Showing posts with label hari jumaat yang indah. Show all posts
Showing posts with label hari jumaat yang indah. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Menderma Amalan Kita

Hi Korang,

Hari-hari Jumaat ni, rasa cam malas plak nak citer pasal event. Naik letih di buatnya coz banyak gambar kene  editing.

Nak citer pasal Derma. Boleh? alah boleh aje. Aku yang nak citer bukan korang kan.



Kenapa amalan menderma ni mulia?

1- Kita kongsikan kenikmatan dan kebahagiaan yang kita miliki samaada dari segi kewangan atau material atau dalam bentuk apa-apa sekalipun.

2- Menderma dengan ikhlas dan penuh rasa niat untuk membantu akan dibalas dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Malah, kemungkinan kita akan didoakan pula oleh orang yang menerima derma kita itu.

3- Menginsafi diri yang penuh dengan kemewahan sedangkan di luar sana masih banyak yang hidup serba kekurangan, mengajar kita erti menghargai apa yang kita miliki dan tidak sewenang-wenangnya mensia-siakan harta kita ke arah maksiat atau perbuatan yang tidak baik.

4- Orang-orang yang suka menderma bukan orang yang miskin, walau selalu menderma, hartanya seakan-akan bertambah banyak dan bukannya makin kurang, ini kerana rezeki datang kembali kepadanya secara melimpah ruah.

5- Seribu satu lagi keindahan dan kebaikan serta kebahagiaan yang kita bakal miliki dengan amalan menderma dengan penuh keikhlasan.


Bagi aku amalan menderma ini bagus di terapkan kat semua orang tapi mestilah kena ikhlas tak boleh lah rasa cam terpaksa plak kan. Pas tu yang mintak derma ni pun satu, kalau dah mintak derma tak yah nak tetapkan berape kena derma kan, itu yang membuatkan yang nak menderma fikir 2-3 kali sebelum nak menderma kan.

Aku, sekadar yang termampu jelah. Tapi kalau menderma dapat free gift lagi best kan.

Selamat menderma korang..


Friday, June 10, 2011

Me With No Eyes

Hi Korang,

Pepagi Jumaat yang indah ni, aku nak mintak tolong korang boleh tak?... Aku join contest kat Churp2 ni. Alah the Cutest Things tu. Walaupun aku tak cute sangat kan tapi aku nak join jugak.

Tolonglah... tolong ek...




Korang click je kat link ni tau..



Itu je, baik tau tolong orang hari Jumaat ni kan..