Showing posts with label johor bahru. Show all posts
Showing posts with label johor bahru. Show all posts

Saturday, December 8, 2018

“ISKARNIVAL MAIN-MAIN” 2018 di Puteri Harbour Johor Bahru Anjuran UEM Sunrise Berhad

Hi Korang 

Weekend lepas memang best betul lah sebab kak lily berkesempatan ke ‘Iskarnival Main-Main’ di Puteri Harbour Johor Bahru. Actually tak plan pun untuk sampai ke mari kebetulan ada kerja pulak jumaat tuh di JB so singgahlah sekali kan hehehhe kira macam sampai menyelam minum air lah kan. 


Cantik betul Puteri Harbour ni ek, lokasi pelancongan yang masyarakat tempatan dan para pelancong. Terkesima sekejap kak lily nampak bot-bot cantik di dermaga kecil di Puteri Harbour ni. 

ISKARNIVAL 2018 ini merupakan anjuran UEM Sunrise Berhad ("UEM Sunrise" atau "Syarikat"), salah satu pemaju hartanah terkemuka Malaysia dan pemaju induk Iskandar Puteri, mengadakan ISKARNIVAL 2018 tahunan dengan tema "Main-Main" (Main) dari 8 hingga 9 Disember 2018 di Puteri Harbour. Karnival yang menarik 72,000 orang pada tahun lepas bertujuan untuk mencapai lebih tinggi jika tidak lebih banyak lagi tahun ini. 


Rupanya sudah tahun ketujuh Iskarnival ini diadakan, karnival ini lebih besar dan lebih baik daripada tahun sebelumnya kerana ia terus menjadi platform yang memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan hub untuk inovasi dan kreativiti. Dengan tema ISKARNIVAL Main-Main, karnival ini mengakui kepentingan mod 'bermain' dalam kehidupan seharian kita yang penting untuk membina pengetahuan dan perkembangan sosial, intelektual, kreativiti, kebolehan menyelesaikan masalah dan kesejahteraan emosi. 

Acara dua hari itu menyaksikan lebih 1,000 bakat tempatan, di mana 55% adalah orang tempatan Johor yang menyertai hampir 200 aktiviti yang merangkumi persembahan imajinatif, pameran inspirasi, peluang pembelajaran secara beransur-ansur dan pelbagai pilihan hiburan bagi seluruh keluarga untuk menarik pelancong tempatan dan serantau . Festival ini juga berfungsi sebagai platform untuk menggalakkan penyebaran silang idea-idea inovatif dari inisiatif tempatan dan memperkasakan bakat di dalam Iskandar Puteri dan seterusnya kerana industri kreatif semakin membentuk ekonomi masa depan. 


Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata bahawa ekonomi kreatif membentuk lebih banyak pencipta dan artis Malaysia menjadi profesional, yang akan menyumbang secara positif ke arah kesejahteraan ekonomi keseluruhan negara. 

Sebagai pemaju induk Iskandar Puteri, UEM Sunrise mengutamakan pembangunan infrastruktur fizikal bandar serta memupuk spektrum ekosistem industri kreatif yang terdiri daripada pencipta kepada pengguna sejajar dengan kepercayaan terasnya dalam “Building Communities of the Future with you, and for you”





Sempat jugak kak lily mengikut VIP Walkabout di Iskarnival Main-Main 2018 ni, walaupun hujan tapi para VIP tetap memberikan sokongan padu kepada usahawan dengan membuat kunjungan dari satu booth ke booth yang lain. 


Beberapa acara utama di ISKARNIVAL Main-Main adalah persembahan muzik oleh Zee Avi, Penyanyi-penulis lagu yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang album keempatnya dijangka dilancarkan pada awal 2019; Lyia Meta, yang baru-baru ini menjadikan Malaysia bangga apabila dia dinobatkan sebagai penerima Artis Dunia Muzik pada tahun 2018 Anugerah Josie Music di Amerika Syarikat; dan rapper Joe Flizzow, yang memenangi Akta Asia Tenggara Terbaik di MTV Europe Awards di Sepanyol. Artis-artis lain termasuklah Indie Band Hujan, Rap dan R & B sensasi, Zamaera serta Man Bai, yang terkenal dengan album solo pertamanya, Kau Ilhamku pada tahun 90-an, dan akan disertai oleh Rahim Maarof. 




