Showing posts with label harga botl air BROs. Show all posts
Showing posts with label harga botl air BROs. Show all posts

Friday, June 22, 2018

Botol Air BROs Yang Comel Lagi Cantik

Hi Korang,


Lepas-lepas raya ni bebanyak minum air putih ek, banyak sangat dah minum air kaler masa pi beraya kan. Itu memang kak lily perasan, padahal masa bulan puasa ok je memasing melantak air kosong tuh bebanyak tanpa rasa bersalah pun sebab kehausankan huahauhauhau.



Eh pentingnya minum air putih/air kosong/air suam/ayak mati ni adalah untuk, ok ok kak lily satu per satu ek

Memperbaiki Sistem Pencernaan
Of courselah untuk mencuci perut. Kita pakai makan je masa beraya so segala yang keras, lembut semuanya di sumbat so itulah gunanya minum air putih untuk memudahkan system pencernaan badan kita dan sekaligus dapat elakkan sembelit tau. 

Memperbaiki Peredaran Darah 
Bila kita banyak minum air putih secara automatiknya penyingkiran toksin akan berlaku dari dalam badan kita. Samaada ianya akan keluar secara perkumuhan ataupun perpeluhan. Dengan itu sistem peredaran darah kita akan menjadi lebih baik ye.

Membantu Penurunan Berat Badan 
Seriously majoriti orang yang kak lily jumpa yang dah kurus, cadangkan minum air putih ni sebanyak mungkin mengikut tahap keperluan badan korang. Macam kak lily kena minum 3 litres setiap hari untuk hilangkan dehidrasi. Lagipun. air putih akan meningkatkan suhu badan dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ianya dapat membantu tubuh badan untuk membakar lebih banyak kalori sepanjang hari dan membantu penurunan berat badan.

Cukup 3 fakta yang kak lily kongsikan ek. 

Hebatkan penangan air putih ni.

Kalau kat rumah senanglah nak minum air putih ni sebab letak je cawan masa tengok tv then minum je tanpa nak bangun-bangun, tapi kalau di rumah?? Takkan nak beli air mineral je pulak setiap kali haus, wei boleh koyak poket walaupun harga RM1 lebih je kan. Kalau dah 10 kali beli tak ke duit terbuang begitu je..

Alah belilah botol air, kan senang!!

Boleh beli botol air tapi kita kena survey-survey dulu cari yang boleh tahan lasak, tahan panas, tahan sejuk ermm cari yang segala-gala yang tahan lah kan.


Berkenan pulak kak lily dengan botol air jenama BROs ni lah. 

Nampak kat pasaraya melambak-lambak jenama ni sebab apa? Sebab cantik, comel, cute miut, senang nak pegang dan memacam saiz. 

Eh google dulu lah, sebelum beli kan.

Itu fitrah manusia marhaen masa kini, mencari info tentang sesuatu yang di minati sebelum mendapatkannya. 

Kalau korang nak tau botol air berjenama BROS yang sudah berada dipasaran Malaysia sejak tahun 2004 lagi.Wah keluaran Malaysia rupanya, baru ku tahu. 

kebaikan menggunakan botol air BROs

Botol air BROS® terkenal kerana keupayaan isian semula, ianya selamat, mudah dibersihkan, anti bocor, boleh dikitar semula, mesra alam, kualiti unggul dan reka bentuk kreatif serta sesuai di gunakan kepada semua peringkat umur daripada yang warga emas hingga ke kanak-kanak dan bayi.

Selain 100% Bebas Bisphenol-A (BPA), kedua-dua bahan mentah dan unit sebenar juga mematuhi U.S. Food and Drug Administration (FDA) untuk digunakan bersama makanan dan minuman.

Di samping itu, ia juga dapat menahan haba sehingga 95 Celcius.

BROS di datangkan dengan pelbagai produk botol air seperti Tumblers, Thermal, Glass dan Plastik, Containers dan Aksessori. 

Botol air plastik BROs terdiri daripada 6 jenis series

Bagi botol air yang diperbuat daripada plastik, BROS menawarkan 6 siri dengan design yang menarik – Crystal, Capa, Flip, Wego, Luna dan Yoga.

Dah jom shopping online di website BROs ni lah.

Tada, kak lily terbeli 2 botol air tau. Ishk nafsu kemain memuncak pi tengok koleksi botol-botol air yang cantik ni ek.

Wego - Light You Up 600ml
RM 30.00

Crystal - Good vibes only 600ml
RM 28.20

Ya ampun, Mr Big sampai bisik kat telinga suruh jangan mebazir. Terus kak lily tekan check out dan bayar je huahauhauahauha kang dia azan kat telinga aku lagi teruk. 

Cantikkan pilihan kak lily ni. 

Ikutkan hati nak beli sampai 5-6 botol lagi sebab ada diskaun 20% diskaun kalau kita beli secara online ni tapi kena masukkan special code lah, nanti kak lily share ek. 

sumbat semua ni dalam handbag termasuk botol air BROs ni hah

So dua-dua botol air pun comel maka kedua-duanya kak lily punya, Mr Big tak payah lah dia tak kuasa nak bawak botol air jejalan ni. Tapi kak lily suka saiz kecil ni sebab senang nak sumbat dalam handbag, kemudian letak kat kereta punya tempat air, nak jinjing pun tak malu sebab cantik kan hehehhehe.

pi beraya pun bawak botol air BROs ni, senang masuk dalam handbag

Kalau korang nak tau botol air plastik BROs ni boleh letak air panas jugak tapi janganlah panas sangat, kalau nak jugak yang panas beli yang jenis thermal punya sesuai untuk yang panas. Kalau letak jus buah yang sejuk lagilah sesuai tapi jangan pi sejukkan dalam freezer ek, kang retak tetiba plak bila korang keluarkan. 

Selagi botol air korang tak bercalar di dalamnya, tak bertukar warna plastiknya ataupun retak selagi tuhlah korang boleh gunakan ek hehehhee.. tahan lama tuh.

Botol air BROs ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, dari 350ml ke 2000ml. Manakala harganya pula diantara RM27.90 ke RM56.90, bergantung pada saiznya.


Untuk pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni, korang boleh menikmati 20% diskaun bila korang membeli secara online di BROs eStore di www.bros.com.my daripada sekarang hingga ke 26hb Ogos 2018. Cuma korang masukkan diskaun kod ‘LILY20’ bila nak checkout nanti ek.

beli online, dapat beli berus botol sekali so lagi senang nak basuh kan

Untuk maklumat lanjut mengenai produk BROS, anda boleh layari :

Laman Web : www.bros.com.my
General Inquries, email to : INFO@BROS.COM.MY
Customer Service Support, email to : SUPPORT@BROS.COM.MY
Phone : 1700 81 5568

Meh LIKE dan FOLLOW BROs di social media berikut :

Facebook Page : 

Instagram : 

Ok nak sambung survey-survey botol air cantik lagi lah, Mr Big tak de kat sini bolehlah kan hehhehehee

#myfavouriteBROS
#BROSMalaysia
#stayhydrated 
#kekalhidrasi