Showing posts with label harga makan steamboat. Show all posts
Showing posts with label harga makan steamboat. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Empire Steamboat di GEM IN Mall Cyberjaya, Sedap Jugaklah!

Hi Korang,

GEM IN Mall, mana pulak ni ek? Dalam area Cyberjaya kan.

First time aku dengar ni mall terbaru di Cyberjaya ni ek. Bila dah sampai tempat tu barulah tau kat mane, rupanya ada mall ni terletak kat jalan shortcut yang selalu aku lalu dulu masa project Q-Cells tengah buat kan.


Last week ada jemputan makan di Empire Steamboat di GEM IN Mall ni, so ktorang berdua pi lah lepas maghrib hari tuh.

Tempat baru dalam Cyberjaya ni, cantik gak mallnya walaupun kecik je aku rasa.

Ok dah sambung balik,


Terdapat lebih dari 60 pilihan di Steamboat Empire untuk korang nikmati bersama keluarga atau pun kengkawan ataupun makwe pakwe pendek kata dengan sesape pun bolehhh..




Susun atur tempat makannya harmoni dan cozy sesuai untuk menjamu selera dan menjamu tekakkan. Siap ada mini playground untuk kanak-kanak tapi aku terlupa nak snap gambar plak sebab duk sibuk lapar nak makan kan.

Di antara pilihan makanan laut yang aku rasa korang pasti suka adalah:-










Apmacam cukup tak? Lah tak cukup ek.. ni ada lagi ni. Sabo kan aku kata ada lebih 60 jenis hidangan makanan.





Selain daripada makanan basah ada juga hidangan yang dah siap masak, tinggal nak makan je ek. So yang malas nak tunggu makanan masak tu bolehlah bedal yang ni dulu ek






Apa lagi korang nak?



Ada jugak hidangan ala-carte macam chicken wings, otak-otak dan ada lagi lah. Korang boleh order tapi yang ni lain kira ek.

not bag jugak sos ni tak berapa pedas pun

yang ni rasa macam gravy sate, sedap gak. tekak boleh terima
 


yang panas yang sejuk semua ada

air pun include sekali dalam buffet steamboat ni ek

mesin ais krim, ada 2 perisa. durian dan vanilla


nampak tak? mr big bukan hiraukan aku pun, baik dia makan kan

satu sup ayam dan satu lagi sup tomyam

makan chicken wings ek, sosnya sedap

Semua adalah, daripada appetizer sampai ke dessert. Menepati citarasa aku dengan Mr Big yang kaki makan steamboat ni ek. Apa saja yang hado semua di ambiknya janji semua mesti kena habis tak boleh membazir wokeh adik-adik..


Dekat 2 jam ktorang duduk makan kat sini, sampai kedai almost nak tutup lah kan. Sedap punye pasal, tambah sana tambah sini kan. Ais krim vanila dan manggo pudding sebagai penutup memang wonderful sungguh lah ye.

Bagi aku harga tak delah mahal sangat pun setanding dengan pilihan makanan yang pelbagai kann iaitu RM25.90 seorang.

Apa lagi, meh pi cuba ek:-

STEAMBOAT EMPIRE
G.10-G.13, Gem In Mall,
Mutiara Ville,
Persiaran Sepang,
Cyber 11, 63000 Cyberjaya.

Kalau ada kelapangan dan terlalu kat Cyberjaya ni elok pi cuba. Macam ktorang pantang ada je kedai makan baru bukak confirm-confirm harus kena cuba dulu sebelum orang lain ek

Selamat makan korang!....



Wednesday, November 4, 2015

Dinner Di Bakar Bakar Steamboat & Grill House Bangi

Hi Korang,


Actually dah masuk 3 kali aku pi kedai dan kali ketigalah dapat makan kat sini.

Pasai apa?

Full house manjang uolls..


Lepas dah tanye dengan budak yang jaga cashier barulah aku tau yang kalau awal bulan memang fullhouse je orang datang makan. Kalau nak makan jugak baik call buat reservation dulu kan.

So last week, agaknya dah boring hari-hari masak untuk dinner terus aku browse facebook restoran ni untuk dapatkan nombo tepon. Scroll-scroll dah jumpa, capai phone then call buat booking untuk 2 orang makan.

Balik umah amik Mr Big then terus ke sini.

satu periuk untuk sup ayam

satu periuk lagi untuk kuah tomyam

Sesampai je penuh meja dengan reservation tag, check nama then trus duduk. Pilih 2 sup iaitu sup ayam dan tomyam dengan sepantas kilat Mr Big pi amik bahan makanan untuk di panggang dan untuk periuk steamboat ek.

bahan yang di perap macam ayam, daging, kambing

sayur-sayuran untuk steamboat

makanan laut untuk steamboat

Ini je yang sempat aku snap gambar, maklumlah orang ramai benau time tuh. 

makanan yang sedia untuk di makan

sos-sos yang simple

Amik sket-sket je kang tak abis membazir plak. Ok part bakar-bakar ni aku serahkan pada Mr Big sebab dia kan terrer, aku just amik apa yang aku nak makan sajor.

tukang bako

ini menu aku, simple je kan, satu pinggan untuk grill dan satu lagi untuk steamboat tomyam

amik ko, bakar sampai hitam-hitam hehehehe

tomyam steamboat

nampak seafood yang di grill

Makan, makan dan makannnn

Alah steamboat dan grill apa yang nak dikomen sangat pun kan, janji bahan perapannya sedap dan pakai guna grill untuk dapatkan hasil yang awesome sudahlah kan. Sebabnya korang yang kena masak sendiri bukan pekerja kedai tu so tak yah nak poyo sesangat ek hahahhahaha

oh happy ye dapat makan sedap kan

Aku rasa sedap, walaupun sosnya biasa je but bahan perapan tu yang mantap especially daginglah. Kalau ada perapan coffee beef yang style kat Seoul Garden tuh lagi best. Lagi satu, better ada nasi goreng simple daripada nasi putih kan, memang boleh makan dengan kuah tomyam but aku dah terbiasa dengan nasi goreng kalau pi restoran steamboat dan grill ni ek.

Hah excited nak pi makan, ni tempatnya


Bakar-Bakar Steamboat & Grill House
Alamat : No 2, Jln 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
(sebaris dengan Tuti Fruiti, Onking Electrics, Ocean Hauz Restaurant)



Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM20
6 tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 2.00pm -12.00am
Sabtu, Ahad dan Public Holiday 12.30pm - 12.00 am


Untuk tempahan/ pertanyaan boleh hubungi:
Puan Suzana – 012-7105549
Shafiq Hakim 0127967414
Cik Fana – 01110772609

Jangan lupa, call untuk booking dulu ek. Kang jadi cam aku nanti, kepunan nak makan kan.

So mereka yang kaki steamboat dan grill cam aku ni, eloklah pi terjah kan.