Satu lagi kemuncak ISKARNIVAL Main-Main ialah Moscow Circus, yang merupakan rombongan dari 40 pelawat elit dari dua syarikat sarkas paling terkenal di Moscow: Bolshoi dan Nikulin. Seluruh persembahan akan diadakan dalam sangkar Big Top 2,100-duduk, yang merupakan khemah sarkas terbesar di Malaysia. 





Dinosaur Kingdom juga membuat jalan dengan 25 dinosaur animatronic untuk Puteri Harbour dengan pertunjukan live dinosaur, permainan, permainan interaktif, dan gerai pendidikan untuk keluarga dengan anak-anak. Sempena karnival ini, 4000 tiket untuk Moscow Circus dan 10,000 tiket untuk Dinosaur Kingdom telah diberikan secara percuma oleh UEM Sunrise. 


Penganjur Festival juga akan sibuk dengan permainan dan aktiviti seperti seni buluh, tenunan keranjang, seramik, komik, fotografi dan kraftangan berkelanjutan 'membuat bengkel. 


Sempat jugak kak lily join beberapa aktiviti yang di sediakan, tak kira hujan ke tidak tetap jugak nak mengenjoykan diri ek hehehehe

Tahniah kepada team UEM Sunrise Berhad yang mengajurkan “ISKARNIVAL MAIN-MAIN” 2018 ni, di harapkan akan di jadikan acara setiap tahun pada masa akan datang. Bagus adanya karnival seperti ni kerana sessi keluarga berpeluang menyertai segala aktiviti yang berfaedah dan lagi plak segala percuma, ianya seperti giving back to society..

Syabas UEM Sunrise Berhad..







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, June 24, 2015

PEPES - Makanan JOHOR Yang Sedap!

Hi Korang,

Taulah kena duk Johor 2 bulan kan.

So aku kenalah pandai cari bahan untuk blog comel aku yang suam-suam kuku updatenya kan hehehehe

Ini nak citer kat korang sejenis makan unik aku rasa.


PEPES

Pepes ni sebenarnya isi ikan atau ayam atau daging yang di campur dengan bumbu atau rempah yang kemudiannya di balut dengan daun pisang dan dibakar hingga masak. Kira-kira macam otak-otak gituhlah tapi intinya variety. 


Di sediakan dalam bentuk kecil-kecil je tak macam otak-otak yang panjang kan. Agak-agak rasa macam dah masak tu terus dah boleh angkat.


Pepes isi ayam ni aku beli kat Bazaar Ramadhan Taman Perling hari Isnin hari tuh, nampak unik terus je aku beli lah. Rasa memang unik dan sedap of course. Ratah cam tu dah rasa awesome dah wei.. Alah murah je 10 biji harganya dalam RM7.00.

Ok itu je..

Bazaar ramadhan kat KL tak de Pepes ni kan hehehhe

Wednesday, May 15, 2013

Satay Celup Di Tepian Tebrau


Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang gambar ni

Aku pun tak tau nak describe makanan ni namanya ape? Kalau Mr Big dia panggil celup-celup, kalau adik aku di panggil yong tau foo berkuah dan kalau anak sedara aku panggil satay angry bird sebab one of the satay tu dibentukkan menjadi angry bird.

Kelakar kan tapi itulah taktik marketing untuk target orang ramai specially kanak-kanak.

Tak caya? Ni aku tunjukkan satay angry bird ni


Betul kan.

Actually masa ktorg pi Johor Bahru baru-baru ni, ye semua orang tak perasan pun coz aku tak update. Alah family matters pi balik hari je pun sempatlah dinner kat Tepian Tebrau sebelum balik Melaka.


