Showing posts with label harga pakej perkahwinan di kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label harga pakej perkahwinan di kuala lumpur. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Pakej Perkahwinan Menarik di D’SAJI Kajang Perdana Avenue

Hi Korang,


Ermm wedding time sekarang ni? Hehehehe

Memang ye ada je jemputan majlis perkahwinan setiap hujung minggu, tak kira siang ke malam pun kan. Janji majlis sempurna mengikut idaman pengantin. Nowdays plak ramai yang suka buat kat dewan or hotel. Payah nak jumpe yang buat kat rumah kecuali rumah diorang tuh besar dan luas kawasan halaman rumah dan manpower yang awesome kan. Yelah jemputan ramai takkan korang nak bagi makan roti canai order kat mamak plak.

Ishk not nice!

So carilah dewan plak. 

Banyak jugak kriteria yang perlu di ambil kira seperti lokasi, keluasan dewan, kemudahan, makanan dan memacam lagi lah. Eh penting semua tuh, takkan bayar mahal-mahal tapi service out, lokasi susah, makan tak sedap kan.


Ni aku kongsikan dengan korang ada lokasi sesuai untuk di jadikan lokasi majlis perkahwinan yang cun, cute, comel, grand, meletops tapi dengan harga yang berpatutan.

Memperkenalkan


D’SAJI Kajang Perdana Avenue

Minggu lepas aku sempat kemari atas jemputan wakil dari D’SAJI ni. La rupanya dekat je dengan rumah pun, ktorang berdua siap ber WAZE bagai ek heehhehe. Sesampai je aik apsal ramai benau orang ni dan ada majlis kahwin. Memang ye pun, sebenarnya pihak D’SAJI nak ktorang rasai sendiri dan tengok camner majlis perkahwinan di adakan di Kajang Perdana Avenue ni. Nasib baik pakai sopan masa tuh, so kurang sket rasa segan kan hehehhe

Jom kita tengok suasana di dalam dan di luar dewan D’SAJI nie k

ni bahagian luar dewan, nampak dinding cermin tuh. boleh tengok pengantin dari situ je. tak yah masuk pun


bahagian dalam dewan

ni bahagian dalam dewan, air cond tau


di bahagian luar, nampak tak kipas beso tuh


Ada 2 bahagian iaitu di bahagian dalam ber air-con dan bahagian luar ada kipas besar yang besau benar di setiap bahagian. Meja Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan maksima 10 pax . Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan. 

meja makan pengantin




Ada MEJA KHAS iaitu 4 set meja berhidang hea ted dome untuk tetamu VIP lengkap dengan Sarung Kerusi, Riben Kerusi, Alas Meja Bulat & Overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.

Menu Makanan untuk Pakej Perkahwinan di D’SAJI Kajang Perdana Avenue


Makanan dan Minuman dihidang secara Buffet atau Dome, ikut pilihan dan citarasa pelanggan dan ada tambahan 3 hidangan di meja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D’Saji. 



Disediakan juga waiter or waitress yang dipanggil pramusaji D’Saji yang lengkap beruniform, so tak delah korang nak upah orang kemas meja, angkat pinggan dan buang sampah bagai ek

kuih muih


buah-buahan


ikan sweet sour

ayam goreng berempah

daging masak lemak cili padi

sayur campur, i likeee

Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan, satu sesi “Food Discussion” untuk 10 orang akan dijalankan.

kosong je kek, kena tambah hiasan lagi ni kan

Eh, kek perkahwinan pun di sediakan sekali. 3 tingkat ‘dummy cake‘ juga ada untuk upacara memotong kek.

ni pun cantik kan, kalau nak grand tambah je lagi

Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’Saji. Kalau korang nak tambah-tambah boleh discuss lah nanti dengan pihak D’SAJI ek. “Public Address” (Sistem P.A) dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD.

Hah panjang lebar aku citer ek.

Eh ada lagi info ni jap jap

yang ni parking sebelah luar kawasan dewan, ada abang RELA jaga kat sini tau

parking sebelah dalam dewan

ni parking sebelah dalam dewan

Di sebabkan tempat ni sangat luas so tempat letak kereta disediakan secara percuma, tak de nak bayar parking pun. Lagipun Unit Keselamatan (RELA) disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar. Tak payah korang terhegeh-hegeh menjenguk sana sini panjangkan leher nak cari parking bagai ek. 

Waktu jamuan majlis perkahwinan adalah seperti berikut :

Jamuan makan tengahari : 
11.30 pagi - 3.30 petang

Jamuan makan malam : 
7.30 malam - 10.30 malam

Harga pakej perkahwinan yang di tawarkan adalah seperti berikut:



PAKEJ
MINIMA PAX
HARGA
(PERHEAD)
DEWAN

BUFFET SIANG
1,000
RM28
A1 & A2
700
RM28
A3
1,500
RM28
A1, A2 & A3
BUFFET MALAM
700
RM35
A1, A2 & A3

DOME
600
(MAKSIMA)

RM55

A1, A2 & A3

NOTA
1. Pakej disertakan – normally pakej termasuk dewan, kerusi meja, alas meja, katering, pelamin dan pa system

2.Kapasiti: 600 pax dalam satu masa ( 200 aircond, 400 terbuka) – semuanya menggunakan chiavari chair

3.Parking: Luas – lebih 250 buah kereta

4.Fasiliti: 1 bilik perbincangan, 1 bilik persalinan, surau, tandas awam, tandas oku


5.Akses: Lebuhraya LEKAS, Lebuhraya SILK, Persiaran Kajang-Semenyih, Akses mudah dari Putrajaya, Kajang, bangi, Semenyih, Seremban, Nilai, Puchong

So korang boleh buat calculation sendiri ek mengenai pakej-pakej yang aku attached tuh. Bagi aku berpatutan lah dengan budget rakyat marhaen cam kita-kita ni kan. Kalau nak tambah grand boleh je korang discuss dengan pihak D’SAJI untuk tambah apa yang patut. 

Ni aku sharekan lokasi dewan ni ek,

KAJANG PERDANA AVENUE
Lot PT 15788, 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana, 
43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan, sebutharga dan tempahan, sila hubungi:-

NOR SYAIFUL NAZLAN NORSHAM 013 – 386 0453

NURUL NADIA BT ABD GHAFAR 019 – 295 6232

JABATAN JUALAN PUTRAJAYA 03 – 8881 1311

JABATAN JUALAN KUALA LUMPUR 03 – 2698 8302


Ermm korang call je dulu buat appointment untuk pi tengok keadaan dewan D’SAJI Kajang Perdana Avenue ni kan. 

Rasa sesuai grab je terus !! Kena book awal sebab dewan ni kira cam hot stuff jugak tau, dah ada location then baru boleh plan yang lelain.

MAKLUMAN

1. Bayaran tambahan untuk setiap tambahan unit Heated Dome sebanyak RM150.00 per unit. Maksima penggunaan Dome ialah sebanyak 6 unit sahaja.

2. Bagi setiap pelanggan yang membuat tempahan minimum seramai 1000 pax, pihak Felda D’saji akan menyediakan Set Teh Tarik Coner sebanyak 300 pax.

3. Harga pakej yang tertera tidak termasuk 6% GST. (GST ID : 000183664640)

4. Kemudahan surau dan bilik air yang selesa dan bersih turut disediakan.

5. Dua (2) majlis boleh dilakukan secara serentak dimana satu boleh dilakukan di venue A1 & A3 dan satu lagi venue di A3.