Showing posts with label ikan bakar sedap. Show all posts
Showing posts with label ikan bakar sedap. Show all posts

Monday, April 17, 2017

Lunch Di Ikan Bakar Tanglin, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Memang tak terfikir pun sampai ke mari time makan tengahari ni.

Ni semua gara-gara food review tak jadi kat area sinilah. 

Sepatutnya ada makan-makan kat restoran Rebung hari tuh, so bersungguhlah aku sampai on time, biasalah aku kann punctual huahahuaua… Sekali sampai tengok lain macam je crowdnya bukan geng selalu so terus duduk tepi ek. Nampak pulak kakak reporter yang biasa tuh, so tanyalah dia rupanya hari dah betul dan tempat dah betul tapi masanya pulak di reschedule ke petang. Ermm malas aku nak tunggu so pi tempat lain dulu lah. 

Tak tau nak makan apa, penat fikir tup-tup teringat nasi lemak Tanglin tuh. 

Sebab tak tau jalan apa lagi WAZE kan sajor.

Rupanya tempat tuh dekat benau dengan area Rebung ni tapi tak tau jalan so bawaknya pusing satu alam hahaha maka bertabahlah.

Sesampai je nasi lemak Tanglin tuh tutup plak.

Ermm terus beratur sebelah gerai makan nasi campur dengan ikan bakar. 

Servis cepat tapi ya ampun ramainya orang, aku pun tak tau mana datangnya orang-orang office ni semualah. 


Just nice kitaorang dapat meja dan ikan bakar sampai terus ramai giler manusia

Ok rasa not bad, portion ikan parinya besar. Kuahnya di campur sekali pada ikan bagi menambah rasa dan aroma lah orang kata.

Nak datang makan lagi kat sini?

Ni alamatnya:-

Gerai Ikan Bakar Pak Din (Asli)
Stall No. 5, Tanglin Food Court,
Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur


(Landmarks : besebelahan Taman Botani, Kuala Lumpur, bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman)


Insyallah kalau terlalu lalang bolehlah singgah ke mari lagi ek

Selamat makan semuanya....


Friday, January 9, 2015

Makan Tengahari Di Gerai Kakak Tepi Jalan

Hi Korang,

Bila time lunch je tetap ada problem nak makan kat mana, cuma kat office aku ni dah mula ada variety choices. Nak makan mamak boleh, western boleh, mee-mee boleh, kuih muih boleh just kena jalan jauh sket lah pi Sapura.

Hari isnin hari tuh, kena keluar plak beli barang office kan.


Dah alang-alang tuh, lunch kat luar sekali lah. Tambahan plak dah dekat dengan umah aku tempat tuh so terus singgah kat gerai kakak ni. 


dah nak abis dah, padahal datang kul 12.30 ni


Aku memang selalu makan kat gerai akak ni, sebab apa pilihan lauk nasi campur yang awesome. Memang banyak giler lauk-lauk kampung macam siput sedut masak lemak, kerabu, pajeri nenas, ulam-ulaman dan memacam lagi lah. Penuhlah atas meja gerai kakak ni, sampai tempat dia nak kira-kira tu kecik je.

Yang paling best, pilihan ikan bakarnya.


Ada macam-macam, ikan keli, siakap, kembung, cencaru, talapia, terubuk dan ntah apa lagi pun aku tak tau. Lagi pulak, sambal kicapnya sedapnya. Tak berapa pedas dan tak berapa manis, campuran cili padi sket, bawang putih, kicap dan gula sket. Blend sekali. Bila cicah ikan dengan sambal kicap tuh, argghhh enaknya masuk ke tekak.

ini suami akak tuh, sedia berkhidmat di tempat ikan bakar

Kalau mood masak cam malas je bila weekend memang kat sinilah ktorang bertandang lepak makan, sampai ktorang ni dah jadi one of the regular customer. Akak tu sampai taulah aku ni blogger sebab pernah ternampak aku ni masuk suratkhabar.. hahahahahahaha.. kelakar kan…

Harga pulak, tak delah mahal mane pun. Seekor ikan bakar, nasi lauk-lauk sket dengan air bawah RM10 gituh. Boleh lah kan. Kekadang tu bila makan berdua baru RM15 je siap 2 ekor ikan bakar dengan 2 jenis air lagi. Ok kan, harganya.


Gerai makcik ni betul-betul kat depan jalan besar Sg Chua ni, dekat dengan Giant Sg Chua. Nak bagi exact alamat tak sure plak aku. Setiap hari bukak tanpa miss kecuali kalau akak ni nak pi kenduri kahwin je dia tutup. 

Ok dah tu je nak citer…

Korang selalu lunch kat mane ? rajin berjalan cam aku gak ke hehehhehe

gambo tak berapa cantik coz pakai handphone je ni

Tuesday, March 11, 2014

Kedai Makan BANGI Ikan Bakar Sos



Hi Korang,

When its come to food, ermm memang best untuk citer kan.

Makan wei sape tak nak? Even orang diet pun kena makan gak but cuma kena control sket lah kan. 

Time nak pilih tempat makan untuk dinner selalu jadi problem. Yelah tekak memasing tak sama kan but nasib baikla one of us favourite is ikan bakar. So kedai makan yang jual ikan bakar jadi priority untuk dinner.


Ktorang discover Restoran Bangi Ikan Bakar Sos ni baru-baru ni. Before this kedai makan ni kat tempat lain, bila cari tak jumpe terus jadi fed-up dan sudah makan fast food je jalan terbaek. 

Sesampai je kedai tak berapa ramai orang lagi.

nak ikan ape? cepatla pilih

Terus masuk ke dalam untuk pilih ikan sebab budak waiter tu suruh pilih sendiri nak ikan mana. Alah apa-apa pun boleh aku cakap. Mr Big belek punya belek tup-tup nampak kerang plak. Jawabnya ikan bakar kemana ganti dengan kerang bakar je lah.

sorry sambalnya tak nampak plak kaler ek


Sedap gak kerang bakar dengan special homemade gravy diorang ni. Bila aku tanya letak apa, haruslah budak waiter tu jawab. Ala kak, saya ni tukang amik order je, manalah tau resipi-resipi ni kan. Hehehhehe yolah dikkk akak paham..

Memang kene dengan TAGLINE kedai makan ni Sos Melimpah Pasti Menjilat Jari

tembikai dan durian belanda

Kena minum sorang satu, tak boleh share coz tak cukup kan. Musim panas ni kene minum banyak air.

Takkan makan kerang bakar je, ada gak Mr Big order menda lain


Daging Masak Merah – not bad, biasa-biasa je. boleh la


Sotong Goreng Tepung – sedap. Tepung nipis dan ranggup


Sup Daging – daging lembut dan nipis tapi tak nampak daging coz aku dah ceduk awal-awal lagi


Alah dah memalam, so makan simple-simple je lah. Cukup banyak dah ni.


Walaupun rasa cam banyak but tetap licin. Licin selicinnya. Langsung tak de kesan kecuali kotoran degil kat pinggan tu je kan..

Sedap!!

Itu yang aku boleh cakap, bagi tekak aku lah. Harga boleh tahan lah, berpatutan. Semua sekali tak sampai RM50 pun. Just nice je.

Kat sini kedainya:-


Bangi Ikan Bakar Sos
41-A, Jalan 3/69, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi
Tel : 019-6484038



If korang ada kedai makan yang korang rasa sedap tak henggat, why not bagitau aku so that aku boleh cuba plak. Mana tau tekak korang sama dengan tekak aku kan.

Bab makan memang seronok nak citer kan..

Hehehhehehe