Showing posts with label kebaikan ephyra. Show all posts
Showing posts with label kebaikan ephyra. Show all posts

Monday, June 20, 2016

REVIEW | EPHYRA Skin Care Series Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Hi Korang,

Ermm EPHYRA, siapa yang tak pernah dengar kan produk ni sila angkat tangan!!

Ishk korang ni kata havoc kat social media tapi jenama EPHYRA ni tak kenal, ishk ishk sesuai yang amat rugi ek. Aku dah kenal EPHYRA ni sejak 3 tahun lepas, memula sekali aku minum kolagen drinks diorang ni ek, memang-memang sedap dan berkhasiat tau.

Kemudian secara perlahan-perlahan EPHYRA mula mengeluarkan produk kecantikan muka aku pernah cuba skin bar, pas tu repair serum dan yang terbaru ni ni moisturizer plak tau. 

Nanti aku citerkan semua sekali tau.

Jeng jeng jeng

Memperkenalkan

Ephyra Skin Care Series

Set ini mengandungi : 

1. Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka) 
2. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi) 
3. Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi)

Kalau korang nak tahu, Ephyra Skin Care Series sesuai untuk semua jenis kulit, malah ianya tidak terhad bagi wanita sebab lelaki pun boleh memakainya. Kita orang pompuan of courselah nak senantiasa cantik tapi kalau korang nak bagi husband korang guna pun boleh so sesamalah cantik dan ensem ek!!

Ketiga-tiga produk ini mempunyai fungsi dan kelebihanya tersendiri. Jom tengok kelebihannya.

EPHYRA SKIN BAR 


Ephyra Skin Bar adalah sabun pencuci muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “HOT SELLING PRODUCT” untuk jenama Ephyra. 

KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR

-Merawat kulit berjerawat 

-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat 

-Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati 

-Mencerahkan wajah secara semulajadi 

-Menghilangkan bintik-bintik hitam 


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (dengan Nano Technology)

Serum untuk kulit yang sangat power dan telah dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi untuk menjadikan kulit korang cantik dan berseri. Serum ni tak melekit dan tak berminyak serta sangat mudah meresap ke dalam kulit ini untuk membaiki struktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Bila pakai, rasa macam tegang je muka. Rasa macam pakai botox pun ada.



Gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran. Serum ini juga sesuai untuk menghilangkan masalah jeragat yang degil.


KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 

-Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat 

-Memperbaiki tona kulit tidak sekata 

-Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit 

-Mencerahkan kulit kusam 

-Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn


EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR (dengan teknologi Geno White) 

Ephyra Skin Snow adalah pelembap wajah berteknologi Geno White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Kesan penggunaan seawal 9-14 hari. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit tak kira lelaki dan perempuan. Takde paraben, takde hydroquinone ataupun merkuri. Pelembap ini tak melekit, tak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit.



KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR 

- Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah 

- Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari

- Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin) 

- Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection) 

- Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat

- Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)

- Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda dan bersih.

Ermm nampak, panjang lebar aku terangkan pada korang untuk korang paham lebih details mengenai produk EPHYRA ni ek. 

Testimoni Cik Lily Putih

Sebelum Guna EPHYRA, nampak minyaknya cam boleh goreng telur ek

Di sebabkan usia aku dah masuk alam remaja purba ni so masalah jerawat tu memang kuranglah bukanlah tak de tapi kurang, cuma sekali sekala je muncul time period je. Masalah aku yang paling ketara adalah kulit berminyak. Ye korang, rasanya semua orang tau dan boleh nampak. Kalau time aku bergambar tuh kemain berkilat nau muka. Walaupun sebelum bergambar tuh aku dah lap minyak kat muka tuh but stil banyak gak.

Selepas Guna EPHYRA, kurang minyak dan muka mula jadi bersih dan cerah

Bila dah guna produk EPHYRA ni rasa berkurang sket, kulit rasa lembap. Bila amik gambar tuh, muka nampak bersih dan jadi cerah plak. Bila pi event je, ramai cam duk cakap kulit muka aku less oil dan bersih sampai ada yang cakap licin nau muka ek hahahahahha segan plak rasanyalah. 

