Showing posts with label instagram contest. Show all posts
Showing posts with label instagram contest. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Create Magical Moments Dengan Enchanteur Dan Jugak Mr Banker Tercinta

Hi Korang,

Mesti ramai nak tau siapa Mr Banker tuh ek!!!

La of courselah Mr Big sapo laie, dia je yang hado dalam hati ni ha hahahahahah pepagi dah poyo ek mengalahkan orang baru bercinta pulak. 

Create Magical Moments?


Ermm hari-hari aku buat dengan Mr Big lah, alah bukan apa pun bergambar jelah bagi mengenang kembali zaman-zaman muda kitaorang bila dah tua nanti. Memang melambak-lambak gambar selfie ke photoshoot yang kitorang ambil alah buat suka-suka je sampai penuh memori handphone kan. 

Itulah Magical Moments kitaorang berdua….


Bila dah banyak gambar-gambar tuh, nak buat apa ek?

Simpan buat pusaka!! Hahahahaha

Bagi korang yang kaki contest tuh boleh join online contest ‘Create Magical Moments’ dari Enchanteur ni. Senang je submit gambar thru instagram then korang berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dari Enchanteur. 


Aku dapat tahu pun dari event Enchanteur yang aku attend baru-baru ini di ioi City Mall. 

Enchanteur sedang dalam mempromosikan beberapa produk penjagaan peribadi terbaru mereka yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk korang.


Hadir sekali semasa di Enchanteur ‘Create Magical Moments’ roadshow ini adalah duta terbarunya iaitu selebriti Foziah Gous dan suami tercintanya.


Foziah dan suaminya Zhafran Yusof sempat berkongsi cerita beberapa kenangan manis mereka sewaktu dari sebelum kahwin hingga mereka sudah pun mempunyai cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan.


Ye betul, bauan memainkan peranan dalam perhubungan

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.

Di antara produk yang di perkenalkan adalah:-

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème 
(harga RM9.20 - RM13.65)

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Perfumed Lotion 
(harga RM7.50 – RM21.00)

Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.

ENCHANTEUR Perfumed Deodorants 
(harga RM4.90 - RM11.90)

ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.

ENCHANTEUR Eau de Toilette 
(harga RM18.75 - RM33.50)

Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis.

Jom dapatkan produk-produk Enchanteur ni ek


Eh jap, aku belum share lagi pasal contest ‘Create Magical Moments’ tuh. 

Syarat-syaratnya:

1. Dengan pembelian barangan Enchanteur bernilai RM15 ke atas, korang dah layak untuk menyertai peraduan ini. (eh resit simpan tau, penting tuh)

2. Ambil gambar bersama yang tersayang ek


3. Upload di Instagram korang dengan hashtag #createmagicalmoments dan mesej ayat-ayat cinta korang yang asyik masyuk tuh ek. 

Hah itu je

Korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan pun janji resit mesti ada ek. 

Hadiah-hadiahnya:-


Lumayan kan…

Dah jangan fikir panjang lagi cepat-cepatkan dapatkan barangan Enchanteur dan join contest ni ek, mana tau boleh menang pi Maldives kan hauhauaua




Nampak ni, Foziah Gous pun cakap rugi kalau tak join contest ‘Create Magical Moments’ ni tau....






Wednesday, August 3, 2016

IKUTI #RentakBahagia DUTA YEO's YEOGURT, AKIM & STACY Sempena 'YEO's I LOVE MALAYSIA MUSIM KEDUA'

Hi Korang, 

Last week aku sempat ke sidang media bagi kempen 'YEO's I LOVE MALAYSIA MUSIM KEDUA' di Empire Hotel Subang. Of courselah bersama team Denaihati Network, baru syiok sket ada orang kenal, leh layan sembang-sembang sebelum press conference bermula.


