Showing posts with label kawan baik. Show all posts
Showing posts with label kawan baik. Show all posts

Sunday, July 12, 2015

Shopping di JPO (Johor Premium Outlet) Kulaijaya

Hi Korang,

Weekend memang tak de buat apa pun kat JB ni.

Nak masak, ermm tak de dapur
Nak basuh baju, pi laundry sajor
Nak tidur, wei bosan tuh kan.

Sudahnya berjalan jelah.


Nasib baik sabtu lepas kawan aku Ita balik JB umah mak dia kan. So sempatlah ktorang outing pagi sabtu tuh. Aku heret sekali Cikgu Mar lah. Ktorang berempat termasuk Marissa (anak Cikgu Mar) dengan tak de arah tujuan terus ke JPO (Johor Premium Outlet), alah dekat je dari Skudai ni ek.

Sesampai je dalam kul 10.30am cam tu.


Orang belum ramai lagi, so dapatlah masuk ke semua butik kat sini. Tak yah nak tunggu beratur panjang kan. Masuk butik Coach pun tak yah beratur, lama gak kat dalam tuh. Memang sale giler sampai 60% tapi off season punya lah. 

cantik plak sling bag Victoria Secret ni kan

Ktorang masuk banyak gak butik beso-beso tapi butik Marc Jacob tu memang tempting sungguh, handbagnye even dah diskaun 50% but still RM2k lagi tuh. Sakitnya ku disini di dalam hatiku huahaauhau

Tak tau nak beli apa, singgah jelah beli baju, wrislet je


Tengah jalan-jalan tuh terserempak plak dengan Fafau alah DJ HotFM tuh. Sempat gak berselfie dengan dia, sporting sungguh kan. 


Actually bukan nak shopping sangat pun, saja nak chill out dengan old buddies kan. Maklumlah ktorang ni walaupun duduk dekat2 je kat KL tapi memang tak de masa nak jumpa langsung. 

So time lah masanya untuk catch up everything. Itulah kawan baik tak yah selalu jumpa pun tak per tapi keep in touch itu sudah semestinya kan...

Have a great weekend everyone...


Thursday, March 6, 2014

Kawan Lama Punye Pasal


Hi Korang,

Aku memang tak ramai kawan yang betul-betul rapat kat KL ni.

Yelah tak tipu, tak caya pi tanye Mr Big. Dia tau lah. Kalau yang rapat pun mostly bloggers la kan,coz selalu nau jumpe time pi makan lah, jumpe kat tepi jalan lah.

Kawan yang betul-betul aku rapat bersepah diorang ni. Aku memang rapat pompuan bertiga ni je. Ada sorang kat Melaka, KL ni ada tapi dia sejak jadi VP Bank Unta ni bukan main sibuk lagi dan majoriti semua kat JB. Ktorang selalu contact kat WhatsApp jelah.

masa ni bercuti di Pulau Lang Tengah

Diorang ni punye perangai kalau tau apa-apa semua refer kat aku tak kisah lah pasal tempat makan ke, bercuti ke pulau ke, services ke kan, minum harum malam pun tanye aku, maklumlah diroang cakap aku ni blogger so info semua dapat lagi cepat dari media lain. Cam tu sekali ek.

Memacamlah kan

Aku memang ada plan nak balik Johor Bahru dalam masa terdekat ni tapi tak nak heboh kat sesiapa pun coz kang kalau balik sana semua nak jumpa. Masa aku ni plak limited nak buat food review, homestay review, tempat chillax baru lagi, so nanti kang tak jumpa kecik ati plak, merajuk, tak nak geng itu lah inilah kan.

Tup-tup last Sunday, ada plak yang dah call.

Cikgu M : Wei ko nak balik JB weekend ni ek

CLP : La aku baru je plan, ko dah tau. Ko ada telepathy terus ke dalam otak aku ke? Ishkk

Cikgu M : Aku ni boleh rasalah wei, saka aku ni kuat ooo boleh sampai KL

CLP : Aduiyai, hah napa plak? Kacaulah korang ni

Cikgu M : Tolong aku beli frame kat IKEA, sekarangkan ade sale. Aku nak frame Geometri Kufi aku ni. Alah tolonglah nanti aku kasi upah.

CLP : Dia ni kan, aku puk kang. Kasi details, gambo termasuk bar code sekalli

Cikgu M : Orite no prob..

