Showing posts with label kadar sewa kereta. Show all posts
Showing posts with label kadar sewa kereta. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

Sewa Kereta dengan MPV ADIKFIRA Untuk Jalan Jauh, Ermm Jimat Belanja

Hi Korang,

Ya ampun tajuk entry kemain lagi tak boleh blah ek.

Sewa kereta, kereta besar dan belanja murah serta jimat duit itu yang aku boleh gambarkan bila naik MPV ADIKFIRA ni. 

Sebenarnya aku tak tau jugak ada perkhidmatan sewa kereta dengan kawasan rumah aku ni, yelah pi keje subuh balik kerja dah malam so memang tak de masa nak ambil tau. 


Di sebabkan hari tuh, nak kena pi Johor Bahru adhoc sebab ada event JOY DESIGN STUDIO tuh so berhempas pulaslah aku mencari kereta sewa. Bukan tak boleh drive sendiri tapi kan bagus kalau boleh pergi sekali reramai dalam satu kereta, banyak boleh jimat tuh

akak lily yang kena collect kereta ni, so merasalah bawak Starex ni 

Cari punya cari tup-tup ada orang bagitau yang kat Bangi ada servis kereta sewa yang besar dan selesa, so terus aku google blog orang tuh, jeng jeng la dekat dengan rumah aku rupanya MPV ADIKFIRA.

Proses deal semuanya melalui whatsapp je, deal harga per day, cara nak ambil kereta, deposit berapa so settle semua hari jumaat malam tuh terus pi ambil.







Kalau korang nak tau Grand Starex Royale menyediakan empat baris tempat duduk dan sekaligus mampu memberikan keselesaan kepada 11 orang penumpang. Selain itu kelebihan ruang dapat dimanfaatkan dengan tempat duduk tengah yang boleh dilipat untuk dijadikan tempat rehat tangan dan boleh berfungsi sebagai meja makan mini. Paling syioknya, MPV ini juga mempunyai ruang simpanan barang pelbagai saiz.

selesa sampai tetidor kan

Eh bukan setakat setiap tempat duduknya boleh dilaraskan malahan Grand Starex Royale ini juga mempunyai enam salur pendingin hawa tersedia bagi memberikan udara dingin ke arah penumpang untuk segenap ruang. Ko rasa selesa ke idokk ? ermm haruslah selesa yang amat.


Dengan kuasa 168 hp pada 3,800 rpm penggunaan minyak diesel Hyundai Starex Royale memang benar-benar menjimatkan untuk perjalanan jauh. Ye wei, aku tuang minyak full tank RM132 dari KL sampai JB takuk minyak tuh tak bergerak sangat pun, before balik KL tambah lagi dalam RM50 cukup sampai pulangkan balik itu pun ada lebih setengah tangki minyak lagi, spare je tuang lebih takut jadi apa-apa kan. Kalau duit minyak tuh bahagi 10 orang dah berapa, so betul-betul jimat kan


Selain daripada dengar radio, eh ada sistem audio dan video yang ada didalam Grand Starex Royale Starex ini ye. Ini kerana ianya dilengkapi pemain DVD dengan paparan skrin tujuh inci di bahagian tengah (untuk penumpang belakang). Hah layan movie sekejap masa on the balik, tapi sekejap je lepas tuh borak je non stop sampai ke KL.

Aku tambah lagi sedikit info mengenai sewaan ADIKFIRA MPV Hyundai Starex Royal ini ek:

ADIKFIRA menawarkan 2 jenis kenderaan untuk disewakan iaitu Hyundai Starex Royale dan Suzuki APV. 


Auto gear dan minyak diesel (tangki penuh RM120.00 - 700km)

RM20.00 per jam (minima 5jam)

RM225.00 separuh hari (12 jam)

RM450.00 per hari (24jam)

RM2,800.00 seminggu (7hari)

RM200.00 Service vvip ‘Drop&Pickup only+Driver’


Seriously memang betul-betul selesa di buat tau, walaupun jauh tapi tak terasa pun ternyata MPV Hyundai Starex Royale menjadi pilihan terbaik!

Korang kalau berminat, boleh hubungi terus:

Fira 0173136065 

Zikri 0179595907

*Untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Putrajaya, Lembah Klang.

*Kenderaan perlu diambil. Cas sebanyak RM30-50 jika perlu dihantar ke kawasan lokasi tertentu. 





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com