Ini testimoni Cik Lily Putih la ye kalau orang lain maybe kesannya tak sama, ikut kulit muka memasing.


Berapakah Harga Ephyra Skin Care Series?

Harga Ephyra Skincare Series (harga satu set) adalah :

RM 140 (SM) dan RM 150 (SS)

Aku galakkan korang ambil Ephyra Skin Care Series Set sebab lagi murah dan menjimatkan. Kalau korang nak beli asing pun boleh, menurut harga dibawah :


# EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS)

# EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS)

# EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)

Awas ! Jangan Tertipu Dengan Ephyra Skin Care Tiruan.

Zaman sekarang ni banyak produk kecantikkan yang palsu dan tiruan. Nii aku kongsi sikit, bagaimana nak elak korang daripada beli produk Ephyra yang tiruan. Korang rujuk pada gambar yang tertera di bawah. Setiap produk Ephyra akan mempunyai satu bar cod. Mudah sahaja, korang scan bar cod tersebut. 





Jadilah pengguna yang bijak!

Untuk Maklumat lanjut dan pembelian, sila rujuk di link bawah ni 


Instagram : @ephyra2u




Thursday, July 30, 2015

REVIEW | EPHYRA SKIN BAR

Hi Korang,


First time in my life pencuci muka dalam bentuk sabun buku.

Wah sabun buku gituh, macam orang kampong panggil kan. Kalau dah orang kampong tuh tetap orang kampong gak kan. Itulah saya ek.


Sebelum ni aku memang pengguna minuman kesihatan Ephyra tu kan, so why not aku cuba Ephyra Skin Bar pulak kan.


Ephyra Skin Bar ni diformulasi dari 100% bahan semula jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan dan ia selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Yang best tuh, bukan sahaja dapat digunakan pada muka tapi pada seluruh terutama sekali bahagian yang bermasalah macam jerawat belakang badan, kudis-kudis di kaki, alergik, gatal-gatal dan memacam lagi lah.


Ok aku sambung citer lagi mengenai kelebihan Ephyra Skin Bar 

Ciri-ciri antioksida
Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya. 

Ciri-ciri anti-penuaan
Pengggunaan Ephyra Skin Bar secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut) 

Sebagai antioksidan kuat
Melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya. 

Pencerahan Kulit
Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan Ephyra Skin Bar, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan. 

Glutathione
bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita. 


La boleh pulak korang tanye aku cam ne nak guna?

Ishk sama je guna macam sabun pencuci muka yang biasa tuhlah. Gunakan 2 kali seharian, jangan sebab nak cantik lekas guna banyak kali pulak. Kang rosak pulak kulit yang baru nak cantik gebu putih melepak tu kan.

guna iphone sajor senang kan

aku nak hilangkan tanda yang merah tu lah, mesti kena ambil masa sket kan

nampak bersih kan,ni betul lepas cuci muka tadi

Aku baru guna tak sampai seminggu, so far kulit muka rasa bersih dan dah mula kulit muka nampak cerah. Agaknya kalau sebulan fuhh confirm cantik macam owner Ephyra ni kan huahauhaua

Tengok ni,


Beberapa testimoni para pengguna Ephyra Skin Bar. Eh artis pun guna jugaklah kan


Untuk info lanjut pasal Ephyra Skin Bar ni, korang boleh check it out di

Instagram :

Website :

Facebook :

Monday, May 5, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra



Hi Korang,

Citer pasal EPHYRA lagi ni.

Ye ko dah 4 entry aku UP kan blog aku ni pasal produk EPHYRA ni. 


Aku dapat lagi produk EPHYRA ni dari projek SBB2014 yang lalu anjuran Team Denaihati Network. Yeah, haruslah suka kan. So minumlah selama 30 hari ni, walaupun kekadang tu boleh terlupa-lupa gak lah sampai Mr Big kene ingatkan dah macam reminder plak jadinya.


