Showing posts with label harga spare parts kereta alza. Show all posts
Showing posts with label harga spare parts kereta alza. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

Sayangi Kereta Anda : Servis Kereta Baru Yang Dah 60,000km

Hi Korang,

Kejap je ko dah 60,000km berjalan 'Dak Oren' ni.

Pejam celik pejam celik je, padahal tak de pi mana pun. Setakat jalan sini-sini je. Alah balik Melaka, pi Rembau, KL tu jangan cakap lah kan. Eh ada lagi, pi Terengganu hari tuh kan. Itu je sempat berjalan dalam tempoh ni. 

As usual ktorang pi service kat Frontline Motor Selaman Bangi ni. Senang kalau korang buat appointment by phone dulu dan leceh kalau tak de appointment main redha kasi pecah sajor kan.

Kali ni yang pegi of courselah Mr Big kan, aku jugak buat phone booking dan double confirm 2 kali sehari sebelum hantar kereta, maklumlah first appointment kul 9 am tuh. Kang sia-sia je pi kalau tak de appointment kan.

So langsung tak de gambar nak tunjuk sebab ko taulah orang lelaki cam Mr Big ni, dia memang malas kalau bab-bab ambil gambar ni kecuali for event lah. Bila aku ingatkan suruh snap 2-3 keping, dia cakap ape, alah ada orang baca ke entry pasal SERVICE KERETA ni. Ewah macam dia pulak jadi penafsir google analytics aku kan hahahahhaha



Cuma aku boleh tunjukkan korang bill yang kitaorang kena bayar untuk service 60,000km, service warranty yang paling last sekali. 

Di antara yang ditukar dan dibersihkan adalah

1. Air Cleaner Filter – RM38.00

2. Gasket – RM4.00

3. Automatic Transmission Fluid D3 SP 18L – RM61.09

4. Brake Fluid 0.5L – RM10.00

5. Radiator Coolant 0.5L – RM25.00

6. Cabin Filter – RM30.00 

Ini untuk spareparts kereta Alza la ye, kalau kereta lain aku tak sure pulak kan. Lagi satu, mahal ke murah? Ermm kena try google nanti untuk check harga kan. Tapi amik masa sket lah, bila aku ada free-free aku buatlah nanti.

Korang yang memana sibuk duk cari tempat untuk service kereta Perodua ni bolehlah hantar ke sini.


Frontline Motor Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan P10/21,
Taman Selaman, Seksyen 10,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor

Tel : 03-8926 8003
Fax : 03-8926 9060

Lepas ni ada option untuk service kereta kat bengkel biasa sebab warranty dah habis kan tapi service kat sini senanglah sebab dah biasa.