Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

Kisah Banjir Di Pahang Dalam Instagram Denaihati.com

Hi Korang,

Still mood bercuti-cuti di pagi minggu ni tapi sempat gak menulis sesuatu di blog comel aku ni.

Terpanggil plak aku akan kisah banjir di Pahang ni. 

Memang sesuatu musibah yang tidak di jangka. Walaupun kita akur yang penghujung setiap tahun adalah musim banjir di seluruh negara khususnya pada negeri di pantai timur tapi kejadian bah besar yang di alami oleh negeri Pahang sekarang ini amat menakutkan.

Dengan hanya hujan yang turut tak terhenti sepanjang ermm tak silap aku lebih kurang 24 jam telah mengakibat banjir besar. Dalam sekelip mata banyak rumah-rumah di tenggelami air hingga ke bumbung, jalanraya terbelah dua akibat tanah mendap dan pelbagai lagi.

Sedih terasa dihati bila melihatkan semua gambar-gambar di paparkan di media cetak, media elektronik.

Tapi kita rakyat Malaysia memang berhati mulia.

Ramai yang turun padang menjadi sukarelawan ketika ini. Tak kira tua muda semuanya berganding bahu membantu kepada yang memerlukan.


Macam salah satu gambar di instagram bro denaihati http://instagram.com/denaihati  salah seorang kerabat Sultan Pahang sendiri, Tengku Puan Pahang iaitu Tunku Azizah Mahmood Iskandar turut berganding bahu membantu rakyatnya. Aku salah seorang pengikut TPP di instagram, memang amat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Aku memang mengikut aktiviti beliau sepanjang masa. Tanpa mengira darjat, beliau tanpa jemu membantu memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir ini.

Sekejap beliau di Kuatan, sekejap lagi di Sg. Isap, petang pula di dewan mangsa banjir yang lain. Walaupun hidangan makanan yang di masak ringkas tapi aku rasa dengan air tangan beliau, dapat mengenyangkan rakyat Pahang yang didalam kesusahan.

Sesuatu yang amat mulia dan aku hormat sikap beliau ini.

Semoga Allah melindungi TPP sekeluarga dan juga mangsa-mangsa banjir di mana jua di Malaysia ni. 

Amin..

Entry ini adalah untuk contest di www.denaihati.com

Thursday, February 14, 2013

Coconut Shake Klebang, Melaka Dan Lelaki Ini ANUAR ZAIN


Hi Korang,

Actually citer ni dah lama tapi tetap aku nak citer gak.

Walaupun ktorg ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan ke Melaka but memang tak de masa nak explore kedai Coconut Shake Klebang ni. Ada je event lain yang nak di buatkan.

So cuti panjang bulan Disember lepas, dapat gak abiskan masa kat area Melaka Town ni.


Ktorg tak de GPS so just ikut kata hati dan berpandukan signboard yang kejap ada kejap hilang tu kan. Drive slow-slow , tengok kampong orang dan akhirnya dengan tak sengajanya sampailah ke Jalan Klebang yang ada Coconut Shake ni.

ye pakcik belah kelapa pun nak amik.. POYO!

Memula park kat tepi jalan, mak oi panjang betul barisan line-up then terpandang sign yang kata ada tempat untuk duduk makan dan minum, so naik kereta balik pusing dan masuk kedalam. Rupanya kedainya bersambung dengan umah. Agaknya tokeh dia punya lah kan.

dengan Samsung GALAXY camera, ZOOM saje.. mudah kan

Orang tak berapa ramai, maybe hari keje kot. Dapat meja dekat dengan kaunter makanan dan terus duduk. Tak order makan pun, duk try test cuba rasa Coconut Shake ni.



Not bad. Air dan isi kelapa di blend sekali dan diletakkan ais krim Vanilla. Memang terbaik ooo pekena time pepanas ni. 


Mr Big siap tambah lagi 2 gelas tau. Sampai tunggu tuh, pi pilih kuih jap la.

Tengah duk fikir karipap mana nak pilih, tup-tup ada orang dah amik penyepit tu dulu. Ishk terus aku membebel sendiri, konon marah dengan orang tuh.

Bila baru je nak duduk, Mr Big cakap dengan aku "U tau tak, yang U berebut penyepit tu dengan Anuar Zain, tak perasan ke?". Sekali aku pandang la memang ye bang Nuar kain pelikat uolls. Dahla duk sebelah meja je dengan ktorg, siap senyum lagi tuh.


Aduiyai, rasa nak letak muka dalam blender coconut shake tu jelah..

Malu yang amat!

Aku rasa yang datang dengan dia tu family dia kot, maklumlah dia kat orang Merlimau. Walaupun aku dah pernah jumpa bang Nuar ni banyak kali, but still rasa melting-melting tu ada gak tau. Tak sampai 5 minit dah ramai sibuk nak bergambar dengan dia.

Mr Big tanya tak nak pi ambik gambo dengan dia ke. Aku macam ala tak per lah, ramai sangat orang berkerumun kat tempat dia tuh. Masa ktorg nak balik tuh, tup-tup dia cam perasan muka aku tak berape nak comel hodoh ni tak dapat bergambar then dia panggil nak ambik gambar dengan dia tak? Apa lagi langsung tak lepaskan peluang lah.

Meh layan INSTAGRAM aku ni kan.



Hehehehehhehe konon malu tapi mau.. pirahhhh..

Mau tak seronok selain dapat mentekedarah Coconut Shake Original Klebang ni bergelas-gelas dan gak bergambo dengan penyanyi kegilaan kengkawan aku masa UiTM dulu.
Ok ok enough Anuar Zain, meh citer balik pasal Coconut Shake ni.


Kalau korang nak pi kesini gak, ni aku kongsikan koordinat GPS untuk kemudahan korang (aku cilok dari Google ye).

2 12'57.20"N, 102 12'24.09"E

Klebang Original Coconut Shake

Along Jalan Klebang Besar (next to Caltex Petrol Station)

Opens: 12.30pm-6.30pm daily (Friday: 2pm-6.30pm)



Ermm Klebang Original Cocinut Shake memang AWESOME dan SUPERB!

harusla gegambo semua guna Samsung GALAXY Camera ooo, baru masyuk!