Di antara kesan selepas mengamalkan minuman kesihatan EPHYRA ni adalah :

1. Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut

Akibat banyak berjalan inilah jadinya. Sakit lutut pun datang tapi bukan kronik sangat pun, cuma ada-ada masa je. Kekadang tu bila bangun dari tidur kan. Lepas minum EPHYRA ni, sakit lutut tu memang berkurangan. Dah tak de masalah tetiba lutut tak LOCK kan. Rasa selesa je, macam minuman kolagen ni letak cushion kat tulang lutut kan.

2. Kulit Tak Nampak Kering.

Aku memang kurang sket minum-minum air ni sebab tu kulit tak berapa cantik. Kalau tengok kaki memang kering betul. So now boleh nampak dah kat area siku, betis dan kaki cam bersinar gituh.

3. SISTEM PERKUMUHAN Amat Menyenangkan

Ni memang terbukti, bangun je pagi proses perkumuhan senang je. Tak yah nak duduk lelama dalam bilik air. Memang EPHYRA kasi cuci abis semuanya. Sampai Mr Big pun duk seronok ‘pau’ aku punya EPHYRA, senang nak membuang katanya.


Ermm sebenar ada banyak lagi kesan-kesan positif produk EPHYRA pada aku, tapi tak de nampak sangat lagi. Yelah sekian lama tak minum, tup-tup minum balik hah memacamlah kesan-kesan nampak. Jawabnya kena minum lagi setiap hari ni kan hehehhehe. Boleh lah challenge dengan duta EPHYRA ni Memey Suhaiza tengok sapa lagi cantik…


Memang betul apa yang testimoni yang berlambak kat carian google ni tentang produk EPHYRA ni, once bila kita dah minum dan nampak kesan barulah kita dapat rasa keseronokkannya.

Ok ok jangan nak banyak membebel lagi Cik Lily Putih oit, letak info sket pasal EPHYRA ni ek

Instagram: @ephyra2u
No.telefon: 019 3999 238


Terima kasih sekali lagi pada pihak EPHYRA dan Denaihati Network sebab sudi bagi peluang kat aku ni rasa best dengan produk ni.

Haruslah kena minum bebanyak ni ek...


Tuesday, April 22, 2014

Promosi EPHYRA Sempena 2nd Anniversary MEGA SALE Dan Karnival di Putrajaya & Perak



Hi Korang,


La siapa yang tak kenal dengan produk EPHYRA kan, even mak aku pun dah pandai minum EPHYRA lately ni. Katanya bukan apa selain daripada kebaikan yang terkandung di dalam minuman kesihatan ni, rasanya tu yang sedap sekali perisa oren tak berapa manis

Hehehe omak omak..


Kalau korang nak tau EPHYRA ni, minuman antioksida berasaskan kolagen dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Lagi plak EPHYRA ini HALAL dan selamat untuk diminum. Ada sijil halal tau. 

Aku sendiri ni pun dah berkotak-kotak minum EPHYRA ni, korang boleh baca testimonial aku di entry 3 Minggu Lepas Minum dan Minuman Kolagen.




Memang terasa perubahannya, kita boleh nampak walaupun sedikit demi sedikit kan. Meh tengok testimonial pengguna EPHYRA yang lain ni ek. 



Kalau korang rasa cam tak berapa nak percaya lagi dengan kehebatan EPHYRA ni terutamanya kepada orang Putrajaya dan orang Perak, korang dijemput hadir ke Booth EPHYRA di


Karnival UTUSAN Putrajaya 
pada 25hb - 27 April 2014 

Karnival JOM HEBOH Perak 
pada 26hb - 27hb April 2014 


Ada harga promosi bagi korang yang nak baru-baru berjinak mencuba EPHYRA ni, selain harga promosi siap ada free gift sekali tau. Eh ada lagi, Duta EPHYRA iaitu Memey dan Norman juga akan turun padang ke kedua-dua karnival ni. So korang bolehlah beramah mesra dengan mereka berdua ni, nak tanya pasal kebaikkan ke, kesan ke, cara nak minum dan memacam lagi lah. 

