Mug ini produk yang sangat unik di reka khas untuk menggalakkan anak-anak minum susu 2 kali sehari. Ianya diperbuat daripada plain biskut organik dan healthy dark chocolate dan hanya mengandungi kandungan gula yang bersesuaian dengan keperluan pertumbuhan kanak-kanak.

Ni part yang excited ni, cara nak makan Cookie Mug ni.


La makan jelah, itu pun nak cara gak ke. Cawan boleh makan ni boleh di gunakan sebanyak 2 kali. Bila korang dah tuang je susu dalam cawan tuh biarkan seketika so that susu dan coklat tu dapat bersatu rasanya. Kemudian tu minumlah. Jadilah susu coklat bersama biskut kan. Abis ke minum susu tuh, hah apa tunggu lagi makan je trus Cookie Mug ni.


Best kan, itulah aku pun nak cari nantilah masa pi Jusco nanti. Kena cepat tau coz Cookie Mug ni adalah limited edition ye. Kalau banyak permintaan mesti diorang akan produce lagi punya.


Sedikit note:
The Cream-O Cookie Mug was developed as a conceptual product by snack manufacturer Jack'n Jill in conjunction with Grey Malaysia, one of the nation's leading advertising agencies, and Geometry Global, the world's largest activation agency.