Showing posts with label harga makanan mexico. Show all posts
Showing posts with label harga makanan mexico. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

Hidangan MEXICO Di SOMBRERO FOOD’s Bukit Jelutong

Hi Korang,


Pernah makan makanan Mexico? Ermm confirm tak pernah kan.


Nak nak lagi orang yang bukan kaki travel oversea macam aku ni, yang sibuk manjang 24/7 kan. Hehehe.. Biar tengok AFC Channel tuh cam terliur plak tengok cara diorang masak makanan ala-ala latin ni ek.

Bila nak cuba, bahan-bahan cam leceh plak nak cari kan so baik aku pi makan kat restoran berkonsepkan Mexico kan, dan tentu-tentu diorang masak sedap punye.

Dapat pun jemputan untuk mencuba makanan ala Mexico di Sombrero Foods Bukit Jelutong ni ek. Boleh tahan jugak jauh tapi sebab nak rasa sangat, apa lagi jom terjahhh! Restoran ni menghidangkan makanan berkonsepkan Mexico dan barat. Majoriti masakan Mexico la kan, diilhamkan daripada pasangan suami isteri yang sukakan makanan-makanan unik ni

Simple je deco dalam restoran ni.





Memang ala-ala fine dining, nak meja untuk 2 orang, untuk 4 orang untuk 8 orang pun ada dan nak lepak kat luar pun boleh jugak. Ada jugak table kan.


Ok lets begin our journey of Mexican food

Pembuka Selera or Appetizer

Cheezy con Pollo / Carne

Nachos chips yang dihidangkan sekali dengan Mexican cheese sauce dan salsa. Boleh pilih samada nak ayam ataupun daging.

Flaming Tacos

2 hidangan corn taco yang di sumbat dengan spicy chili beef (carne), aged cheese, jalapeno, habanero sauce dan sayuran. Dihidangkan sekali dengan seasoned potato wedges (with skin-on)

Burrito Machaca

Roti tortilla lembut di hidangkan sekali dengan slow-cooked aromatic shredded beef (machaca), chili, flavored rice, salsa dan Mexican cheese sauce. Dihidangkan sekali dengan seasoned potato wedges (with skin-on)

Fajita con Mariscos (seafood – salmon)

Sauteed salmon bersama udang, lada segar, cream cheese dan tomato sebagai inti di dalam roti tortilla ni. Dihidangkan sekali dengan seasoned potato wedges (with skin-on)

Chili Dog

80gm sausage di hidangkan di dalam bun panjang bersama chunky chili corn carne, mayo, aged cheddar. Dihidangkan sekali dengan seasoned potato

Sopa de Pollo 

Sup ayam ala Mexican dengan chunky tomato, ayam, avocado, ketumbar dan sedikit lime. Dihidangkan sekali dengan roti tortilla

Main dish

Arroz (Rice)Came Machaca

Ktorang gelarkan nasi tomato Mexico sebab rasanye seakan-akan cam nasi tomato style kita. Ada Mexican tomato rice, nacho chips, aromatic shredded beef (machaca), slow-cooked beans. Sedappp

Sizzling Fajita (hot plate)

Menu sizzling yang unik ada grilled boneless meat dan sauteed veggie-onion topped dengan pico de gallo salsa di atas satu sizzling plate dengan 2 pilihan sos juga di datangkan sekali dengan roti tortilla.

Ok itu menu makanan, now minum-minum plak ek

CafĂ© de Olla 
(Mexican spiced latte)

Espresso

Kalau korang nak tau, bijih kopi kat sini di grain dan di brew sendiri oleh mereka ni. Sebab tu kopinya agak special kan. So hantu kopi macam aku baik korang singgah ke sini ek untuk cuba sekali. 

Lemon Mojito Float 
(lemon,lime and mint with ice-cream float)

Caramel Latte

Jadi apa lagi masa untuk nikmati makanan jauh dari negara Mexico kerana rasa kelainan sekali kala kan. Kalau nak cuba boleh datang ker Restoran Sombrero Bukit Jelutong Shah Alam. Alamat ada kat bawah ni memang kalau search area ni kat waze memang jumpa. Ia di buka setiap hari dimana hari Isnin - Jumaat pukul 12.00tghari - 11.00mlm dan hari Sabtu dan Ahad 9.00 pagi - 11.00 malam. Cuma tutup masa solat Jumaat dari pukul 1.30ptg - 2.00ptg dan juga sesetengah cuti umum mengikut pengumuman. 

RESTORAN SOMBRERO 
D'Vida @ Bukit Jelutong
No. 2-G-03 D'Vida Business Center
Jalan Bazar U8/101
Seksyen U8, Bukit Jelutong
40150 Shah Alam