Ok ni aku citer sket ek, 

Meraikan Ogos sebagai bulan yang penuh cinta, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ("Yeo's"), syarikat pe.neraju minuman dan makanan yang terkenal, menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan melancarkan Kempen Yeo's 'I Love Malaysia' musim kedua berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober. Dimeriahkan dengan kehadiran duta Yeo's Yeogurt, Akim Ahmad dan pasangannya, Stacy Anam, mengajak seluruh rakyat untuk mengikuti #RentakBahagia Malaysia sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan.


"Yeo's telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1957 dan pesat berkembang bersama Malaysia sejak sekian lama. Tahun ini, Yeo's berasa bangga kerana kita dapat meraikan bulan patriot yang penuh kebahagiaan menerusi kempen 'Yeo's I Love Malaysia' musim kedua dengan tema #RentakBahagia, di mana kempen ini membawa warga Malaysia menjiawai rasa cinta serta perasaan bahagia terhadap negara kita yang utuh perpaduannya," kata Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan Yeo's Malaysia dan Indonesia.


Majlis pelancaran Kempen Yeo's 'I Love Malaysia' musim kedua ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Vincent Chui, Naib Presiden Pertama Bahagian Pemasaran Yeo's. 

lkuti #RentakBahagia Akim & Stacy 

Pasangan duta Yeo's Yeogurt yang turut bekerjasama dengan mengikuti Kempen 'Yeo's I Love Malaysia' musim kedua ini adalah bersesuaian dengan kehidupan mereka yang 'bahagia' melalui perkahwinan antara dua kaum dan latarbelakang berbeza di Malaysia yang sangat lndah. Penyatuan mereka merupakan tanda kekuatan yang telah tersemai lama. Mereka juga yakin dengan Yeo's yang menjadi minuman sewaktu zaman kanak-kanak sehingga detik perkahwinan mereka.


"Sebagai pasangan duta Yeo's Yeogurt yang baru, kami berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini. Saya dan Stacy sering berkongsi mengenai minuman kegemaran sewaktu kecil, dan kebanyakannya adalah berkait dengan Yeo's! Begitulah besarnya impak minuman Yeo's dalam kehidupan saya dan juga isteri. Saya amat menyakini kualiti serta kehalalan yang ditampilkan oleh Yeo's sejak sekian lama," ujar Akim Ahmad selaku duta Yeo's Yeogurt juga selebriti yang bakal memeriahkan Jelajah 'Yeo's, I Love Malaysia' musim kedua. 

"Yeo's sinonim dengan minuman dan makanan yang tidak asing di hati warga Malaysia. Saya merupakan peminat minuman Yeo's Yeogurt sejak dari awal lagi. Minuman ini mudah dijumpai di mana-mana jua dan mempunyai nutrisi dan khasiat yang bersesuaian untuk saya yang sentiasa sibuk. Yeo's sentiasa berusaha dalam menghidangkan minuman yang berkualiti dan berkhasiat kepada orang ramai, ianya juga amat sesuai dinikmati seisi keluarga kecil saya," kata Stacy Anam yang juga pasangan duta Yeo's Yeogurt.


Raikan Bulan Kemerdekaan Dengan Yeo's 

Sempena kempen 'Yeo's I Love Malaysia' musim kedua dan ketibaannya bulan Kemerdekaan, Yeo's bakal mengadakan jelajah di pusat membeli-belah terkemuka seluruh Malaysia pada tarikh yang ditetapkan. Pelbagai aktiviti disediakan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan dan menggamit keutuhan warga Malaysia yang berjiwa patriotik. Orang awam boleh hadir dan sertai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pelbagai permainan pentas, ambit gambar di stesen foto dan juga boleh mendapat tawaran pembelian istimewa. Menariknya, jelajah ini akan disemarakkan lagi dengan kehadiran Akim & Stacy bagi sesi bertemu peminat, mereka juga akan turut mendendangkan lagu untuk menghiburkan warga Malaysia. 