Alah korang yang tak dapat ke karnival tuh, janganlah sedih hati plak. Ishkk nak nangis plak. Don’t worry, ada lagi cara untuk korang nak dapatkan EPHYRA dengan harga rendah ni.


Sempena dengan ulangtahun kedua, EPHYRA akan mengadakan MEGA SALE yang akan bermula daripada 28hb April 2014. Bagi aku sangat-sangat berbaloi kalau korang beli time ni, sebab harga asalnya RM197 kan, now cuma RM180 sahaja untuk 30 sachet. Hah, berbaloi ke tak? Ermm haruslah berbaloi kan. Dengan banyak feedback dan testimoni dari pengguna, memang 100% berkesanlah produk EPHYRA ni. 


Eh tak abis lagi ni, korang boleh dapatkan T-SHIRT eksklusif EPYHRA yang berharga RM15 je sehelai, sangat selesa tau. Tapi yang ni limited edition je, yelah sempena 2nd anniversary EPYHRA ni.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari : 

1)website official – www.oceanlife2u.com


3)instagram- ephyra2u

Untuk info @ pembelian boleh email pada mereka di info@oceanlife2u.com

OCEANLIFE MARKETING SDB BHD
Co. No. 975208P 

73a-3, 3rd Floor Block J,
Platinum Walk,
No. 2 Jalan Langkawi,
Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur. 

Tel: +603-4142 1786
Fax: +603-4142 1776 




Thursday, February 27, 2014

EPHYRA PILIHANKU



Hi Korang,

Rupanya masih ramai yang tak tau lagi apa itu EPHYRA ni.

Ephyra Pilihanku


Especially orang-orang yang kurang ke arah media social ni, biasalah orang-orang cam ni memang tak de masa nak layan kan. Contoh macam kengkawan aku ni yang bukan blogger la ye. Anything yang bagi diorang ni new confirm-confirm diorang refer kan aku.

Salah satunya ramai kengkawan pompuan aku sibuk duk tanya pasal produk EPHYRA ni. Hah tanya pasal kebaikkan, sesuai ke tidak dan memacam kan.

Apa lagi terus aku suruh diorang google di internet. Mudah kan but still aku citer gaklah sket.

Kalau refer balik kat entry aku sebelum sebelum ni Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Di antara kebaikan mengamalkan EPHYRA adalah:

Cracked heel berkurang~ tiada lagi masalah tumit merekah dan kering

Lingkaran hitam bawah mata berkurang ~ lebih sekata tona kulit

Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju dan tunaikan solat dgn mudah.

Ada banyak lagi khasiat yang lebih mujarab daripada produk EPHYRA ni

Ephyra Pilihanku


Sebab aku dah pernah mencuba EPHYRA ni walaupun sekejap je, ada beberapa kesan yang dapat aku rasakan.

1. Kulit Sihat

Boleh perasan kulit di seluruh badan cam nampak perubahan. Kesan kekeringan mula berkurangan. Tumit kaki pun dah mula cantik.

2. Lebih Cergas

Ramai testimoni yang aku pernah baca yang mengatakan bila minum EPHYRA ni tenaga makin bertambah, totally memang aku bersetuju sangat. Lepas 2-3 minum, badan makin cergas dan lebih banyak kerja boleh buat.

3. Buatan Tempatan

Bila keluaran tempatan ni, kita lebih percaya dengan cara pembuatannya mengikut piawaian yang ditetapkan. Lagipun menyokong lagi usahawan orang kita ni

Ni aku attach sket testimoni pengguna produk EPHYRA ni.

Testimoni Blogger Eyriqazz

Testimoni Blogger MiaLiana

Bila dah baca citer diorang dan aku sendiri pun dah mencubanya walaupun sekejap je memang terbukti keberkesanannya.

Ok meh layan jap video DUTA produk EPHYRA ni ek


Kalau korang nak info lebih lagi mengenai produk EPHYRA ni boleh check it out di FACEBOOK OCEANLIFE2U dan INSTAGRAM EPHYRA