Hi Korang,
Kira citer ni agak basi gak lah but info ni wei haruslah di kongsi bersama..
Hahahahha melampau kan.
Ini kira unplanned trip gituh. Masa tu aku still duk JB lagi.
Disebabkan passport aku dah nyawa-nyawa ikan tarikhnya, aku pun ikutlah budak opis aku Alex pi buat passport. Dah alang-alang kan, sekali harung gaklah. Kemain jauh nak pi renew passport, padahal UTC bersepah kat Bandar JB sebab nak cuci mata katanya ala bolehlah. Lagipun aku tido je masa travel tuh. Lebih kurang 1 jam gituh dari Nusajaya kan.
sempat beli ais krim kacang merah on the way ke jeti
Kecik je pekan Kukup ni, kampung nelayan je pun.
kat tepi ni ada jeti pi Taman Negara Pulau Kukup
dalam bot beso
kelong tempat ternak ikan
Sementara menunggu passport siap, dia ajak pi Taman Negara Pulau Kukup ni. Wei aku sendiri pun tak tau ada tempat cam ni. Melampau sungguh perangai kan. Naik feri berdua RM15 pergi balik, lebih kurang RM3 lebih sorang kan. Dekat je sebab nampak je jeti Pulau Kukup dari mainland ni.
So sementara tuh, meh aku citer sket history Taman Negara Pulau Kukup ni ek
Pulau Kukup merupakan satu kawasan paya bakau yang tidak didiami dan terbesar di dunia, telah diwartakan secara rasmi sebagai taman negara pada 27 Mac 1997 menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Pulau Kukup menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa (Tapak RAMSAR) oleh Biro Konvensyen Ramsar di Geneva, Switzerland pada 31 Januari 2003.
Kisah penduduk tempatan mengenai Pulau Kukup, di mana pulau ini ialah tempat tinggal lima puteri kayangan. Pada suatu hari, salah seorang dari puteri ini telah jatuh cinta dengan seorang kelasi dan mereka telah kahwin lari. Satu sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup dan ia telah ditelenggami oleh air laut.
Pulau ini kemudiannya timbul semula, tetapi ia diliputi oleh paya bakau. Ramai orang telah cuba untuk membina penempatan di pulau ini, tetapi tidak berjaya. Sesetengah orang mengatakan ini disebabkan pulau ini telah didiami oleh semangat.
Taman Negara Pulau Kukup terletak kira-kira 1 kilometer luar pesisir rantau barat daya negeri Johor dan merupakan sebuah pulau bakau kecil seluas kira-kira 647.2 hektar yang dikelilingi kawasan berlumpur seluas kira-kira 800 hektar.Pulau Kukup memiliki tarikan biodiversiti tersendiri. Di situ terdapat 50 peratus spesies bakau tulen dunia, menjadi kediaman kepada 12 spesies fauna dan 76 spesies burung. Pelbagai spesies ikan, ketam dan organisme mikro-benthic juga boleh diperoleh.
dah sampai kan, kejap je naik bot ni
Gituh citernye ek
Sampai aje kat jeti pulau, kena beli tiket lagi tuk masuk ke Taman Negara Johor ni. Harga tiket RM5 seorang. So jalanlah korang sepenuh hati menghayati keindahan alam ni kan.
alex driver, tukang amik gambo dan semua sekali lah
selamat ke taman sekodeng.. bengong ek taman negara lah
Malas nak citer banyak korang layan jelah gegambar ni ek..
menara ni tak leh naik
cantikkan, ranjau sepanjang jalan
nampak tak, ada siput kecik
pokok paya bakau yang terbesar, payah nak amik gambo full, tinggi bebenau
keindahan alam yang awesome
For your info, banyak attraction macam jambatan gantung, menara tak dapat naik ada sebab keselamatan. Cuma ada satu menara tuh bukak tapi atas sebab kemalasan aku tak naik lah kan. Seronok amik gambar je..
Ini hah tompek ek,
Taman Negara Pulau Kukup Johor
Alamat:
Lot 139, Mukim, Air Masin,
82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia
Telefon: +607-696 9355
Faks: +607-696 9366
Sampai jeti balik, terus pi collect passport. Sekejapan je siap.
Kemudian, pi lepak minum ais kat warung tepi jalan ni.
rojak
ice mango
ice kiwi
Sedap tak henggat wei, sejuk je bila lalu ke tekak. Kiwi lagi sedap daripada mango kan. Walaupun nampak telur katak kat atas ais tuh hehehhehe
Orang-orang sekitar JB bolehlah anak-anak ber jalan ke sini. Belajar sket kehidupan flora dan fauna kan, ni asyik main ipad je pandai.