Showing posts with label harga makan bucida court. Show all posts
Showing posts with label harga makan bucida court. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Maggi Kari Ketam Miss Pah Hot Pot’s Di Bucida Court

Hi Korang,


Di sebabkan entry makan sedap ni terlampau panjang, aku akan divide into 2 entry ek.

So first of courselah nak citer pasal Maggi Kari Ketam sedap ni ek

comel nau logo ek

Ahad malam selalunya aku memang duk melekat kat umah je sebab esoknya kat kerja so malas nak lepak-lepak kat luar pun. So bila blogger Shakiddo beria-ria ajak pi makan Maggie ketam ni, aku pun ok jelah.

Lepas maghrib hari tuh, ktorang sampai ke Bucida Court.

Oh rupanya food court, so banyak sungguh stall kedai ada. So u name it, u got it.

nampak dah tinggal sket, hot stuff tuh

Of course tujuan utama nak makan maggi kari ketam kan, coz famous kat sini. Ramai dah blogger bercerita tentang kesedapan ketam nipah dan ketam bunga di masak bersama dengan maggi kari kan.

Ktorang order kat Miss Pah Hot Pot’s, tuan punya kedai iaitu Puan Zalifah binti Mohamad atau lebih dikenali Miss Pah sedia melayan kerenah tekak kitaorang.

Miss Pah citer-citer pasal maggi ketam nie

Kata Miss Pah lagi, beliau memilih untuk menjual Maggi Kari Ketam yang pernah popular di Pantai Timur. Dengan bertemakan The Best Maggi Ketam in Town dan berinspirasikan citarasa pantai timur, Miss Pah berjaya menghasilkan resepi Maggi Kari Ketam yang tiada tolok bandingnya!

Miss Pah bersama kuncu-kuncunya di dapur

Maggi Kari Ketam di Miss Pah Hot Pot’s mempunyai dua jenis ketam iaitu Maggi Kari Ketam Bunga Special dan Maggi Kari Ketam Nipah Special. Di sebabkan malam tuh stok untuk ketam bunga tak de, kita cuba menu-menu lain ek

Maggi Kari Ketam Nipah
(cilok shakiddo.com punye coz aku terlupa nak snap, ishkk teruk betul kan)

Komen Cik Lily: Ketam of courselah sedap oo, sangat terbaek. Maggi karinya kenyal, tak terlalu lembik walaupun dibiarkan lama dalam kuahnya. Siap ada telur lagi tau.

Maggi Kari Oyster

Komen Cik Lily: First time makan maggi kari ada tiram ek. Saiz tiramnya besar dan rasanya tidak hanyir langsung. Para penggemar oyster mesti suka ni sebab selalu cam tu je kan, ini makan disiap berkuah so haruslah sedap kan.

Ketam Sambal Berlada

Komen Cik Lily: Arggh tak menahan pedas, walaupun pedas ku telah jua di sebabkan sedap. Tapi taklah berapa pedas pun.

Ketam Sambal Hijau

Komen Cik Lily: yang ini kalau pekena dengan nasi putih kosong memang terbaek, tapi bagi aku makan gituh je dah lazat dah.

Sekelip mata settle semuanya..

Sebab kulit ketam nipah tersangatlah keras, so Miss Pah dah sediakan kacip untuk pecahkan kulit ketam ni. Aku suka bahagian tangan ketam tuh, so kacip kat situ. Hah ko banyak betul isinya, senang nak makan.

ok dah boleh hantar dah nie ek

project photoshot pun bermula

kemain lagi team explorasa ni ek, terselit la tuh kan

Kalau aku seorang memang tak habis nak makan maggi ketam ni, nasib baik makan share-share so bolehlah licin semuanya, mangsanya of courselah Mr Big kann hahahahhaha

Harga bagi setiap ketam dan oyster dikira berdasarkan saiz dan harga pasaran. So sebelum order uh, negotiate dulu ek dengan Miss Pah. Confirm dia boleh bagi harga yang baik-baik punye.

dah kenyang tersandar plak tuh

Jadi kaki makan sekalian, terutamanya sekali penggemar Maggi Kari Ketam yang awesome ni boleh singgah di Bucida Court dan cari gerai Miss Pah Hot Pot’s. Bukan setakat rakyat marhaien makan di sini, malahan artis pun suka makan di sini tau. Masa ktorang makan hari tuh, penyanyi Dayang Nurfaizah duduk belakang meja ktorang je tau tapi tak de lah kacau pun coz orang tengah makan kan.


Nak ke mari, ini alamatnya

Miss Pah Hot Pot’s
Bucida Court
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur, Malaysia

No tel : 019-686 3728



Operation Hour : 5.00 petang – 2.00 pagi


GPS koordinat: 3.159749142384319,101.61614671099744

Landmark bagi food court ini mudah nak ingat, ianya berhadapan dengan IKEA. Alah jalan LDP tuh. Masuk ke Petronas dan buat pusingan U-TURN di situ. Nanti nampaklah signboard Bucida Court ni di atas bukit ek. Parking semua siap tapi kalau lambat park kat tepi jalan je.

Ermm bila nak pi lagi ek? Mr Big cakap anytime from now je tapi lepas ktorang pi cuti-cuti Malaysia dulu lah then baru pi makan ketam.

So siapa nak ikut, angkat tangan lekas!

Ok nanti entry sambungannya tidak lama lagi, sebab banyak sangat nak citer kan…