Tempat

Tarikh
Masa
East Coast Mall, Kuantan
28 - 31 Julai 2016
10pagi  hingga 10malam
1 Borneo, Kota Kinabalu
19- 21 Ogos 2016
10pagi  hingga 10malam
Setia City Mall, Selangor
1 - 4 Sept 2016
10pagi  hingga 10malam
Queensbay Mall, Pulau Pinang
29 Sept - 2 Okt 2016
10pagi  hingga 10malam
Plaza Merdeka, Kuching
7 - 9 Oktober  2016
10pagi  hingga 10malam


Cabaran lnstagram #RentakBahagia, Bawa 3 Pasangan Ke Korea! 

Berhasrat menjadikan ruangan media sosial sebagai luahan cinta, Yeo's turut melancarkan cabaran lnstagram #RentakBahagia bermula 28 Julai hingga 15 Oktober dengan misi dalam mengumpulkan 10,000 foto & video berkisarkan kecintaan yang bermula daripada keluarga, rakan-rakan, komuniti, sekeliling, juga negara kita tersayang. Cabaran ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:


#RentakBahagia Foto 

1. Ambil foto yang berkonsepkan 'cinta', contohnya - foto keluarga, kawan karib dan sebagainya. 

2. Muat naik foto ke Laman lnstagram individual masing-masing. 

3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt. hashtag tambahan adalah dibenarkan. 

4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini! 

#RentakBahagia Video 

1. Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #RentakBahagia Akim & Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. (*Lagu boleh didapati di laman Youtube Yeo's Malaysia pada 20 Ogos 2016) 

2. Muat turun video ke laman lnstagram individual masing-masing.

3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt, hashtag tambahan adalah dibenarkan.

4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!

Cabaran ini membuka peluang kepada orang ramai membawa orang yang tercinta ke Korea. Tiga pemenang utama akan menerima tiket percutian ke Korea bersama pasangan, manakala 11 hadiah saguhati ke taman tema seperti Sunway Lagoon, Lego land dan sebagainya bersama keluarga tercinta. Pastikan laman lnstagram adalah umum ('public’).


Untuk mengetahui cara penyertaan yang selanjutnya, layarilah laman sesawang Yeo's di www.yeos.com.my atau berhubung pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.

So apa lagi, kepada mereka yang kaki contest tuh cepat-cepat sertai peraduan ni. Untung-untung boleh ke Korea dengan sidia yang tercinta.

Mestilah aku nak join jugak, rugi tak join oooo

Tuesday, May 10, 2016

Mari Sertai “US Burger & Fries Fiesta” Kasi Makan Itu Burger

Hi Korang,

Nak citer pasal burgersssssss

U.S. Potato Board telah melancarkan US Burger & Fries Fiesta yang akan berlangsung dari 1 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016. US Burger & Fries Fiesta akan menampilkan 19 popular burger joints dan cafe di Lembah Klang dan mereka semua akan berkumpul dan menghasilkan ciptaan unik kentang U.S dan burger yang korang pun tak pernah tengok sebelum ni tau 


Kita sendiri pun tau kan bahawa burger merupakan salah satu makanan segera yang amat digemari oleh orang Malaysia. Tup-tup time malam kalau lapar, korang carik burger kan? Selain burger, fries pun menjadi salah satu makanan favourite lagi-lagi bila lepas dimasak panas-panas. Memang confirm tak carik lain dah lah. Well, Malaysian really know how to appreciate good fries 

Antara sebab-sebab mengapa AS menghasilkan kentang goreng yang terbaik adalah suhu ideal yang semakin meningkat, rich soil, kemudahan pemprosesan dan generasi kepakaran. Kentang AS dihantar untuk pemprosesan mengandungi high " solids" dan kandungan gula yang rendah, adalah ciri-ciri penting untuk mencapai end product dengan penampilan yang diinginkan, rasa dan tekstur yang pasti memuaskan untuk semua 


Penanam kentang AS menawarkan pemprosesan kentang berkualiti tinggi sepanjang tahun. Piawaian industri AS menuntut dan mesti memenuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Dadah dan USDA, membolehkan pemprosesan mewujudkan kentang yang berkualiti tinggi dan produk kentang sejuk beku selamat.

