Showing posts with label hikayat merong mahawangsa. Show all posts
Showing posts with label hikayat merong mahawangsa. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Best sangat ke Hikayat Merong Mahawangsa?

Hi Korang,

Ermm semua orang sibuk memperkatakan pasal filem berjumlah 8 juta yang tengah rancak di tayangkan di seluruh negara iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.


Aku pun tak nak ketinggalan jugak kan, so pegilah tengok semalam di Mid Valley dengan MrBig family. Plan asal nak tengok Gold Class but terlambat sampai then miss the show. So tengok kul 2.15pm punya. Ktorg dapat seat yang lagi 5 baris dah screen.Padahal masa beli tu belum pun pukul 12tghari lagi. Agaknya pukul berapa orang2 lain beli ek. Gila arghh..



Sinopsis:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Yang Aku Suka pasal Hikayat Merong Mahawangsa
For sure aku rasa citer ni not bad. Belum pernah ada pengusaha filem mengeluarkan cerita2 or filem bercorak epik sebegini. Ini yang pertama sekali di Malaysia. Penggunaan teknologi yang canggih ada dalam filem nie. Mudah di fahami jalan ceritanya. Ada kelakar2 sket lah.
 
Yang Aku Kurang Sket pasal Hikayat Merong Mahawangsa.
 
Audio citer nie sekejap kuat sekejap perlahan. Aku ingatkan aku je yang perasan rupanya ada jugak orang lain perasan. Bila plak Merong kahwin dengan Embok kan. Kat dalam kapal yang masa nak pancarkan cermin tu, itu agak nampak korang logik sket lah. Lagu Anuar Zain plak sket je. Then masa Marcus berlawan dengan Kawamas, si tuan puteri tu boleh duk dekat2 sambil cakap 'stop it' plak. Ishk takut plak aku tengok dan yang paling aku sedih heronya Si Merong tu mati plak (opss berlepas cakap plak, abis aku kena libas dgn syigim pas nie) hehehhe  . Ishk tak syok lah.

Apa-apa pun, tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menghasilkan filem sebegini. Hopefully more to come ek.
 
Korang2 yang belum pi tengok tu, pegilah. Support sket filem tempatan ek.