Showing posts with label harga bilik The Kabin. Show all posts
Showing posts with label harga bilik The Kabin. Show all posts

Friday, October 12, 2018

Hujung minggu di The Kabin, Jeram kuala selangor

Hi korang,

Hampir terlupa nak citer pasal outing ni hari tuh. 

Outing ni anjuran ex-menkeb, alah schoolmate Mr Big la. 


Biasalah reunion sekolah cam ni lah, setelah meeting 3-4 kali then barulah agenda tersusun rapi. Dengan nak settlekan hal bilik, hal makan-makan, BBQ dan memacam lagi then barulah tarikh di pilih. 

tengok udang-udang memang geram betul, murah wei

Kitaorang sampai yang paling awal sekali, rupanya kalau ikut dari Meru dekat bebenau dalam 45minit dah sampai. Sebab awal sangat, kitaorang ke Pasir Penambang dulu untuk cari barang-barang seafood untuk tambah-tambah menu BBQ ni. Kemain murah wei seafood kat pasar ni so kitorang borong soft shell crab 3 pinggan baru RM60 je murah kan 


lepak-lepak dulu sebelum check in, tak sabar nak terjun oooo


Kenape The Kabin? 

Sebab one of kawan Mr Big ni dapat harga yang boleh tahan jugak so itu yang dia ajak ke mari. 

tempat lepak-lepak lepas mandi

malam tuh kak lily lepak kat sini sampai tengok movie sebelum pi karaoke hehehe

Once sampai balik di The Kabin, dah ramai sampai kitorang pun check in dulu. The Longbeach nama bilik ktorang. Bilik ni memang betul-betul mengadap swimming pool can cantik untuk berOOTD bagai kan.






Bilik kontainer yang didalamnya ada 2 katil double decker so tidur sorang satu katil la ek. 4 katil single dalam bentuk double decker dan bilik air, air cond kemain kuat lagi sebab ruangannya kecik kan, yang penting selesa dan siaran tv semua ada termasuklah astro ria. 

Bilik- bilik lain 

depan tuh bilik karaoke

ni bilik family besar dan panjang

Disebabkan kitaorang ramai so dapatlah pelbagai jenis bilik. Ada yang duduk bilik family, bilik double decker cuma bilik yang untuk 2 orang tu je kitaorang tak dapat sebab dah fully booked. Nama biliknya best-best ek nama-nama ibu negara macam Antwerp, Vancouver, Durban, Hamburg, Rotterdam, Melbourne, Singapore dan memacam lagi lah.

ni je gambar yang mr big bagi, lelain tuh gambar orang lain lah

Petang kitaorang ada hi tea di kawasan lobby area di belakang reception ni. Kat sini lah tempat diorang borak-borak bagai nak rak gelak-gelak bagai, bergambar dan makan-makan. Kak lily senyum jelah yelah majlis orang, kita tetamu so diam-diam sudah makan je. 

BBQ Dinner

Salah satu sebab kak lily suka tempat ni adalah kawasan BBQnya. Mula-mula ingatkan diorang sediakan dapur bbq je tapi siap dengan tempat makan sekali. 






Dia macam garden gituh, selain daripada ade dapur bbq, ada 2 singki, meja makan panjang siap kerusi untuk 30 orang sekali makan. Satu tempat berbumbung dan satu lagi open air. Memang sesuai untuk lokasi OOTD. 

Menu jangan cakaplah kemain banyak diorang ni bawak, kita bawak chicken wings 60 ketul, daging burger, sausage dan soft shell crab. Orang lain pun bawak lagi macam ermm pendek kata memang makanan untuk 100 orang tau. 

 birthday celebration - September dan Oktober

Sambil makan sambil borak-borak, ada aktiviti untuk kanak-kanak, tukar-tukar hadiah lagi memang bestlah catch up each other punye life. 

Karaoke Time 

Yesza memang ada karaoke session ek lepas dinner, tapi tak yah keluar pun semuanya di dalam The Kabin je. Kat sini ada Karaoke Room untuk guest melalak, so kitaorang book dari kul 10 malam sampai ke 1 pagi. 

gambar ambil dari website The Kabin

dalam gelap apa yang nampak kan hauhauha

Hah nyanyi ko macam nak rak. Segala jenis lagu di bantainya, melayu, english, thai, indon, hindustan semua ada dan ramai plak penyanyi tau dengan kak lily sekali kena nyanyi gak, nasib suara akak serak-serak basah so sedap lah nyanyi hauhauauaa nak muntah wei. 

Habis karaoke tuh, sambung makan lagi kat BBQ area tuh balik hauhauauha borak-borak lagi sampai kul 4pagi gituh hahaha 

sarapan yang di sediakan pihak hotel

muka orang tak mandi hahahaha

Esoknya sarapan di hotel sebab masuk dalam pakej tapi bebudak kuar pi beli kuih untuk tambahkan lagi menu sarapan sebab ramai kan. Dengan sandwich bagai sangat-sangat kenyang pagi tuh. 

terrer tak? hehehe

googles baru beli tuh sehari sebelum ke sini hahaha

pantang nampak camera diaorang ni 

lawan volleyball kengkononnya hahaha

mak orang semua ni tau


Naik atas tukar baju swimming then terus terjun kolam. Berenang-renang sampai panas terik kat kepala pun teringat nak naik hahahha. Packging-packging terus check out. 

Bergambar then bersurai... 


Anyway memang seronok dapat jumpa kengkawan lama Mr Big ni, dapat jugak tau citer-citer lama dia, haruslah kak lily korek kaw kaw hahhahaha, so far Mr Big clean dari citer yang tak elok ek hahahhaha

Alah bukan ada niat apa-apa pun, just nak ambil tau je huahauhauha


















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com