Memandangkan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi, kaki-kaki makan di Malaysia mempunyai peluang untuk menikmati yang "burger terbaik dengan kentang goreng terbaik" melalui Fries US & Burger Fiesta. 

Salah satu acara kemuncak Fiesta ini adalah bahawa ia memberi peluang kepada orang ramai untuk membiasakan diri mereka mengenali pelbagai jenis kentang U.S. Kebanyakan outlet ni bakal menghidangkan new cuts of U.S. fries untuk pertama kalinya.

Outlets yang terlibat dalam US Burger & Fries Fiesta berasa gembira kerana diberi peluang untuk mempamerkan gabungan burger dan kentang AS kepada pelanggan mereka. Pasti korang takkan menyesal bila datang ke sini.


U.S. Potato Board berharap fiesta ini akan memberi peluang dan membuka mata kepada restoran yang mengambil bahagian untuk memperkenalkan kepada orang ramai. U.S. Potato Board berharap orang ramai yang akan melawat dan makan di restoran yang mengambil bahagian untuk mencuba gabungan burger dan kentang AS yang berbeza.

Ok berita baik untuk kaki-kaki makan BURGERSSS!

Akan ada satu contest di Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang AS dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang korang perlu lakukan adalah menghantar gambar anda dengan hashtag #USFries&BurgerFiesta

Bersedia untuk menikmati kentang goreng A.S. dan burger like never before! Untuk maklumat lanjut mengenai US Burger & Fries Fiesta, 
sila hubungi 
Kent Low atau Eddie Saw di (03) 8070-7216

Outlet yang menyertai kempen U.S. Burger & Fries Fiesta participating outlets dan hidangan mereka

No
Outlet names
Dish names
1
Big Hug Burger
·          Nasi Lemak Burger
·         Grilled Buffalo Chicken Burger
2
Brooklyn B-Venture
·         Philly Cheese Steak
·         Deli Chicken
3

Chequers

·         Moo
·         Spicy Cajun Chicken
4
Choo Choo Chicken
·         Choo Choo Cham Chi Chicken
·         Choo Choo Bulgogi Burger
5
Crazy Bites
·         Teriyaki Rooster Bites
·         Honolulu Ox Bites
6
Fatboy’s The Burger Bar
·         The Breakfast Stack
·         The Meaty Mania   
7
Hide & Seek Cafe
·         Signature Pork Burger
·         Juicy Chicken Burger
8
Junkyard Burger
·         Lamb Tzatziki BURGER
·         Texas-Hold Me Burger
9
KGB
·         Santa Fe Burger
·         Frito Pie
10

Kulcat Bariror

·         Green Chilli Locos
·         Double Trouble
11
Melur & Thyme
·         Mushroom Swiss Beef Burger
·         Smoked Duck Sandwich
12
Mini Mini Café

·         Roasted Chicken Burger
·         Ox Bites Burger
13
My Burger Lab
·         A+ Burger 
·         Beautiful Mess
14
The Card Cafe
·         Card Café Crispy Fish Burger
·         Card Café Signature Chicken Burger
15
The Grind Burger
·         Grind House Burger
·         JD Burger
16
The Burger Factory
·         Beef Burger On Fire
·         Burger Factory Signature
17
Swensen Cafe
·         Double Cheese Beef Burger
·         Swensen’s Ultimate Chicken Burger
18
Carl’s JR 
·         Chili Cheese Fries
·         Chili Cheese Burger
19
Tryst Cafe
·         Pancake Chicken Burger
·         Cheese Potato Wedges


Kalau nak rasa ciptaan kreatif mereka-mereka ni, mehlah singgah ke outlet yang terdekatkan dengan korang ek..