Ada pelbagai jenis satay yang korang boleh pilih, samada nak makan fishball type ke yang mentah pun ada macam kerang, sotong, isi ikan kan. Tak kan makan mentah plak, celup dalam air panas yang mengelegak tu beberapa minit dan masak lah. Ada 3-4 jenis sos yang boleh dipilih macam kuah kacang, kuah yong tau foo, sup, cili pedas dan ada lagi lah.


Aku kalau ke sini cuma makan satay celup ni tapi berkuah sup, barulah Johorean style. Mr Big dia makan cam tu je, cicah kuah kacang.



Harga plak secucuk tu bermula 80sen hingga tu RM4 cam tu lah. Kalau korang amik sotong ke, udang ke mahal lah. Kalau setakat fishball-fishball ni murah je.


Rasanya kat KL ni pun dah melambak orang jual but aku tak berapa nak jumpa lagi yang mana sedap. So far yang kat Tepian Tebrau ni still paling sedap satay celup yang aku makan.

Kiranya ni bukan food review ye, sesaje nak citer je ni

Ok chow..

Eh lupa-lupa, korang tau ke tak apa satay celup ni ? kalau tau baguslah tapi kalau tak tau meh google.com ek..



Saturday, February 9, 2013

Road Trip Again!

Hi Korang,

4 hari cuti tuh

Haruslah keluar dari KL ni. Rehatkan minda katanya.


Kali ni road trip ke selatan plak. My Waja tinggal jaga rumah. Lagipun kena kasi dia rehat gak. Hari-hari berjalan kan.
                                                         
Tak sure lagi mana arah tuju but yang pasti kena pi umah orang kawin dulu then baru leh plan ahead. Kalau penat drive berhenti cari hotel tido. 


So happy holiday korang!

Chow!




Wednesday, January 18, 2012

Booked at Tune Hotel, Danga Bay JB

Hi Korang,

Kan aku dah cakap citer aku berhoneymoon tuh tak abis lagi. Meh lah aku sambung sket. Kalau nak citer straight boleh termuntah dibuatnya kan.


Kali ni holiday kat JB tak tido umah sesapa pun coz malas nak susahkan adik aku, cousin aku, kengkawan aku kan, so ktorg booked bilik kat Tune Hotel, Danga Bay. 


Mr Big dah siap buat booking sambil bayar terus thru online. Dia kata senang, tak yah nak fikir2 pasal nak bayar duit bilik lagi. Lagipun senang nak pi USS, turun je dari bilik then terus naik bas. 


Ktorg sampai dalam kul 2.30pm camtu, terus kasi booking no then diaorg explain sket cam ne nak check credit, kasi internet password, kasi towel dan toiletries sekali. 


Ktorg dapat bilik tingkat 2 mengadap Sekinchan Ikan Bakar. Kira ada view jugaklah kan. Bilik memang kecik, sesuai untuk travellers lah sebenarnya. Kalau nak luxury2 holiday pi book kat hotel lagi ye. Very clean, tilam dengan bantal pun empuk. Tenggelam kepala aku kejap kan, reception TV clear tak berpasir langsung. Yang penting ada Astro Ria k.


Yang aku perasan Tune Hotel ni dindingnya penuh dengan iklan. Even dalam bathroom pun, atas kepala ko ada iklan gak. Internet boleh tahan laju gak lah. Cepat je aku check2 email kan. Parking pun banyak, kedai 24jam pun ada, nak main internet kat lobby boleh, mesin urut kaki pun ada kan. Hah apa lagi korang nak.


Harga pun tak mahal sangat, untuk 2 night kat situ Mr Big bayar RM273.50, itu pun budak reception tu cakap dia booked dah terlebih2, air-con terlebih, entertainment terlebih, internet terlebih. Agaknya kalau Mr Big klik bebetul mesti lagi murah kan.


