Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Thursday, July 31, 2014

Secawan Kopi Di Pagi Ini

Hi Korang,

Selamat pagi....

Ermm hari ni dah start keje pun.

Actually semalam sebenarnya tapi di sebabkan otak cam lembab-lembab je so malas lah. Terus call office cakap sambung cuti hehehhe.

So sempatlah kemas rumah, tukar langsir, kemas dapur kan.

 
Hari ni tak boleh lah nak cuti lagi, bangunlah seawal subuh pi kerja. Aik tengok trafik clear plak, apa lagi meh singgah kejap di kedai kopi favourite melayu urban kat Kuala Lumpur ni.


 
 
Malas nak fikir panjang, terus je order double shot espresso yang tall size je.

Sekali teguk terus terbeliak bijik mata.

Ok nak sambung kerja ye..

Selamat berhari raya pada korang yang still cuti lagi, ermm mesti tengah siap-siap nak pi open house sedara mara kan...

 

Thursday, September 13, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Sinar Cahayaku Garnier Bersama Selebriti Malaysia

Hi Korang,

Last week, aku ada hebah-hebahkan menda ni kat FB siapa yang nak pergi ke majlis ni. Ermm hampeh tak ramai pun nak join coz ramai yang cakap makan-makan je tak naklah pi.  Aku ok je lah. Tapi bila tengok gambar aku dengan Lisa Surihari tu, memasing sibuk bising2 cakap kenapa tak ajak? Ishk aku debik kang baru tau ishkk..


Sudah, meh baca je citer aku yang best ni tau.



Jumaat lepas bertempat di PJ Hilton Hotel, pihak Garnier telah mengadakan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku dengan sambutan raya yang cukup meriah dan menyentuh hati. Acara yang di hadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman Facebook Garnier serta beberapa orang selebriti termasuklah duta Garnier, Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.


Sinar Cahayaku di mulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. 3 buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai dan Rumah Amal Siraman Kasih.


‘Kepercayaan Garnier dalam menjaga orang disekeliling serta persekitaran anda turut di realisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai ‘kakak’ untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih’ kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia.


Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.


Heliza Helmi pula berkongsi bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan.


Irma Hasmie, sangat mengemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya di jemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.





Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier telah pun menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel di akhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.






Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Para selebriti juga menyampaikan hadiah raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.

Hah, begitulah citernya. Simple dan straight forward. Nak bagi korang paham apa di sebalik program Sinar Cahayaku dari Garnier ni.

So kalau ada lagi event sebegini, korang nak ikut tak? Haruslah nak kan. Jangan jadi bodoh sombong ye. Akhkahkhk




Wednesday, August 15, 2012

WW - Hamper Untuk www.ciklilyputih.com

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Eh, www.ciklilyputih.com dapat hamper tuh. Comey kan

Inilah first gift untuk blog aku ni kan.

Terharu sangat tau..

Nak tengok apa ada kat dalam kotak tuh. Tungguuuu....


Thursday, September 2, 2010

Dengar-dengar..

Korang,

Nie nak citer sket nie.

Kali nie raya aku akan beraya with mrBig family sebelah Rembau. Itu aku tak kisah. Raya kat mana2 pun sama je. Yang tak best tuh, ada ke pagi raya aku kene makan menu.. cuba korang tengok kat bawah nie...

Laksa Penang

Hah! apa cer kan? Apa barang makan laksa di pagi raya. Itu bukan menu aku. Lagipun laksa nie bukannya favourite aku pun. Bukan tak boleh makan but cam peliklah. Sebab dah bertahun2 kalau pagi raya aku bedal ketupat,lemang, rendang, kuah kacang, masak lodeh kan. Tup tup tukar jadi laksa plak. Haruslah aku mogok kan. Tak pun aku puasa dari makan atau pun cepat2 aku pi beraya kat umah sedara mara lain kan. But solution yang paling best mrBig kasi ialah dia suruh aku masak je menu favourite aku. Bukan aku tak reti sangat nak masak but confidence level untuk masak 10 orang makan tu.. Ermmm Aduh! terkesima jap aku bila dengar dia cakap...

Aku rindu nak bedal ketupat nie..

So korang, kalau korang kena cam aku nie korang nak buat apa ek? Tolong jap..

p/s: Nie kalau aku bukak citer dengan mak aku, confirm2 dia tiau aku sebab malas belajar masak dulu kan.. Nie akibatnya..

Thursday, August 26, 2010

Main Mercun, Jom!

Hey Korang,


Ada hati ke nak lawan main mercun dengan ktorang hah? Cuba tengok meriam buluh kitaorang. Power tak? Oh korang kata kecik ye. Meh tengok yang bawah nie plak. Ada dua okeh.


Okeh, siapkan mercun untuk dibakar.

Okeh, tukar posisi untuk membakar tau!

Kemudian, apa lagi, kebaboom lah jawabnya kan.Hah ada berani ke?Hah tau takutkan. Tapi kalau tak nak main meriam buluh, jom kite pasang pelita buluh nak tak?



Cantik kan? Bukan aku lah tapi api kat pelita buluh tu kan. Ishk perasan kan aku nie.

Anyway, TQ to Putrajaya Equestrian Park sebab menaja lokasi photo shoot kali nie. Tempatnya memang peaceful lah.. Tunggu next entry tau!