Showing posts with label harga minyak naik. Show all posts
Showing posts with label harga minyak naik. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

RON97 Naik 10 Sen Mulai 1 Feb 2011

Hi Korang,

Ermm dah memalam nie tak de keje lain kan selain dari tengok tv, update blog, main tweet2, tag gambo kat FB, main sms jap, tepon mak aku tadi kul 8, jalankn kain kat mesin basuh lagi. Ermm memacam bendalah aku buat.


Sambil blogwalking aku terpandang entry nie kat blog SharingInfoz. Ishk payah lah diorg nie. Nah korang baca nie


Ermm makin payahlah sekarang nie. Terpaksalah beralih arah ke Unleaded 95 plak kan. So pas nie nak outing kena berkira-kiralah duit minyak kan. Jangan pas nie toll plak naik harga. Uit,masaklah jawabnya dengan gula naik harga,minyak masak payah nak dapat kan. Tak pun aku pi beli motor lah, jimat sket pi keje kan. RM10 cukup seminggu kan. Hehehehehe...


Takut2 ramai rakyat Malaysia jadi cam nie plak kan. Penuh plak hospital bahagia pas nie.

Selamat Menuang Minyak Korang..

Pics : Google

Thursday, July 15, 2010

Dah Naik Dah Harga Minyak!

Korang,

Dah tau ke belum, minyak naik harga lagi? La korang tak tau lagi ke? Ishk tak up to date korang nie tau.


Aku pun baru je dapat tau nie, dari FB member aku tadi. Dia tulis kat wall dia lah. So aku pun searchlah link yang dia bagi dan ternyata betul.

So di antara yang naik harga adalah:


•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

•Diesel - RM1.75 seliter.

•Gula - RM1.70 sekilogram

•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)



•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)



•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Nampaknya, aku kenelah teruskan niat nak beli motor tu untuk bawak pi keje.Kecik pun keciklah janji jimat. Eventho naik 5 sen bagi aku dan juga pengguna kete beso2 dan mahal2 nie amatlah berharga tau.

Nasib baik Melaka tu dekat, jadi tak delah terasa budget duit minyak tu naik ek. Tapi melampau plak, nak cakap dengan mak aku nak balik kampung tak de duit minyak, betul tak? Kang disumpahnya kau jadi batu cam Tanggang baru tau kan. huhuhu....

Anyway, Selamat Hari Jumaat....

p/s: Padan muke aku kan, sape suruh beli kete beso2 padahal orgnya kecik je... hehehehhe

Sumber dan artikel rujukan:
1. Government To Reduce Subsidies For Petrol, Diesel And LPG di http://www.bernama.com/
2. Fuel, sugar prices up as subsidy cuts start di http://www.themalaysianinsider.com/
3. Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai esok di http://www.bharian.com.my/