What a good experience tidur kat Tune Hotel ni. Yelah mana orang bercuti duk dalam bilik hotel je, kalau cam tu baik tak yah pi bercuti. Aku rekemen lah kat korang tidur kat sini, yang kaki budget tu. Yang penting ada tempat nak letak beg, mandi mandi, salin baju, tidur cukup lah kan dan jugak USS.

CLP notes : Menyesal gak tak amik gambo iklan kat dinding hotel ni, coz semuanya mengenai 'quote' yang bagus dan menarik. Ishkkk


Tuesday, May 25, 2010

Lamb Chop? Oh Tidak!!

Hi Korang,

Aku terbaca entry pasal lamb chop nie di Chybeelila. Dia nie salah sorang follower aku yang study/live di German (aku lom abis lagi mentelaah blog dia nie lagi).

Apa cerita lamb chop nie?

Aku memang tak pernah makan lamb chop. Bukan tak mampu tapi aku takut. Even mr Big sefamily sangat gemarkan lamb chop nie. Bagi family aku, kami tidak pernah didedahkan mengenai daging kambing nie sejak kecil lagi. Bila si maknya tak makan/masak, automatically anak2 pun ikut turut tak makan.

Tapi kenapa takut makan lamb chop?

Ada satu peristiwa pasal daging kambing nie. Kejadian nie dah 11 tahun yang dulu. Masa tu aku masih bergelar student di Uitm Sri Iskandar, Perak lagi. Hari tu, merupakan hari akhir untuk semesta kedua. Aku memang tak plan nak balik hari tu pun tapi disebabkan hostel dah mula kosong dan good fren aku yang tak jadi nak berjimba dengan aku, so aku kenalah balik JB. Bukan apa, takut tinggal kat hostel memalam2 sorang2. Haruslah macam2 benda berlaku kan.

So aku pun dapatkan bas ke Medan Kid (sekarang dah tak nama apa ek) di Ipoh untuk ke KL. Maklumlah dulu suka naik bas lompat2 coz malas nak naik bas Ipoh-JB. Penat oo sakit pinggang duk lelama. Lagipun bila naik bas lompat2 nie boleh lah cuci mata sket. Mana tau boleh temu jodoh dalam bas kan dengan student2 lain (nampak sgt aku gatal kan, masa tu sexy ooo kurus meletups uols).

So aku sampai Puduraya dari Ipoh dalam pukul 11.30 malam. Pas dah beli tiket bas untuk ke JB dalam kul 1.00pagi, perut plak terasa lapar. Boleh terlupa bab makan bila nak balik JB sebab tak sabar, rindu dengan mak. So seberang Puduraya tuh, ada kedai mamak 24 jam. Terus aku kesana untuk makan. Masa tu lauk yang tinggal daging kambing je, yang lain semua dah abis. Oleh kerana dah lapar sangat aku terus bedal tanpa pandang kiri kanan. Habislah sepinggan daging kambing tu aku bedal. Dalam hati bercakap, sedap betul lah daging kambing nie, nanti nak suruh mak masaklah.

Sementara nak tunggu bas sampai, aku lepak2 kat dalam Puduraya tu. Punya lah ramai orang, tapi aku still x de rasa takut pun. Maklumlah sorang kan, aku beranikan diri jelah. Bas sampai dalam pukul 12.15tghmalam. Orang tak ramai, so bolehlah duduksorang satu bangku. Aku duduk dekat dengan driver, senang kalau jadi apa2 kan.  Tengah nak tunggu bas jalan, badan aku dah start rasa panas, peluh dah menyimbah2 keluar. Aku hairan, nak kata sakit perut tak jugak. So aku lepak lagi tengok tv dalam bas nie. Memang tak boleh tahan ooo panasnya. Baju dah hampir basah. Aku terus jumpa abg driver tu, suruh tunggu kejap aku nak pi toilet. Ambil baju dengan seluar pendek trus pi tukar sebab dah tak boleh tahan sangat panasnya.