CLP : Eh jangan lupe banjer aku Ikan Bakar Tip Top, Kupang bakar 3 pinggan dengan Otak-otak Special

Cikgu M : Beres, nanti aku suruh laki aku siapkan hahahaha

Sekejapan segala details terus dapat, jawabnya memanglah kena pi secepat mungkin ni.

makan meatballs sedap dengan seseorang

Sudahnya masa ari selasa hari tuh, aku cuti. Balik dari Pacific Coffee punye launching kat Melaka, aku terus direct drive ke IKEA nak pi beli menda alah ni.

IKEA RIBAA photo frame 30 x 40 (RM29.90)

Aduiyai bukan 1 ke 2 tapi 10 sekali aku beli. Alah tak per orang berniaga, apa salahnya aku tolong kan. Memengkek gakla mengangkat kotak frame ni ke kereta.

Ermm kawan lama punya pasal.. tak per lah.

Kita tolonglah selagi boleh tolong kan..



Tuesday, December 4, 2012

Kami Buddyz Tak Kan Terpisah 24/7

Hi Korang,

Kawan ni time kita senang memang melambak-lambak yang datang but time kita susah bayang pun langsung tak nampak. Biasalah adat dunia.

True friend memang payah nak jumpa lah.


But I ada 2 orang yang boleh aku anggap good friend gituh. Ktorg kawan sejak dari sekolah rendah lagi, sekolah menengah sesame sekejap dan hilang selam lebih 5-6 tahun cam tuh. Tup-tup leh jumpa balik thru Facebook. Now sampai sekarang mesti contact every thru whatsapps and facebook.

Hebatkan kuasa teknologi masa kini, I like!


Now rasanya tiap-tiap ari ade je menda nak disembangkan. Tak kira pasal makan ke, product kecantikan, travel ke kan. Maklumlah aku ni kira macam pusat sumber untuk diorg ni. Yelah sorang tu kat Muar, sorang lagi plak nama je kat KL tapi payah nak jumpe so aku sorang je kat tengah-tengah KL ni. So kalau nak pi outing memana memang aku jadi mangsa tukang plan.

Hehehehe tak per kengkawan punya pasal, sanggup I tau.


Right now, ktorg kaki makan plak. Everyday ada je resipi baru yang nak dicuba. Memandangkan aku ni sorang yang tak de masa nak masak-masak ni so budak berdua ni yang jadi mangsa buat ujikaji resipi masakan yang ktorg teringin nak makan. Bila sorang dah cuba menjadi, barulah yang lelain buat kan.


Memang betul-betul buddyz lah, rasanya hampir 24/7 ktorg duk bersembang dalam whatapps tuh. Sampai MrBig siap tegur lagi, ni sapa laki sapa kawan ni hakhakhakahkahak.



Seronok ada kengkawan cam nie, at least kalau partners kita tak de kengkawan ni boleh hiburkan kita kan.

So haruslah penting DiGi Easy Prepaid Plan benefits and how it keeps Buddys together no matter how far apart they are (24 Hours FREE Calls + SMS + Facebook)


Betul tak?

Sebab tu aku pilih DiGi Easy Prepaid ni untuk bersembang sampai tak hingga dunia.





Kami buddyz tak kan terpisah!





Saturday, June 26, 2010

Indahnya Hidup Ini

Korang,

Apa korang rasa bila hidup ini dikelilingi oleh orang2 yang korang sayang? Mesti happening kan.

Macam aku sekarang nie, eventho family first tapi kengkawan still no. 1. Walaupun diorg2 nie nun jauh yang majoritinya di JB tapi tetap dihati aku. Tapi kengkawan di sini jangan terasa hati plak, sama rata je, semua aku sayang okeh.

Kenapa entry kali nie ade emo2 sket ek? Ala bukan apa. Hari2 cuti nie melayan video clips Atilia yang terbaru nie bertajuk Indah nie, tetiba terus teringat kat kengkawan aku sekarang nie.

Videonya sempoi, pasal Atilia dan The Selepet Girls iaitu Yasmin Hani, Sazzy,Dapne,Dynaz,Aisha Sinclair dan ramai lagi lah. Nah, korang layan video nie :-


Bestkan kalau dapat selalu dapat hang out dengan good frens. Boleh berkongsi segala suka duka dalam menjalani kehidupan sehari2 nie.

p/s : Tetiba rindukan Geng 6 Jahanam. Jadi ke kite semua nak jumpe nie ek?