Showing posts with label kebaikan innershine. Show all posts
Showing posts with label kebaikan innershine. Show all posts

Saturday, June 20, 2015

Pemenang InnerShine® Seri Singing Contest Sangat Berbakat

Hi Korang,


Bacaan santai di hujung minggu sambil menunggu waktu berbuka ek.

Pada awal tahun ini, InnerShine® Seri Singing Contest dilancarkan untuk memberi peluang kepada warga Malaysia untuk menunjukkan bakat menyanyi masing-masing demi merebut satu pengalaman yang menakjubkan – peluang ke sesi rakaman bersama komposer terkenal, Hadi Hassan!

Peserta dikehendaki untuk mendendangkan lagu “Seri” yang telah dicipta oleh Hadi sebagai lagu tema komersial TV InnerShine®, yang menampilkan Kaka Azraff. Muzik video InnerShine® pula dibintangi oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha Milan.


10 calon berbakat telah dipilih daripada lebih 120 penyertaan di laman Facebook dan Instagram InnerShine Club dari seluruh negara. Mereka kini telah bersedia untuk memasuki pusingan akhir yang diadakan di The Curve, untuk menghadapi cabaran penentuan pemenang oleh enam orang hakim termasuklah Hadi, Kaka, Hunny dan Marsha serta Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang, dan juga wakil dari Watsons Malaysia, Hamilah Maningrum. 

Setiap finalis akan mempersembahkan lagu “Seri” dengan cara tersendiri dan berikutan pengumuman keputusan hakim, pemenang Hadiah Utama akan memenangi pengalaman istimewa untuk membuat rakaman lagu tersebut dengan composer terkenal, Hadi, di samping membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. 


Senarai Nama Pemenang:

Tempat Pertama: Nor Azriani @ Jona Sony Saimin – Sabah

Tempat Kedua : Sunday Grace – Terengganu

Tempat Ketiga : Ariza binti Aljet - Sabah

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500, di samping membawa pulang produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Para peserta yang lain turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai bernilai RM500 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu setiap seorang.

InnerShine® Seri Singing Contest diadakan seiring dengan program detoksifikasi secara semula jadi yang turut disertai oleh Kaka, Hunny dan Marsha selama 12 hari untuk mendapatkan paras kesihatan dan keserian wajah yang optima. 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang mujarab serta harus diambil setiap hari untuk menyihatkan badan.

Diambil setiap malam sebelum tidur, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu akan bertindak untuk memulihara sistem badan sambil menyahtoksin untuk meningkatkan kesihatan.

Kandungan Vitamin C yang semula jadi daripada buah-buahan prun dan Camu-Camu membekalkan anti oksidan yang kuat bagi memerangi radikal bebas demi mengekalkan keanjalan kulit agar kelihatan sentiasa muda dan anggun. 

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan ianya dijual dalam dua jenis pek 42g x 6-botol (RM23.50) dan 42g x 12-botol (RM45). Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari InnerShine Club di Facebook.