Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Mee Tarik Warisan Asli, Sg Besi Lakefields


Hi Korang,

Pasal bab makan, memang aku suka explore dan cuba.


Bila orang cakap kedai tu sedap, so aku pun excited nak cuba. Kalau hasilnye memuaskan haruslah di kasi pujian melambung dan kalau hampeh itulah kali pertama dan terakhir aku pi makan kat situ.


Macam kedai makan Mee Tarik ni, dah ramai duk cucuk aku pi cuba kat sini. Akhirnya last week, aku heret bebudak office aku pi makan kat sini. Masa ktorang sampai meja kosong still ada lagi lah, lambat sket mesti fullhouse.

So tak pernah cuba dan tak de waiter nak rekomen pun, so aku pilihlah apa yang aku tengok menu tu macam menarik je.

Ktorang order

Beef noodles

Mustard beef noodles

Chicken Braised noodles

So sambil-sambil nak tunggu makanan ktorang siap, sempat jugak dapat tengok proses pembikinan mee tarik ni. Alah tengok kat glass wall yang diorang dah siapkan ni. Hah, camtu sekali meet uh kene tarik ek.



Disebabkan officemate aku ni chinese so banyaklah komen-komen yang dia citer kat aku pasal kualiti mee tarik ni which is aku tak nak share kat sini lah. Cuma yang aku betul-betul berangin sket cara diorang hantar makanan.


Bila kita tanya apa nama makanan ni, waiter tu tak boleh nak jawab coz diorang langsung tak paham Bahasa melayu or english. Itu yang jadi lack of communication tuh. Sampai aku tersalah makan coz diorang pakai letak dan jalan je. Nasib baik tertukar dengan officemate aku je, kalau tertukar dengan order meja sebelah. Aduiyai.. lu fikir la sendiri.

Ok ni alamat kedai mee tarik warisan asli hassan :


Mee Tarik Warisan Asli
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
017-8768960 / 0390543209


Maybe masa aku datang ni, pekerja lama cuti kot, tinggal baru newbie je sebab tu diorang tak berapa nak organize tuh. Tapi jangan bimbang cashier boleh cakap melayu. Hahahahahaha