Bila dah tukar, baru lega sket. Bas pun bergerak menuju ke JB. Penumpang dalam 10 orang. Memang tak ramai. So segala air-con semua aku halakan dekat aku. Peluh still menitik lagi, badan tak tentu rasa. Nie tak boleh jadi nie, aku tabahkan hati gak untuk harungi semua nie. So bila sampai perhentian bas Air Hitam, aku turun terus telefon ayah aku. Dia dengan rasa risaunya trus datang amik aku kat Air Hitam nie.

Dalam masa 45minit ayah aku sampai dengan mak aku, gila laju di bawak kete maybe dah pagi kot kereta tak banyak. Trus amik aku bawak Puteri Specialist. Mahal pun mahal tapi cepat baik kan. Ktrog sampai hospital dalam kul 6.00pagi. Trus masuk emergency ward, bukan main ramai doktor dengan nursenya yang sibuk mengkaji apa plak sakit aku nie. Masuk air, bagi bius, telan ubat ermm memacam rupa dan bentuk rawatanlah yang aku terima.

Pas pukul 8.30pagi cam tu, baru aku di masukkan ke ward biasa. Check punya check, rupanya aku nie ada alahan dengan kambing. So barulah aku tau, kenapa aku jadi cam tu. Mak plak memang tak pernah bagitau sebab dia pun tak tau. Tak sampai satu hari pun aku di hospital. Tengahari dah boleh keluar. Bila time keluar tu, aku dibekalkan dengan ubat2 antibiotic dan pesanan penaja dari doktor & nurse yang comel2 tu.

So sampai sekaranglah aku tak sentuh pun apa2 yang berkaitan dengan daging kambing nie. Bila tengok orang makan, menelan air liur jelah aku nie. Mr Big cakap, cubalah rasa sket2 dulu, tengok apa yang jadi. Aku cakap senang je, kalau jadi apa2 kat aku tanggunglah beban tu je. Terus dia tak berani kasi aku makan.

Hah, itulah dia kisah aku dan lambchop. Harap jadi pengajaranlah kat diri aku sendiri ek. Bukan sebab aku tak makan kambing sebab nak diet, tapi itulah ceritanya.

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

p/s: Baru aku perasan, masa muda2 dulu aku berani betul. Sekarang? hampeh sket nak berteman kan mr Big.

Friday, April 30, 2010

Kalau Dah Johorean Tu Mengaku Aje!

Korang,

Weekend nie aku akan ke sini. Bukan pi bercuti pun. Tapi dah janji dengan mak aku nak bawak dia tengok cucu kesayangan dia. Mentang-mentang aku lom ada anak lagi kan huhuhu sedey tau mak..

Ooo JB. Apa ada kat bandar Johor Bahru tu ek? Dah tempat aku membesar kat sini. Mestilah macam-macam ada kan.

Antara yang aku suka buat bila balik, korang tengoklah ye:-

Danga Bay - Tempat lepak2 yang dulu di panggil Pantai Lido. Sekarang dah happening tempat nak nak bila malam. Ada amusement park okeh untuk kids.

Anjung Warisan - Tempat makan atas pokok yang paling cool sekali. Makanan sedap2 nak nak sirap bandungnya. Perghh!

Kacang Pool - Makanan favourite aku yang tak de kat KL. Kalau balik mesti aku cari nie. Yang makan lain yang tapau lain. Aku memang gilakan bende nie.

So Cik Lily Putih, welcome back to tempat asal ko. Jangan nak perasan ko tu orang KL. JB nie tempat asal ko tau tak!

p/s: Kepada geng comittee 1SuperKids, minggu nie tak dapat join meeting sebab menjalankan tugas untuk negara. Kang kalau tak buat aku di chop anak derhaka plak kang. Apa-apa pun saya bersetuju segala usul dalam meeting itu nanti dan saya juga rela untuk jadi apa2 committee yang di arahkan. Sekian terima kasih.